Tuesday, 24 May 2016

Restoran Makanan Halal di Ho Chi Minh City, Vietnam

Perkara yang merisaukan apabila berkunjung ke negara luar terutamanya ke negara yang majoriti penduduknya bukan Islam adalah makanan HALAL. Betul?
Semasa berkunjung ke Ho Chi Minh City, Vietnam bulan lepas, Alhamdulillah aku tidak menghadapi kesukaran untuk menjamu selera makanan HALAL yang sedap. Berbanding semasa ‘tugasan luar’ aku ke Vung Tau, Vietnam, 6 tahun lepas.
Jom aku share RESTORAN HALAL yang dah aku cuba sekitar Ho Chi Minh City untuk idea korang cari tempat makan halal bila ke sana nanti.

Restoran Makanan Halal di Ho Chi Minh City – SAIGON GREEN HOUSE

Malam pertama kami di Ho Chi Minh City, kami ke Saigon Green House yang terletak tidak jauh dari Hotel Paradise, di District 1. Lima minit berjalan kaki dari Ben Thanh market.

Saigon Green House menyediakan masakan halal Vietnamese & Malaysian. Bila aku refer pada buku menu, yup, majoriti menu yang disediakan lebih kurang sama dengan menu makan di Malaysia. Nasi ayam, Nasi Lemak, goreng goreng etc semua ada. Yang penting, restoran ini menyediakan Wifi PERCUMA.
Datang Vietnam memang tak lengkap kalau tak pekena kopi ais kan. Siapa setuju, tepuk perut!
Project Team terbaik aku setakat ini. Sama-sama kerja kuat, sama-sama enjoy kuat. Good job guys!

Sup mee daging ni nampak sedap. Bukan menu aku, menu teammate aku. Katanya, nottt bad. Lagi pun, dah lapar kan. Memang semua sedap la. Aku nampak dia makan habis licin, so kiranya SEDAP la tu.

Aku pun tak pasti kenapa aku pilih nasi ayam. Mungkin aku tertarik dengan kaler nasi tu kot. Tekak aku sebenarnya takleh terima sangat rasa dan cara nasi ayam ni dimasak, tapi sebab dah lapar kan, licinnn gak..hehehe
Sebenarnya, banyak lagi menu halal yang menarik perhatian aku di Saigon Green House ni. Ada rezeki aku akan singgah lagi di restoran ni untuk trip akan datang.
RESTORAN HALAL VIETNAM – HALIA.
Menu makan malam untuk malam kedua di Ho Chi Minh City, kami ke Halia Restaurant, yang  juga terletak tak jauh dari hotel penginapan kami dan sangat dekat dengan Ben Thanh Market.

Kat Restoran Halia ini ada menu dari tiga negara-Thailan, Malaysia dan Vietnam. Yang penting. HALAL yang disahkan oleh Islamic Community of Ho Chi Minh City Vietnam.

Menu yang lebih variasi. Harga pun boleh tahan. Tapi harus disetminda ye, maksud aku tu, boleh tahan jika dibandingkan dengan harga kat kedai halal lain. Bukannya nak dibandingkan dengan harga di kedai tomyam kat Malaysia. Harga makanan halal kat Vietnam biasanya lebih tinggi.

Kali ni aku pesan Beef Noodle Soup. Puas hati. Cukup rasa, cukup bahan-bahan tu. Nak kata aku lapar, takde la sangat. Tapi sampai licin aku hirup sup tu.
RESTORAN HALAL VIETNAM – OSMAN

Restoran Hajah Basiroh tu memang femes di kalangan pelancong muslim Malaysia. Tapi kami tak ke situ untuk hari ke-3. Kami ke Restoran Haji Osman. Siapa Haji Osman ni? aku pun tak tahuuuu…

Menu Halal Nasi Goreng Pilau di Restoran Halal Food Haji Osman. Aku rasa, kedai makan halal yang nilah yang menyediakan menu paling murah dengan rasa yang sedap.

Melimpah-limpah daging dia ok.

Nasi goreng seafood. Boleh tahan subur seafood-seafood di celah-celah nasi goreng..tapi aku takpi lak di sini ada sediakan Wifi FREE atau tak. Sebab masa kami pergi ni, NO WIFI..jadi, sudah makan, kami bayar dan angkat kaki..
Burpppp..alhamdulillah..
Surat Al Maidah : 88
“dan makanlah makanan yang halal lagi baik (thayib) dari apa yang telah direzekikan kepadamu dan bertaqwalah kepada Allah dan kamu beriman kepada-Nya”   

No comments:

Post a Comment