Wednesday, 21 March 2018

Universal Studios Japan 2018

Antara rutin tahunan aku adalah ‘spend’ masa bersama isteri & anak-anak dengan melancong ke satu tempat ‘seronok’ untuk anak-anak. Anak-anak seronok, mak pak mestilah seronok kan. Biasaya, bulan Mac setiap tahun, aku akan ambil cuti tahunan yang panjang untuk rutin ini. Lagi pun, bula Mac adalah bulan sambutan ulang tahun perkahwinan kami (9 Mac)..Oh yeah..2 in 1, save bajet..hahah..
Sekejap je setahun berlalu. Kenangan berseronok dengan anak-anak di Hong Kong Disneyland pun masih segar diingatan. Tup tup dah tiba masa untuk kami ke Universal Studios Japan! Teruja. Tak sabar. Hari hari Dayyan tanya bila nak pergi jumpa Minion. Paling mencabar, penerbangan ke Osaka selama 7 jam bersama Dayyan & Danish. Alhamdulillah, semua itu berjaya dilalui dengan ‘tenang’..:-p
BELI TIKET UNIVERSAL STUDIOS JAPAN (USJ) DI JTB MALAYSIA
Tujuan utama trip ke Osaka kali ini ialah ke Universal Studios Japan. Ini pengalaman pertama isteri, Dayyan & Danish. Mereka lebih teruja berbanding aku. Aku dah pernah ke sana beberapa kali semasa menetap di sana sebelum ini. Aku telah membuat pembelian USJ Admission Pass for 2 days daripada pihak JTB Malaysia setelah beberapa kali review sebut harga.
Bukan apa, harga dengan JTB Malaysia ini akan direview pada setiap hari Rabu (kalau tak silap aku) berdasarkan harga terkini matawang Japan Yen. Kebetulan, matawang Yen jatuh agak teruk (Ringgit kukuh) pada awal bulan Januari yang lepas. Jadi, itulah masa yang terbaik untuk aku lock harga tiket.

USJ Admission Pass boleh juga dibeli semasa berada di Japan iaitu di Lawson dsb. Aku prefer kojrang beli pass ini melalui JTB Malaysia awal-awal untuk elak beberapa perkara seperti tukaran matawang yang lebih mahal, masalah komunikasi dsb. Tiket untuk dewasa ialahYen 12,800 dan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas ialah Yen 8620. Danish tidak dikenakan sebarang bayaran sebab dia baru berusia 2 tahun 7 bulan..hehe
Oh ye,  USJ Admission Pass dari JTB Malaysia ini dalam bahasa Jepun. Kami tiada masalah bahasa since aku boleh membaca dalam bahasa Jepun tetapi agak sukar untuk korang yang tak boleh berbahasa Jepun. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah semak dengan pihak JTB Malaysia. Tu pasal, better korang beli dari sini lagi..
Universal Studios Japan (USJ)
Dayyan & Danish ada masa 2 hari untuk berhibur dengan watak-watak kegemaran mereka di Universal Studios Japan ini. Nama je trip anniversary tetapi keutamaan tetap pada anak-anak kan. Cukuplah 2 hari untuk mereka berlari ke setiap pelusuk USJ. Nasib baik masa kedatangan kami, bukan musim cuti awam dan bukan pada hari minggu. Kalau tak, konfem penuh gila.

Tips ke Universal Studios Japan:

#1 Semak sama ada kunjungan anda pada waktu cuti awam, Golden Week atau cuti sekolah. Elakkan ke USJ pada musim ini. Konfem sesak. Bila sesak, waiting time untuk ride akan lebih panjang. 2 hari memang tak cukuplah!
#2 Beli Admission Pass dari JTB Malaysia siap-siap. Print 2,3 set untuk elak keciciran. Kalau korang nak beli di Lawson pun boleh, tapi pastikan korang minta tolong dari staf diorang. Guna ayat ini masa nak minta tolong diorang belikan, “Yuu Esu Jee no chikeeto wo kaitain desuga..”. Melainkan korang cekap Nihongo, boleh beli sendiri.
#3 Dilarang bawa makanan/minuman masuk ke USJ. Tapi boleh consider untuk makanan anak kecil. Pandai-pandai lah sorok kat mana-mana celah dalam beg tu.
#4 Download apps “Universal Studios Japan” Apps ini boleh digunakan bila korang berada di USJ. Guna apps ini untuk rancang kembara korang dalam USJ. Boleh nampak ‘waiting time’ untuk setiap ride di sini. So bolehlah pilih yang paling cepat untuk elak pembaziran masa.
#5 Belilah Express Pass bila perlu. Awal-awal aku dah set mind aku ke situ untuk anak-anak berhibur. Lagi pun, tak banyak ride yang Dayyan&Danish boleh naik, sebab tak lepas ketinggian. More kepada ride budak-budak. So takde lah stress sangat nak beratur untuk Harry Porter atau Flying Jurassic Park.
#6 Makanan HALAL. Agak mencabar untuk mencari kedai makanan halal di USJ. Kalau nak buat alas perut, popcorn Minion ada hehe..
#7 Ruang Solat di Guest Room, berdekatan dengan Entry/Exit USJ.



No comments:

Post a Comment