Tuesday, 26 February 2013

Seminar

26 Februari 2013|| Bandar Sri Damansara
Series..pejam celik pejam celik..tup-tup dah setahun..tup-tup dah dua tahun..tup-tup dah 15tahun..dan seperti biasa, bila masuk je ‘musim’ baru, management kompeni aku pasti akan adakan seminar untuk review performance setahun yang lepas dan memperbaiki mana yang patut, dan juga meng’eliminate’ mana-mana yang tak patut..cepat betul masa berlalu kan..eh ke aku sorang je yang rasa sebegini..
Korang dah kerja kat kompeni sekarang ni dah berapa tahun? 5tahun? 8tahun?..wow..itu memang lama.. tapi rasanya susah nak jumpa skang ni, staff yang betul-betul setia di satu-satu kompeni kan. Sudah lumrah, pantang ada peluang yang lebih baik, memang angkat kaki, tambah-tambah lagi kalau tak puas hati dengan pihak tertentu di kompeni itu…
Tabik respek dengan klik aku kat bawah nih. Nama panggilan manja, ‘Pakcik’..sebab memang pangkat pakcik pon ngan kitorang sumer ni ha..hahaha.nak masuk 17tahun sudah berkhidmat dengan kompeni aku skang ni. Woww..bukan calang-calang staff yang boleh kekal lama sampai berbelas-belas tahun nih. Dari jatuh bangun kompeni, sampailah ke tahap stabil..antara rahsia yang sempat aku korek untuk kekal lama; ” Pedulikkan cakap orang lain, buat yang terbaik even job tu kecik jer…
Ooo..baiklah..akan cuba dipraktikkan, itu pun kalau tiada peluang yang lebih baik bergolek kat depan mata sendiri la kan..hehehe..
Opss..ni pon salah satu staff lama gak, dah 10 tahun berkhidmat di bahagian akaun. Since, masa seminar ni aku ditugaskan untuk amik gambar, ‘hakak’ ni la yang boleh diharapkan semasa aku pon nak masuk posing skali. Nasib baik dia terer handle camera gedabak aku tu..hehehe..
So apa ada dengan seminar tu? Hmm..aku pun dah lupa apa la yang diorang dok bentangkan siang tadi..hehehe….yang aku ingat, aura kat bilik seminar tadi tu lain macam sikit, aura engineer baru VS lama…
Harapnya aku masih bertahun untuk terus berkhidmat dalam bidang ni..wish me luck! Oh yeaahhh…

No comments:

Post a Comment