Wow..tak lama lagi my hero dah nak masuk 7bulan. Sekejap lak rasa..
Sejak usia 5 bulan, baby Dayyan dah pandai ‘explore’ ke kawasan berhampiran dengan skill mengesot/tarik dada&badan. Membawak ke usia 6 bulan, speed makin laju, dan skill golek-golek untuk mencapai targetnya makin steady. Gear depan gear belakang memang dalam keadaan tip top sekarang ni, jenuh gak mak paknya nak perhatikannya. Pantang perut kenyang, memang sepelusuk rumah dia akan terjah.
Ada satu malam jam3pagi, hampir-hampir dia mencapai soket eletrik kat tepi katil..nasib baik mummynya sedar cepat..
Ada satu malam tu, masa aku dok play&story atas katil dengan dia, hampir dia terjun katil, nasib baik aku sempat pegang kaki drumstick dia even kepala dah hampir cecah lantai..huh
Ada satu hari tu, hampir-hampir dia sumbat kain lap kaki kat dapur ke mulut, nasib baik Mama Wan dia sempat nampak..
Ada satu hari tu, ni dah bukan hampir, sempat dia nak mencapai toys kat bawah rak TV, selamba dihantukkan dahi ke rak TV kayu jati..menangis. Baru dia kenal erti kesakitan kot..hehehe..
Ada satu petang tu, aku bawak dia layan kolam yang ada ikan dan air pancut. Wah excited kemain. Dipanjatnya badan aku seakan-akan ready nak terjun ke dalam kolam. Nasib baik aku peluk ketat-ketat..
Ummi aku cakap, baby ada macam step-step dia untuk rasa takut to do something.
Mungkin dia tak kenal erti terkejut terkena renjatan elektrik, tu pasal dia tak gayat / takut untuk tarik soket elektrik.
Mungkin dia belum tahu erti sakit jatuh katil..tu pasal selambar je dari atas katil nak terjun ke bawah katil.
Mungkin dia belum kenal erti sedapnya nasi lemak lauk ayam goreng, tu pasal dia bantai je nak rasa kain lap kaki.
Haa..yang hantuk dahi kat rak TV tu, mungkin pasni dah tahu mana satu lagi keras- dahi dia ke rak tv kayu jati tu?
Mungkin dia nak try bakat berenang dia, tu pasal nak try terjun kan? Tapi dia tak sedar, tinggi dia hanyalah berapa centimeter berbanding kolam ikan yang sedalam hampir satu meter..
Apa-apa pun, ini semua merupakan proses-proses untuk baby Dayyan Harith membesar dan kenal erti kehidupan. Harapnya bila dia dah kenal erti gayat, takde la dia berani-berani nak buat aksi-aksi yang menggemuruhkan jiwa mak paknya.
Tapi kalau anak yang mempunyai rasa gayat yang melampau pun tak bagus gak kan?
No comments:
Post a Comment