Penantian satu penyiksaan.
Itu yang aku rasa setiap kali melalui proses pembaharuan passport, terutamanya sesi di hujung minggu.
Kenapa buat passport di hujung minggu? Sebab aku malas nak ambil cuti di hari biasa. Titik.
Sejak 5 tahun lepas, aku lebih suka berurusan untuk proses pembaharuan passport di Jabatan Imigresen Cawangan Kelana Jaya. Senang parking, staff cekap & efisen.
Cuma, nak renew passport di hujung minggu, aku kena datang seawal jam 6.30pagi.
Aku beratur tepat jam 6.45 pagi, dapat no giliran 44. Jadi, agaknya pukul berapa si no giliran 1 mula beratur?
Setiap hujung minggu, Sabtu/Ahad, Pejabat Imigresen Cawangan Kelana Jaya buka dari jam 8 pagi. Dalam jam 7.30 pagi, staff akan agihkan Borang Permohonan Passport Antarabangsa untuk diisi.
Jam 7.55 pagi, belakang aku, ada lebih 100 orang dalam barisan, berdoa dan berharap agar dapat no giliran.
Ramai tak tahu, pada hujung minggu, Pejabat Imigresen Kelana Jaya hanya beroperasi dari jam 8 pagi hingga 1 petang. Hanya 100 no giliran disediakan.
Lebih kurang 8.45 pagi, no giliran aku dipanggil. Hulur passport yang dah tamat tempoh, hulur IC, imbas cop jari dan ambil gambar menggunakan DSLR Canon.
Ramai yang belum tahu, sekarang dah tak perlu cuci gambar berukuran passport kat kedai. Servis tangkap gambar, pihak Imigrsen dah sediakan. Free of charge.
Dah setel proses pertama, aku duduk sambil menunggu giliran untuk proses bayaran.
Kadar Bayaran Permohonan Kali Pertama/Pembaharuan Passport Antarabangsa 2016.
Dewasa : 5 tahun = RM200.00
Kanak-kanak Bawah 13 tahun & Warga Emas 60 tahun ke atas : 5 tahun = RM100.00
*Pelajar yang menuntut di luar Negara berumur 21 tahun ke bawah: 5 tahun = RM100.00
—————————————————————————————–
Jam 9.30 pagi, selesai proses bayaran untuk pembaharuan passport aku. Jangan lupa ambil resit pembayaran sebagai bukti semasa ‘collect‘ passport baru.
Passport baru aku hanya boleh diambil dalam tempoh sejam selepas proses pembayaran.
Sempatlah aku bersarapan di kafe sebelah sambil menunggu dan memerhati gelagat mereka yang datang lewat dengan harapan no giliran masih ada. Maaf.
Dalam jam 10.45 pagi, aku serahkan bukti bayaran di kaunter no.2. Lebih kurang 10 minit, nama aku dipanggil. Duduk depan pegawai Imigresen dan imbas cop jari untuk pengesahan. Berjaya.
SIAP!
Sekarang aku dah boleh start travel lagi untuk tempoh sehingga tahun 2021!
Dari 6.45 pagi – 10.50pagi.
Jadi, apa tips terbaik untuk buat passport di hujung minggu? DATANG AWAL lah tipsnya.
hehehe..
Sekian.


No comments:
Post a Comment