Hari ke-2 di Hong Kong.
Pagi-pagi di Central Hong Kong, suhu agak sejuk. Berjaket bagai jugak lah kami. Dari hotel, berjalan ke Hong Kong MTR Station untuk ke MTR Sunny Bay sebelum ke Hong Kong Disneyland.
Yang paling excited masa ni of course la dak kecik Daniel Hayden. Maklumlah pertama kali dia nak masuk ke Taman Tema Disneyland. Biasa dok tengok kat Youtube je.
Bagi abang Dayyan dan Danish lak, ini pengalaman ke-2 mereka. Tapi masih excited! Pertama kali mereka ke HK Disneyland pada tahun 2017. Masuk tu Danish kecik lagi. Boleh baca pengalaman mereka DI SINI.
Perjalanan dr MTR Hong Kong ke pintu masuk Hong Kong Disneyland mengambil masa tak sampai sejam. Tapi, barisan di pinta masuk HK Disneyland agak panjang.
Pagi-pagi ni train memang agak sesak. Ikut nasib la. Kami dapat seat. Mungkin orang Hong Kong ni kesian tengok muka mengantuk Daniel kot.
Dari Stesen Disneyland nak ke entrance, kena menapak agak jauh gak. Since kami datang ni pada musim bunga, suhu agak dingin. Tak de lah berkicap berjalan jauh-jauh kan. Lagi pun, banyak spot-spot wajib ambil gambar kat luar tu, ie: Gerbang Hong Kong Disneyland.
Compare dengan tahun 2017, kali ini pengurusan check ticket bagai semua lebih pantas. Walapun Q panjang, tapi tak mengambil masa terlalu lama. Tapi kan, mula-mula sampai agak terkejut la tengokkan Q yang meriah lain macam. Mungkin sebab 1st Day ni pada hari Isnin. Orang ramai sambung cuti dari weekend kot.
Alhamdulillah, tak sampai sejam pun kena Q..adalah setengah jam lebih hahaha..
Here we go!
Untuk trip ke Hong Kong Disneyland kai ni , aku serah semuanya kepada mmy & anak-anak. Nak ke mana dulu, nak main game apa dulu, bagi diorang enjoy je.
Walaupun ada 2 hari, ikutkan pengalaman lepas still tak cukup nak cover semua ride & game. So plannya, main dulu apa yang paling menarik. Kalau Q ride tak panjang, ulang balik ride kegemaran sampai puas hahah..
Aku lak, since dah tua ni, tak de la ikut naik semua ride. Dayyan & Danish pun kebanyakan ride dah lepas naik tanpa perlu parents teman. Just Daniel je masih perlu berteman.
Aku ikutkan aja. Tapi kalau rasa nak rehat, aku akan rest lepak tepi atau pekena kopi panas kat kafe. Syok oo sejuk-sejuk pekena kopi panas!
Ride pertama kami, IRONMAN EXPERIENCE! Terletak di Stark Expo di area Tomorrowland. Yang ni syok. Trip sebelum ni, aku dan Dayyan je naik.
Danish tak lepas lagi masa tu. Kali ni, semua boleh masuk. Ride 3D motion-simulator seolah-olah korang terbang bersama Ironman untuk setelkan misinya.
Setelkan ride game, otw nak keluar, wajib lalu kedai menjual mechandise. Tang sini, agak mencabar untuk ddy. Bukan sebab anak-anak meminta sangat, tapi sebab mechandise kat sini sangat best. Konfem tak jual kat mana.
Nak tangan Ironman ni satu boleh?
Actually kat Stark Expo ni pun ada sesi meet & greet dengan Ironman. Tapi yang ni kena Q sesi lain. Boleh tahan panjang gak. Jadi masalah ke? Ironman kot..konfem lah No Problemo!
Kita ikut Q sekali lagi. boleh tahan lama gak. Hampir give up..tapi jodoh kami kuat kan!
Kali ni sanggup bayar untuk framekan gambar kenangan bersama Ironman. Tak pasti akan datang ke sini lagi ke sebab anak-anak dah besar kan. Kot datang dengan cucu lak ke hahha..
Dah setel dekat Stark Expo, kami sambung berjalan ronda-ronda taman.
Dah sampai ke Disneyland, wajiblah bergambar di depan Castle ni. The Castle of Magical Dreams. Castle ni castle yang dijadikan dengan Sleeping Beauty Castle pada tahun 2020. Kedudukana castle ni terletak di tengah-tengah taman tema Disneyland.
Singgah jap je kat castle ni sebab malam ni nak datang balik untuk Main Show - MOMENTOUS. Best show ni sebab kombinasi pertunjukan multimedia projection, firework, lighting, lasers, phyrotechnic dan air. Konfem gempak!
Nak teruskan perjalanan, tapi perut dah mula berkeroncong.
Travel dengan anak-anak ni, tahap kelaparan kena jaga. Kalau tak, spoil mood. So, marilah kita cari kafe yang provide makanan HALAL. Masa kami pergi ni, hanya River View Cafe je yang ada makanan halal. Ada satu lagi, tapi tengah renovate.
Trip sebelum ni, lunch & dinner kami hanya di situ. Sedap pun sedap.
 |
| River View Cafe - Kafe Halal Di Hong Kong Disneyland |
Dah kenyang, barulah boleh sambung berjalan.
Winnie the Pooh. Masa ni Q boleh tahan panjang. so aku bagi je diorang main ride ni. Aku pusing-pusing area situ gak.
 |
| Abang Dayyan dah makin hensem. |
Salah satu cabaran berjalan masa suhu sejuk dingin ni, sikit sikit ko rasa lapar.
Hot Chocolate ni sebenarnya biasa je, bezanya letak krim dan kepala Olaf. Tapi time sejuk-sejuk ni, boleh jadi luar biasa.
Masa ni, diorang tengah naik ride dalam World Of Frozen. Aku suspect ni mesti momyy diorang yang ajak. Boys aku mana tengok Frozen2 bagai ni hahaha.. so aku tak join. Lepak luar sambil tengok keliling.
World of Frozen.
Toy Story Land.




Daniel dah kepenatan masa ni. All out dia hari pertama ni. Rasanya tak sempat tidur. Sesekali lenguh kaki. Tapi bila nampak watak-watak Disney, terus ada energi balik. Bila dah nak dinner, baru nampak dia keletihan. Tu pun mata tahan sebab main phone. huhuh..
Selepas dinner, kami menuju ke Castle of Magical Dreams untuk Main Show.
Show start jam 9 malam. Tapi kami dah start amik posisi since jam 7 malam. Walawey, mencabar kesabaran demi nak dapat spot menarik.
Makin malam, suhu makin sejuk. Daniel lak dah mula cranky sebab penat dan sejuk.
Dekat dinding castle tu, diorang pancarlan graphic yang siap boleh gerak-gerak. Dengan sound lagi. Laser lagi. Smart giler. 1st time tengok dari jarak dekat.
Waffle Mickey Mouse
Dah malam baru sempat nak beli waffle ni. Trip sebelum ni pun dah pernah rasa. Memang kesukaan abang Dayyan dan Danish masa tu.
Tapi this time, rasa dia agak kurang. Mungkin dah tukar resepi kot..
Rasanya sebelum ni lagi besar saiz waffle ni. Takpelah..tetap sedap sebab makan masa sejuk..huhuh..
Alhamdulillah..setel hari pertama. Bila tanya anak-anak, puas ke tak? Diorang jawab, belum! Banyak lagi tak main. Day 1 ni banyak jalan-jalan secara santai.
Agak malas untuk beratur panjang-panjang kat ride-ride yang femes. Biar luh dengan harapan, esok tak de orang! hahaha..tak de maknanya..apa-apa pun, kita balik & rest luh. Kaki pun boleh tahan lenguh weh!
Oh ye, by the way, hari ni Hari Jadi aku!
Thanks kepada semua yang wish! Semoga doa yang baik-baik untuk korang semua gak..
No comments:
Post a Comment