Since masih terkejar-kejar rentak untuk update blog secara harian, maka kisah Dayyan yang demam buat pertama kali ni berlaku dua minggu lepas, dua tiga hari sebelum kami bercuti pendek di Cameron Highland. Eh kisah tu pun belum update lagi kan..nasib laa blog terbengkalai…
Mungkin secara kebetulan atau pun 6sense antara kami kuat, semasa perjalanan pulang ke KL selepas setel meeting di Kertih pada 2September lepas, secara tiba-tiba rasa sejuk seram semacam je. Pada masa yang sama gak, Puan Nunu ada bagitau yang kepala&badan Dayyan pun agak panas. The next day, memang aku demam pada sebelah pagi dan makin ok selepas dapat MC dari Poliklinik Kota Damansara. Tapi suhu badan Dayyan masih panas. So aku decide untuk beli pengukur suhu badan yang simple simple. Dapatla satu yang harga lebih kurang RM30+. Ukur suhu kot ketiak, tapi takleh consider bacaan yang precise. Sukatan pertama, lebih kurang 37.9 darjah celcius. Ok, ini kira bacaan yang tinggi untuk seorang bayi. Terus call Puan Nunu untuk bawa Dayyan ke Hospital Pusrawi. Ini hospital paling dekat dengan rumah, dan dah biasa dengan urusan kat situ, sejak kali pertama benih Dayyan dikesan di dalam rahim Puan Nunu kot..
Mummy Dayyan pun eksaited gak kan sebab ada alasan untuk amik 1/2 day leave. Guess what? Bacaan sebenar yang direkod oleh doktor adalah 39 darjah celcius. Hampir-hampir demam panas. Doktor decide untuk bagi ubat kot bontot, untuk turunkan suhu badan dengan cepat. Selepas 4jam, kena amik lagi bacaan untuk pastikan ada penurunan suhu badan Dayyan. Alhamdulillah, suhu badan turun walaupun tahu Dayyan masih tak stabil dan selesa dengan keadaan badan panas.
Kalau ikutkan bila Dayyan demam, selepas dua hari baru kami sedar. Mana nak tahunya, selera minum susu Dayyan cam biasa, takde merengek-rengek dan masih boleh gelak&senyum bila diagah. Sorry Dayyan, mungkin dia tak selesa tapi masih mahu menggembirakan hati mummy&daddynya. You are a very good son Dayyan!
Doktor pon puji Dayyan sebab masa check pon, dia masih boleh ‘borak-borak’ dengan doktor, dan ketawa terkekeke bila doktor dok agah-agah dia. Iskh iskh..macam takde perasan sakit ni. Kata doktor, paru-pau Dayyan ok&everything is ok, demam ni disebabkan virus biasa yang sering menyerang kanak-kanak kecil. Just kena pantau suhu pandai supaya tak terovershoot yang boleh sebabkan demam panas. Nauzubillah..
Dan alhamdulillah, demam Dayyan dah ok dan semakin bila pertama kali jejak kaki di tanah tinggi Cameron Highlands..heheh..next update la lak..
Hi parent kat luar sana..jom share tips-tips untuk kurangkan suhu badan secara kaedah alternatif selain daripada consume ubat yang dibekalkan oleh doktor. Yela kan, sebenarnya tak digalakkan bagi seorang bayi untuk consume bahan-bahan berunsur dadah&chemical untuk kebaikan di masa depan..:-)
Enjoice!
No comments:
Post a Comment