Alhamdulillah..almost 4 bulan balik dari Hong Kong, baru aku ada 'mood' nak update travelog di sana. Ini pengalaman kedua kami travel ke Hong Kong , kecuali Daniel. Pertama kali travel ke Hong Kong pada tahun 2017. Hampir 8 tahun lepas.
Kali ini, kami datang lagi!
Itinerari trip kali pun lebih kurang sama. Tujuan utama untuk berhibur di taman tema Hong Kong Disneyland. Nak bagi anak-anak happy. Nak-nak Dayyan baru je setelkan exam UPKK pada bulan Januari 2025. Result tak tahu lagi dah dapat reward ye? :-p
 |
| Kill the Time. |
Flight AK138 kami berlepas dari KLIA 2 seawal jam 8.00 pagi. Diorang ni langsung tak mengantuk walaupun kami keluar dari rumah awal jam 2.30 pagi.
Penerbangan dari KLIA 2 ke Hong Kong International Airport mengambil masa selama 4 jam dengan jarak 2539km. Alhamdulillah perjalanan lancar dan urusan di pintu keluar KLIA2 dan pintu masuk Hong Kong International Airport pun dipermudahkan. Flight pun tak delay. Luggage pun elok je sampai. Keluar je dari tempat Arrival, terus menggamit memori lama. Masa tu anak baru dua, sekarang Alhamdulillah dan ada 3 boys yang sihat dan bijak.
Sebelum meneruskan perjalanan ke hotel menggunakan keretapi laju, kami santai-santai lepak airport terlebih dahulu. Takde benda nak dikejarkan sangat..hihihi.
Dah setel urusan ambil kad Octopus, chill-chill jap. Oh ye, perbelanjaan kat Hong Kong ni tak susah pun. Tak perlu nak kena ada kad kredit bagai. Register je Octopus kad. Boleh guna kat mana-mana. Nak topup pun senang. Ada mesin atau boleh topup kat convenient store seperti 7Eleven.
Untuk fon pula, aku beli e-sim daripada Klook. So takde leceh aku nak kena swap fizikal simkad. Sebab, kalau guna fizikal simkad Hong Kong, aku perlukan talian nombor Malaysia untuk terima SMS. Selaku financial consultant, aku kena sentiasa alert dengan SMS terutama berkaitan GL klien takaful aku. Trsuted Financial Consultant kan...heheh
Agak-agak dah ready nak ke hotel, barulah kami ke stesen Hong Kong Airport Express Train. Pada hari ketibaan kami ni, kebetulan tiket untuk kanak-kanak dapat diskaun 50%. Lebih jimat berbanding naik teksi. Train ni terus ke stesen Central, stesen yang terdekat dengan hotel penginapan kami.
Sangat selesa travel dengan Hong Kong Airport Express Train ni. Orang pun tak ramai.
Yey, dah sampai di Central. Masa ni 'tersesat' sekejap. Waze pening bagi salah arah. hahah..agak mencabar gak nak mencari Hotel Butterfly On Wellington, Central Hong Kong ye. Dah la lokasi hotel ini agak ke atas. Maksudnya, kena mendaki sedikit. Eskalator ada, tapi tak banyak. Kat sini lebih banyak tangga kerana kerajaan diorang nak rakyat diorang lebih sihat. Sejuk-sejuk pun boleh tahan berkicap dengan nak tarik luggage yang berat dan besar.
Alhamdulillah sampai. Hotel berbintang pun masih kecil ye. Janji selesa. Kat hotel ni je yang offer katil yang muat untuk kami anak-beranak. Kebanyakan hotel lain memerlukan kami untuk stay dalam 2 bilik berasingan. Mana mahunyer..
Travel dengan anak-anak ni terutama ketika suhu sejuk, kena pastikan makanan mencukupi. Konfem sekejap sekejap diorang akan rasa lapar. Dah tu, bukan tahu nak bersabar. Tang tang tu gak la nak makan..hahaha..
Dinner kami pada malam pertama di Hong Kong adalah di restoran Saffron yang menyajikan Persian Cuisine. Aku pun tak pasti, apa beza Persian Cusine dengan makanan Arab lain. Ini antara restoran halal yang terdapat di Central Hong Kong. Jenuh gak nak kena mendaki dari hotel ke restoran ni.
Suhu pada waktu malam ketika ni lebih kurang 10-15 darjah Celcius. Tak de la sejuk mana. Cuma tak tahan dengan angin je. Menyucuk tulang gak la.
 |
Ini lah masakan Persian. Lebih kurang nasi Arab la kan. Harga kat sini boleh tahan gak. Total semua ni lebih kurang RM200. Bagi aku, a bit pricey. Tapi takpelah, malam pertama kan. Malas nak explore mencari kedai halal lain. Ada je di sekitar ni. |
'One eye sees, the other feels'
No comments:
Post a Comment