Monday, 19 March 2018

Pengalaman Terbang 7 Jam ke Osaka bersama Anak Kecil

Alhamdulillah, kami selamat terbang ke Osaka untuk percutian kami 5 hari 4 malam di sana. In fact telah pun selamat pulang, dah seminggu pun masuk ofis.hehe..ini adalah pengalaman kali pertama terbang untuk tempoh masa paling lama dengan anak-anak kecil aku (Dayyan 4 tahun & Danish 2 tahun). Penerbangan dari KLIA2 pada jam 8 pagi ke Kansai International Airport mengambil masa lebih kurang 6 jam setengah. Ada yang bertanya tentang pengalaman terbang bersama anak kecil. Hmm..penat tetapi seronok! Lagi pun, dua hero aku ni takdelah kecil sangat. Cuma tang melasak tu yang lebih mencabar.



PENERBANGAN PAGI, ANAK LEBIH LASAK
Penerbangan kali ini bersama AirAsia Xadalah pada jam 8 pagi. Aku bertolak dari rumah ke KLIA2, pada jam 4 pagi. Sampai jam 5 pagi, terus baggage check-in , kemudian solat Subuh dan sarapan pagi di McDonalds. Ini plan kami pada awal. Dengan harapan, Dayyan & Danish tak cukup tidur, seterusnya akan sambung tidur selepas pesawat berlepas. Ternyata, perancangan aku tak tetap. Walaupun boarding tepat pada waktunya, tetapi pesawat berlepas agak lewat. Jadi, awal-awal mereka tdah tertidur. Elok sahaja beberapa minit selepas pesawat berlepas, mereka bangkit daripada mimpi..
Tak pe, selepas makan nasi ayam Uncle Chin yang aku dah pre-order, mesti mereka tertidur kekenyangan. Dan sekali lagi, jangkaan aku meleset..haha.
Masa ni lah datang rajin Dayyan..
Semasa hidangan pre-order kami disediakan, lampu kabin dinyalakan sepenuhnya. Masa ini, Dayyan&Danish makin aktif. Tambahan pula tempat duduk kami bukan setempat. Aku dan Dayyan di barisandepan, Danish dan mommy di barisan belakang. Danish lak memang tak boleh duduk setempat. Ulang alik ke tempat aku dan tempat mommynya.

TIPS TERBANG BERSAMA ANAK KECIL UNTUK TEMPOH MASA YANG LAMA.

#1 Yes, masa ini gajet seperti iPad itu penting..haha..tapi penggunaannya takdelah sepanjang penerbangan. Aku bagi sekejap sekejap, paling lama setel satu movie kartun kat dalam tu. Download siap-siap.
#2 Bawa buku dan peralatan menulis. Dayyan sejenis yang suka melukis dan menulis. Ada pen atau pensil dan buku coretan, setel. Sejam lebih gak dia hadap buku tu. Even bagi kertas sekeping pun, dia boleh meluahkan kreativiti dia sama ada melukis atau menconteng..then aku akan minta dia terangkan apa yang dia lukis. Maka bersemburlah air liur dok terangkan kat aku dengan pelatnya budak 4 tahunnya..pening..
#3 Beli siap-siap toys kapal terbang yang seketul seketul kecil tu. haha..kenapa kapal terbang? Perasan tak, dalam pesawat AirAsia ni, selepas krew menyediakan hidangan makan, lepas tu mesti diorang akan sorong troli yang penuh dengan mechandise AirAsia. Paling atas, set permainan yang ada pesawat AirAsia kaler merah. Benda tu memang menarik perhatian anak-anak aku setiap kali terbang dengan AirAsia. Sebagai penyelesaian alternatif, isteri aku akan beli siap-siap dari mana-mana mall yang kaler dan bentuknya lebih kurang sama yang mana ianya lebih murah.haha..So bila tiba waktunya, isteri aku just hulurkan permainan itu..
#4 Danish & Dayyan masih menyusu. Isteri aku akan pekkan susu tepung mengikut sukatan di dalam plastik kecil (Mr.DIY ada jual). Bawa thermos kecil. Jadi, bila mereka nak menyusu, aku just hulurkan thermos tu dengan krew untuk diisikan air panas. Biasanya selepas menyusu, diorang akan mamai dan terlena..
#5 Hampir 7 jam penerbangan adalah satu masa yang agak lama. Anak-anak aku jenis yang cepat bosan. iPad dan buku-buku tu tak cukup. Untuk tarik perhatian diorang sekiranya mereka masih belum terlena, sediakan board gambar seperti chess & dam ular. Konfem mereka ralit.
#6 Bawa snek. Paling tidak bawa biskut Tiger. Budak-budak ni jenis takleh dibiarkan berlapar. Nanti meragam. Kena pastikan perut mereka sentiasa happy..hehehe
Macam terer je dua orang ni main Chess!
Biskut OREO Vanila feveret Danish!
hehe..tapi aku rasa catur atau dam ular untuk anak-anak aku adalah agak tidak sesuai. Ye la, sekejap main sama, sekejap berebut buah catur tu. Last-last aku ambil balik then suruh diorang buat aktiviti lain.

Muka excited selepas 7 jam dalam pesawat..haha..pada aku, Dayyan lebih senang dikawal sebab dia sudah pun boleh berfikir lebih panjang. Dan dalam usia 2 tahun lebih seperti Danish, ianya lebih mencabar kesabaran aku untuk mengawalnya tingkah lakunya- “apa yang dia nak semua dia dapat” haha..
Alhamdulillah sampai Jepun dengan selamat.
Kesimpulannya terbang bersama anak kecil dalam jangka masa yang lama adalah sangat mencabar. Aku lupa nak cerita. Danish siap termuntah disebabkan minum terlebih susu. Almaklumlah, setel botol pertama, dia masih tak boleh tidur, kemudian minta lain sebotol susu. Akibatnya, overload..mujurlah ada kakak pramugari Farah yang bertindak pantas hulurkan tisur dsb..kesian kat uncle sebelah Danish. Nasib baik uncle tu jenis OK. Danish siap hulurkan uncle tu selimut busuk dia tanda minta maaf..hahah..

Yey dah sampai Kansai International Airport. Yes, muka aku muka tak cukup tidur..Dayyan lak muka tak sabar nak masuk Universal Studios Japan!
Enjoice!

No comments:

Post a Comment