Pada April lepas, Dayyan ada menyertai satu rombongan yang dianjurkan oleh school-nya ke Pusat Sains Negara dan KL Tower Mini Zoo. Rombongan sambil belajar atau EduTrip merupakan aktiviti pilihan dalam setiap semester. Dalam setahun ada 2 semester. Jadi, dalam setahun akan ada 2 kali EduTrip yang ditawarkan oleh school Dayyan.
Oh ye, EduTrip ini adalah pilihan, tak wajib. Sebab ada bayaran tambahan sebanyak RM80. Pada aku, bayaran ini sangat berbaloi dengan pengalaman yang Dayyan dapat.
Jadi, untuk bulan Ogos ini, Dayyan telah menyertai satu lagi EduTrip ke kilang roti Gardenia dan Aquaria KLCC.
![]() |
| Beratur sebelum naik bas. |
![]() |
| Seronok naik bas bersama kawan-kawan. |
Lawatan ke Kilang Roti Gardenia Shah Alam
Lawatan ke Aquaria KLCC
Ini bukan lawatan kali pertama Dayyan ke Aquaria. Masa dia berumur setahun, kami pernah bawa dia ke sini. Dan pastinya, dia tak ingat punya..hahah..even dah tunjuk gambar, still dia tanya “siapa baby dengan mmy&ddy tu?”
Kredit Gambar: Teacher LCKJ
Semoga Dayyan belajar sesuatu daripada EduTrip kali ini. Gambar-gambar ni semua aku kena simpan elok-elok. Dia besar nanti, boleh tunjuk balik.





No comments:
Post a Comment