10 Februari 2013 || Gold Coast Morib Resort.
Apabila helaian kalendar bertukar ke 10 Februari setiap tahun, bermakna Allah swt telah memberi satu lagi peluang untuk merasai nikmatNya ada usia setahun lebih tua. Alhamdulillah..
Nikmat daripadaNya melebihi segala, apabila tahun ini buat kali pertamanya aku menyambut ulangtahun kelahiran aku bersama seorang isteri dan juga bakal zuriat kami yang masih berada di dalam rahim isteri tersayang, moga sihat-sihat hendaknya si kecil itu..
Isteri a.k.a Puan Nunu bermurah hati untuk menaja penginapan selama 2D1N di Gold Coast Morib Resort untuk pakej hari jadi.. hampir 50% gak diskaun dapat, dari Rm400++ jadi RM200++ . Ok la kan. Last minit booking, nasib baik ada lagi bilik untuk promo ni memandangkan cuti CNY yang kompom-kompom penuh manjang..
ami sampai di resort ni dalam jam 2.45petang. Mak aii, punyala ramai manusia di depan kaunter untuk check in. 45minit lepas tu baru dapat landing bontot atas tilam. Nice room. Tapi lupa snap pic sebab excited sangat nak landing. Btw, untuk promo ni, kami dapat studio room, bapak gedabak untuk dua orang.. Agak-agak matahari kat luar tu hilang teriknya, kami decide untuk berjalan anak ke tepian pantai. Lagi pun, ada gak dapat kupon ATV, free selama 5minit. Eh 5minit je cukup ke??? hmm..
uan Nunu dan pasir putihnya. Katanya, bila tengok pasir putih dan luasnya laut, baby kat dalam tummy takde menendang-nendang. Mungkin turut menghayati indahnya ciptaan Allah swt..subhanaAllah..
Lagi satu birthday treat.. ride ATV pusing-pusing pantai selama 10 minit. Series, 10 minit tak puas okkey. Nak sejam..mampuih, RM20 untuk 10minit, kalau sejam? Cer kali…nanti la ada rezeki lebih, boleh beli sebijik, bawak main kat pantai nih..kihkihkih…
Pemandangan taman tema air dari tingkat 6. Oh ye, untuk guest kat Gold Coast Morib resort ni, akan dapat entry pass secara percuma ke sini. Wah tetiba aku excited nak terjun kolam lak. Tapi bukan hari ni la, sebab dah nak Maghrib, so plan nak masuk pagi esok je. Kita mandi manda kat dalam bilik je la ye..
Gold Coast Morib Resort || Terima kasih sayang..
10 Februari 2013 || Gold Coast Morib Resort.
Apabila helaian kalendar bertukar ke 10 Februari setiap tahun, bermakna Allah swt telah memberi satu lagi peluang untuk merasai nikmatNya ada usia setahun lebih tua. Alhamdulillah..
Nikmat daripadaNya melebihi segala, apabila tahun ini buat kali pertamanya aku menyambut ulangtahun kelahiran aku bersama seorang isteri dan juga bakal zuriat kami yang masih berada di dalam rahim isteri tersayang, moga sihat-sihat hendaknya si kecil itu..
Isteri a.k.a Puan Nunu bermurah hati untuk menaja penginapan selama 2D1N di Gold Coast Morib Resort untuk pakej hari jadi.. hampir 50% gak diskaun dapat, dari Rm400++ jadi RM200++ . Ok la kan. Last minit booking, nasib baik ada lagi bilik untuk promo ni memandangkan cuti CNY yang kompom-kompom penuh manjang..
Kami sampai di resort ni dalam jam 2.45petang. Mak aii, punyala ramai manusia di depan kaunter untuk check in. 45minit lepas tu baru dapat landing bontot atas tilam. Nice room. Tapi lupa snap pic sebab excited sangat nak landing. Btw, untuk promo ni, kami dapat studio room, bapak gedabak untuk dua orang.. Agak-agak matahari kat luar tu hilang teriknya, kami decide untuk berjalan anak ke tepian pantai. Lagi pun, ada gak dapat kupon ATV, free selama 5minit. Eh 5minit je cukup ke??? hmm..
Puan Nunu dan pasir putihnya. Katanya, bila tengok pasir putih dan luasnya laut, baby kat dalam tummy takde menendang-nendang. Mungkin turut menghayati indahnya ciptaan Allah swt..subhanaAllah..
Lagi satu birthday treat.. ride ATV pusing-pusing pantai selama 10 minit. Series, 10 minit tak puas okkey. Nak sejam..mampuih, RM20 untuk 10minit, kalau sejam? Cer kali…nanti la ada rezeki lebih, boleh beli sebijik, bawak main kat pantai nih..kihkihkih…
Jalan-jalan di gigi air bersama isteri di waktu senja, pun terbaik..
Pemandangan taman tema air dari tingkat 6. Oh ye, untuk guest kat Gold Coast Morib resort ni, akan dapat entry pass secara percuma ke sini. Wah tetiba aku excited nak terjun kolam lak. Tapi bukan hari ni la, sebab dah nak Maghrib, so plan nak masuk pagi esok je. Kita mandi manda kat dalam bilik je la ye..
Yeah mandi manda sambil lelap mata sangat mabeles. Nak-nak setiap bilik di resort ni memang disediakan tab jakuzi. Tekan situ, load air, tekan sini, keluar sabun, tekan situ lagi keluar buih-buih air. Nyaman seyh..Sejam gak la berendam sebelum turun ke cafe untuk buffet dinner..
Dan sebelum masuk ke Cafe, telah disurprisekan dengan birthday gift daripada pihal Gold Coast Morib resort nih. Lagi surprise bila dapat teddy bear, Puan Nunu bukan main lagi senyum lebar, bermakna gift tu bakal menjadi milik dia…hahahah..dapat gak sekeping sijil dan juga sebijik kek. Dah tak pandang semua tu, yang aku pandang aneka juadah kampung yang sedia terhidang nih. Lapar weih..
Tengok tu..teddy bear tu memang Puan Nunu dah chop awal-awal. Siap makan bersama lagi..hikhikh..so far, kualiti makanan kat sini ok la. Untuk buffet dinner, ada disediakan nasi ayam, aneka lauk kampung, kari ayam, daging blackpepper, tempura, kuih muih dan aneka kek. Untuk birthday promo, buffet dinner diberi percuma, kalau tak, kena la bayar RM40 untuk dewasa.
Amoi dengan si teddybear dan sekotak kek. Almaklumlah masa ni kan Chinese New Year, jadi decoration kat sini sememangnya ada kepala singa, ada limau mandarin dan serba serbi merah. Sebelum naik bilik, sempat gak kami ke tepian pantai di waktu malam. Dan sekali lagi, dah namanya raya cina, ramai yang sedang berpesta di tepi pantai sambil bakat mercun dan bunga api. Meriah woo!
Terima kasih sayang!
** next entri aku sambung lagi cerita kat sini eh…
No comments:
Post a Comment