Aplikasi Permohonan ke Tahun 1 (Online Registration)
Bermula 10 pagi 1 Mac 2018, ibu bapa yang mempunyai anak lahir pada 1 hb Jan 2013 ke atas, sudah boleh mula mendaftar anak mereka ke Tahun 1 secara online. Terima kasih ke FB sebab kalau tak, aku memang tak ambil tahu pun pasal benda ni. Nasib baik ternampak ada orang dok share pasal online registration ni. Iye la, lagi 2 tahun kot Dayyan nak melangkah ke Tahun 1.
Lagi pun, baru 2 bulan dia mula sesi pembelajaran di Little Caliph. Tup tup semalam dah kena buat online registration untuk ke Tahun 1..
Aku bukan nak kongsikan cara-cara daftar anak ke Tahun 1. Sebab itu semua aku serahkan pada wife aku..dia lebih pakar dan ceakp..hehe.aku just monitor je via Whatsapp “Dah setel ke belum?” then tunggu reply daripada dia “Dah..”….hah..Bab-bab komplikated macam ini memang aku serahkan kepada wife aku.
Cara Daftar Kemasukan Pelajar Tahun 1 Secara Online.
- Boleh memohon bermula 1 Mac 2018-30 April 2018.
- Boleh memohon di https://public.moe.gov.my/ .
- Pengguna aplikasi baru perlu mendaftar terlebih dahulu: https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna
- Panduan memohon boleh semak di https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN.pdf
Siapa Yang Layak Mendaftar?
Anak-anak dengan status Warganegara Malaysia yang dilahirkan pada;
- 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (sesi persekolahan 2019)
- 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (sesi persekolahan 2020)
Ok. Dayyan lahir pada 23 April 2013. Makna dia kena mendaftar untuk sesi persekolahan tahun 2020. Tak bestnya tahun 2020. Sebab masa tu mesti dah takde tugasan untuk subjek pendidikan sesi, ” Lukiskan kotaraya metropolitan Kuala Lumpur pada tahun 2020-Wawasan 2020″ . Dak takde imaginasi kereta terbang, motor terbang segala bagai kan. TN50?
Selepas Berjaya Buat Online Registration?
- Jangan lupa print out.
- Mohon cuti tahunan di ofis. Pergi ke sekolag yang dipohon. Serahkan segala dokumen dan perakuan permohonan.
- Ini perlu dibuat sebelum 30 April 2018.
Dokumen Yang Diperlukan Semasa Permohonan
- Sijil kelahiran anak-anak yang memohon (Asal dan 1 salinan)
- MyKad Ibu & Bapa (asal dan 1 salinan)
- Surat nikah/surat cerai ibu bapa (Asal dan 1 salinan)
- Salinan bil elektrik.air sebagai bukti tempat tinggal.
- Laporan kesihatan doktor/kad OKU (jika perlu)
Cepat betul masa berlalu.
Rasanya baru semalam aku mengarang blogpost Pengalaman Seorang Bapa di Bilik Bersalin sebagai coretan kenangan manis aku semasa menyambut kelahiran anak pertama, Dayyan Harith. Hari ini dah nak kena daftar dia untuk ke sekolah rendah, 6 tahun selepas itu dia akan ke sekolah menengah sebelum meneruskan pengajian di peringkat universiti. Kemudian, dia akan melalui pengalaman temuduga sebelum mula bekerja. Kemudian kahwin, dapat anak…hahaha panjang lak aku melalut..
Mungkinkah ini antara simptom biasa seorang bapa yang mempunyai anak yang sedang meningkat dewasa?

No comments:
Post a Comment