Kalau kau orang perasan, Melaka adalah antara tempat kegemaran yang selalu kami sekeluarga pergi. Tak kiralah sama ada sekadar singgah sekejap atau bermalam di sana. Dua sebab aku dan isteri suka ke sana; makanan best dan tempat menarik yang ada di sana. Dalam masa yang sama, kami memilih tempat penginapan atau hotel yang berlainan untuk merasai pengalaman berbeza setiap kali melawat bandaraya penuh dengan sejarah ini.
Sempena cuti Hari Kebangsaan tempoh hari, sekali lagi kami berpeluang jalan-jalan ke bandar Melaka. Kali ini kami memilih untuk menginap di Hotel Imperial Heritage yang terletak di bandar Hilir. Nanti aku cerita pasal hotel ini. Entry kali ini, aku ingin kongsikan pengalaman Dayyan yang pertama kali menaiki beca berhias yang merupakan aktiviti popular di bandar Melaka ini.
Waktu paling sesuai menaiki beca ini adalah pada waktu malam. Kurang panas berbanding siang hari.
Sebelum menaiki beca, aku bertanyakan harga RM25 untuk satu trip untuk kami 4 beranak. Pada awalnya aku ragu-ragu gak kemampuan abang beca untuk bawa kami berempat. Since dia konfiden, aku ON sahaja. Untuk trip ini, abang beca akan membawa kami menaiki beca Ironman dia dari Menara TamingSari ke Kota A’Famosa sebelum ke jalan besar patah balik ke Menara Taming Sari.
Elok dah nak bertolak, Danish buat hal tak nak naik pula. Menjerit-jerit dia tak nak naik. Aku saspek, dia rimas atau takut dengan bunyi muzik beca yang agak kuat. Dah puas kami memujuk, akhirnya mommy dengan reda dan pasrah terpaksalah menemani Danish di garisan permulaan trip kami.
Jadi, untuk pengalaman pertama menaiki beca di bandar Melaka, hanya Dayyan dan aku sahaja. Dayyan memang teruja dari awal lagi. Aku dudukkan dia di bahagian dalam beca dan aku di bahagian tepi beca. Ini juga untuk tujuan keselamatan.
Steady je abang beca mengayuh diiringi dengan pelbagai lagu terkini. Cuma, bila sampai di bahagian yang sedikit mendaki (sebelum ke AFamosa) aku dikehendaki turun dan hanya Dayyan atau kanak-kanak sahaja boleh terus menaiki beca. Bukan apa, nak mendaki dengan beban yang berat, banyak gak kudrat yang abang beca perlukan. Itu aku faham. Lagi pun hanya beberapa meter sahaja. Selepas itu boleh naik balik, dan terus menikmati keindahan malam bandar Melaka sambil menaiki beca.
Seingat aku, pengalaman aku menaiki beca semasa zaman kanak-kanak dahulu. Dah lupa pun bila dan di mana. Kali ini, aku reset pengalaman aku bersama pengalaman pertama menaiki beca. Lagi dia seronok, perhiasan di beca ini menggunakan tema Ironman, karakter kegemaran dia dan aku. Abang beca siap tawarkan untuk dapatkan kasut Ironman yang Dayyan pakai dengan koleksi loketnya. Tapi Dayyan awal-awal dah menolak..hehe
Lebih kurang 30 minit, kami kembali ke garisan permulaan. Tersengih-sengih Danish menyambut ketibaan kami. Dah puas menangis kata mommy. Mana tak menangisnya, sebaik sahaja kami bertolak, dia sibuk dok minta mommy berjalan kaki ikut beca kami..haha..kurus mommy kau nak. Bukan dekat perjalanan tu.
Satu pengalaman yang best. Berpeluh gak aku tengok abang beca tu. Aku hulurkan RM25. Sempat lagi ditawarkan untuk ambil gambar kenangan kami sekeluarga.
Aku tertarik dengan after service dia. Kalau ada rezeki dan peluang nanti, pasti aku ke sini lagi untuk menggunakan servis abang beca ini lagi.
Oh ye, semasa perjalanan tadi, sempat juga aku berborak dengan abang beca ini. Katanya, kerja beca ini tak glamer. Tetapi mampu meraih pulangan yang lumayan. Bayangkan, dengan hany perlu mengejar 10 trip setiap hari, dan bekerja selama 20 hari sebulan, pendapatan yang diraih sudah melebihi pendapatan seorang Jr Engineer. Nak senang bukan susah, cuma nak dengan tak nak sahaja.
Semoga tarikan beca bandar Melaka ini terus maju dan dikekalkan sampai bila-bila.

No comments:
Post a Comment