Buat masa sekarang, rutin harian baby Dayyan Harith adalah bangun, tidur, makan, menangis, merengek, main toys dan paling advance, cubaan merangkak yang masih belum berjaya. Itulah aktiviti yang biasa dilakukan 5hari seminggu, semasa mak paknya keluar bekerja. Fikir fikir balik, kesian pun ada..mesti bosan dan stress. Sapa cakap baby kecik tak reti nak stress? Diorang pun pandai ok…
Aku tahu baby Dayyan pun stress.
Last week, sempena cuti panjang Deepavali membawak ke cuti Maal Hijrah, kami memang dah plan untuk spend masa 100% untuk dia. Plan awal, memang nak make a trip keluar dari KL ni, tapi memandangkan baby Dayyan terkena selsema+batuk, terpaksala divert ke plan B. Jadi, ke KL Tower lah kita, since Puan Nunu pun so far tak pernah sampai ke puncaknya lagi, even prev office kat belakang tower je..kihkihkih..
![]() |
| Mummy+Dayyan Harith+KL Tower. |
Kami sampai di KL Tower lebih kurang jam 2.30petang. Elok elok je hari dah mendung. Biasalahkan cuaca sekarang in, masuk je petang nak hujan. Natural lighting pun memang tak secantik yang diimpi.
Baby Dayyan bukan main excited bila sampai ke lobi KL Tower ni. Kiri kana dok melilau ushar orang. Mesti di kotak fikirandia, “Eh, orang apa berkulit gelap je tu?”, “Eh, kenapa rambut awek tu cam berkarat je?”, “Eh kenapa akak tu pakai baju macam tak cukup kain je?”..mungkin dan andaian aku je ni..yang sebenarnya, dia seronok sangat kot time tu. Aktif bebenor memanjat kat bahu aku..
Tiket ke observation deck untuk dewasa yang ada MyKad ialah RM29, dan baby memang takyah bayar, free je..Kalau takde MyKad, considered ko orang asing dan kena bayar rate yang lagi tinggi. Jom ushar Official Website KL Tower untuk harga dan pakej lain-lain. Dah bayar semua, cari entrance ke lif, dan moh le kita ke observation deck. Aku rasa, kami salah timing sebab cuaca kat luar tak sejauh pemandangan sebab cuaca agak mendung dan kelam je.
Selain dapat spend masa sama-sama, aktiviti sebegini elok untuk baby sebagai latihan untuk dia mengatasi rasa gayat dan takut dengan tinggi atau dalam bahasa saintifiknya sindrom Gayatosrifobia..hahaha..macam iyo iyo je kan bahasanya itu..aku lupa la perkataan untuk merekayang fobia dengan tempat tinggi ni..anyone knows?
Baby #DayyanHarith dah nak masuk 7 bulan. So far, apa yang aku nampak, dia masih belum fobia dengan pape lagi. Ko letak tempat tinggi ke, dalam air ke, hadap muka dia dengan patung muka buruk ke, rilexx je dia. Lagi dia seronok ada la. Anak lelaki kena lasak kan?
Precious moments. Aku boleh salute kat bini aku ni-IronLady la gak kan. Even dia berkarier sebagai jurutera, balik kerja lewat petang, kadang bawa balik sekali masalah dari ofis(its not good..)tapi tak pernah lagi komplen penat menjaga baby Dayyan ni. Baby meragam, dia tetap cool. Oh ye, anak kami punya jeritan, memang sangat ‘coo’, kampung sebelah pun boleh dengar tao..hahah..tapi itu peel nya bila kat rumah. Dan sampai sekarang, tak pernah dia meragam bila kami hangout kat shopping mall, atau tempat-tempat lain, asalkan jangan lepak kat umah je..pendek kata, baby Dayyan ni memang kaki berjalan..
Salah satu pemandangan di observation deck ni. Ni je shoot yang mampu aku amik dalam kekurangan cahaya semulajadi.
Trip ini adalah 1st visit Dayyan Harith ke menara-menara yang terdapat di seluruh dunia-Menara Kuala Lumpur yang berketinggian 421meter. So far, aku dah visit 3 menara yang terdapat di billboard di deck ini; KL Tower, SEOUL Tower dan TOKYO tower. InsyaAllah, ada rezeki boleh bawa famili ke semua tower-tower best di seluruh dunia.
Setel je visit di observation deck, kita ke Blue Coral Aquarium yang terletak di kaki Menara KL. Yang ni, Puan Nunu dah beli tiket via online, dapat murah lagi. RM8 untuk dewasa. Compare dengan Aquaria KLCC, memang jauh lagi murah la kan. Lagi pun, area dan hidupan laut di Blue Coral ni takde la banyak mana pun. Bolehlah untuk kenalkan baby Dayyan dengan Nemo, baby Shark dan dua tiga spesis lagi.
See..kan aku dah cakap. This is my boy. Ikan muka burok lagi besar daripada dia pun, selamber je dia agah balik. Ni kalau dibiarkan, mahu dia melompat ke dalam kolam tu. Haru biru nanti. Memang sekarang ni, kalau dukung Dayyan, memang kena hati-hati sikit. Risau kalau dia over excited, mahu dilompatnya ke bawah. Well, anak daddy dah besar..
Anak pengubat penat lelah kan. Mungkin sekarang dia ni dia masih belum kenal erti kehidupan. Aku buat-buat marah dia pun, dan respon dia macam ni, sanggup ke aku nak teruskan rasa amarah tu. Melting kottt..
Anak oh anak..




No comments:
Post a Comment