Satu petang, selepas minum petang di kedai mamak, Daniel minta singgah sekejap di satu kedai permainan berhadapan dengan GM Klang. Daniel beria nak masuk. Katanya nak tengok-tengok saja. Ok fine, kita ikutkan saja. Since dah nak Maghrib, memang tak sempat nak melayan masa tu.
Bila balik, malamnya, Daniel dah start bercerita tentang kebestan 'monster truck' yang dia tengok petang tadi. Ddy & mmy layankan saja. Siap Daniel cakap, "ddy pergilah kerja, dapat duit, belikan Daniel toy car.."
Kebetulan, malam tu, memang aku ada appointment dengan prospek yang nak signup plan Hibah Takaful. Dah setel appointment, aku terus balik Waktu dah nak dekat 11.30 malam. Balik-balik jer, Daniel sedang menunggu aku di depan pintu.
"Ddy dah ada duit?.."
Terkejut gak aku masa tu.
Esoknya, Daniel masih bercakap tentang 'monster truck' tu.
Nampak dia betul-betul nakkan 'monster truck' tu. Aku diskas dengan mmy. Nampak macam Daniel betul-betul nak toy tu. Jarang dia minta betul-betul macam ni.
Selepas difikirkan, mungkin ini rezeki Daniel. Kebetulan rezeki aku tidak pernah putus-putus 2,3 tahun ni. Alhamdulillah, rezeki anak-anak dan isteri.
Jadi, selepas selesai urusan pada hari ni, terus ke kedai toys tu. Rezeki Daniel, kereta yang dia minat tu masih available. Lagi best, masih dengan harga promo, RM250 sebuah. Lepas try function dan Daniel pun dah drive test, terus bayar dan load kereta masuk kereta.
Sampai je rumah, Daniel mula belajar memandu. Bestnya 'monster truck' Daniel ni, ada 2 jenis nak operate. Kereta ni memang ada pedal sendiri. Kalau tak nak guna pedal, ada gak remote control untuk gerakkan kereta ni.
No comments:
Post a Comment