Friday, 21 September 2018

Danish, 5 Hari Dilarang Pegang Gajet Di Rumah.

Sampai hari aku sukar mempercayai yang anak kedua aku, Danish sudah berjaya untuk tidak ‘memegang’ sebarang gajet daripada Isnin lepas hingga ke hari ini. Sudah 5 hari Danish didenda tidak dibenarkan bermain sebarang smartphone, iPad, PS4 atau pun gajet lain di rumah.
Biasanya dia antara yang aktif memegang ‘gajet’. Walaupun dia tak reti sangat bermain game, atau melayari youtube, tetapi bila dia start membelek galeri atau koleksi video, boleh tahan berjam-jam gak dia pegang. Sampai satu tahap, video trailer di apps TGV pun dia layan dekat sejam..nak nak trailer filem Munafik..haha..

Kenapa Danish didenda?

Aku tahu, Danish spend masa yang banyak dengan gajet apabila di rumah berbanding abangnya. Fasa hidup Dayyan sekarang ni sudah berbeza, dia lebih suka melakukan aktiviti colouring atau membaca buku. Danish pula cepat bosan. Jadi, gajet seperti fon & iPad menjadi aktiviti dia.
Jadi, sebelum dah mencapai tahap ‘ketagih’ atau terlalu obses, aku mencari jalan untuk kurangkan masa dia bersama gajet. Terutama selepas aku membaca ‘observation’ daripada Farah Lee yang notice sebab anak-anak sekarang ini makin ‘kurang adab’ adalah kerana GAJET.
Untuk tanpa sebab melarang Danish bermain fon, itu tidak adil.
Kebetulan, Ahad lepas semasa kami menjami selera di Restoran Serai, mungkin keterujaan Danish selepas makan pavlova sedap di situ, Danish tanpa sengaja menerbangkan selipar di kakinya ke arah akak pelayan. 
Terkejut woo..bukan kedai mamak, tapi di restoran. Aku cuba kawal diri untuk tidak menampakkan kemarahan aku. Tetapi aku sekadar menegur biasa dan meminta maaf pada pelayan itu.
Aku juga minta Danish sendiri yang memohon maaf daripada akak pelayan tu. Dengan muka menahan menangis dan bersalah, Danish menghulur salam.
Pelayan-pelayan di situ pula sangat mesra dan treat Danish seperti tidak bersalah. Akibat perbuatan salahnya itu, aku membatalkan janji aku untuk ke Toy’rUs dan terus balik. Dan aku jadikan kesalahan itu sebagai sebab untuk tidak membenarkan penggunaan gajet oleh Danish dan Dayyan selama seminggu. Tak pasal-pasal Dayyan pun jadi mangsa.
Setiap kali Danish minta nak pegang fon, aku ingatkan kembali denda dia dan sebab kenapa dia tidak boleh menggunakan fon. Dan apabila Dayyan minta, aku just bagi alasan yang dia tidak menjaga perangai adiknya di Restoran Serai tempoh hari. 
Aku nampak dia kebingungan, tetapi aku yakin dia faham tentang denda ini..hahaha.
anak kedua

Esok hari denda yang terakhir.
Aku harap Danish & Dayyan pelajari sesuatu daripada DENDA ini.
Pada aku, kawalan penggunaan gajet pada anak-anak bergantung sepenuhnya kepada emosi ibu bapa. Ye la, walaupun aku seorang bapa yang tegas dan garang, tetapi setiap kali Danish memujuk ‘ Danish nak jappp jer’ dengan muka comel dia, hampir-hampir aku cair untuk memberi iPhone 8 ni..tetapi cepat-cepat aku ingatkan tentang hal DENDA itu..
Alhamdulillah. Nampak aku dan Danish berjaya dalam isu ini. Tahniah untuk aku dan anak-anak..hahaha..
#parenting

No comments:

Post a Comment