Dari ‘Dia’ kita datang, kepada ‘Dia’ kita kembali. Kita semua sama di mata ‘Dia’ cuma yang membezakan hanyalah amalan seharian di dunia ini..
Sedar tak sedar, hampir sebulan sudah pemergian nenda a.k.a MOK di kalangan cucunda..
Tanggal 25 Januari 2013 yang jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari, MOK pergi buat selamanya selepas beberapa tahun hidup bergantung kepada proses hemodialisi akibat kegagalan fungsi buah pinggang.
‘Dia’ punya kuasa, pada minggu tersebut, di saat-saat akhir aku tukar planning yang sepatutnya aku bercuti ke tempat lain(cuti panjang maulid nabi) bersama Puan Nunu dan decide untuk pulang ke kampung di Besut. Aku tiba di kampung pada hari tengahhari Khamis, sehari sebelum pemergian Mok. Sempat bacakan yassin even badan masih penat selepas pemanduan jarak jauh. Dan pada hari Jumaat, ayah aku ngan pakcik2 yang lain bersembahyang di masjid terdekat dengan rumah Mok.
‘Dia’ punya kuasa, aku tergerak hati untuk solat Jumaat di masjid lain dengan niat boleh bertemu mata dengan rakan lama.
‘Dia’ punya kuasa, di masjid yang aku solat tu lebih awal setel solat fardhu Jumaat, dan aku terus drive ke rumah Mok. Jelas kedengaran suara bacaan solat oleh iman di masjid berdekatan dengan rumah Mok. Aku melangkah masuk dan kepelikan dengan Puan Nunu yang sedang teresak-esak..
‘Dia’ punya kuasa..mengikut kata Umi aku, Mok sempat mencelikkan mata, kurang 10 minit daripada masa ketibaan aku, sebelum menghembuskan nafas terakhir dengan tenang sekali, semasa bacaan khutbah/solat Jumaat sedang berlangsung..
innalillahiwainnailaihirojiun…
‘Dia’ punya kuasa..sebulan sebelum tarikah pemergiannya, masih sempat berborak dengan Mok semasa Majlis Aqiqah Amanda, salah seorang cicit terbarunya, yang dilahirkan di Jepun..dan itulah kali pertama&terakhir Mok berjumpa dengan Amanda..
Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment