Fuh, esok dah hujung minggu kan. Hari Sabtu. Kenangan seminggu yang lepas masih segar diingatan aku ini. Keletihan dan kerisauan masih berlegar di fikiran aku. Ye la, bapa mana yang tak sayangkan anak. Walaupun, perangai dan tindak-tanduk anak-anak, sometime memeningkan kepala. Aku percaya, wife pun aku sama.
Rasanya ramai rakan Facebook aku tahu apa yang terjadi dengan Dayyan pada hujung minggu lepas. Itu adalah kali pertama, pengalaman Dayyan ke “Operation Theater” atau bilik bedah . Ops, bukan untuk menjalani sebarang pembedahan, tetapi menjalani prosedur biasa bagi mengeluarkan objek asing daripada bahagian dalam hidungnya!
Ramai yang tertanya-tanya, apakah objek tersebut?. Siap ada yang Whatsapp/PM sebab tak puas hati takde jawapan terhadapa persoalan itu. Pada awalnya, aku pun tertanya-tanya, bagaimanakah bentuk objek tersebut?
Semasa hari pertama menyedari ‘objek’ itu berada di dalam hidung sebelah kiri Dayyan, aku tahu itu adalah LEGO, berwarna merah. Cuma bentuknya menjadi persoalan. Aku suluh menggunakan lampu iPhone, cuba mengambilnya menggunakan sebatang ‘alat’. Tetapi tidak berjaya.
Walhal, sebelum ‘peristiwa’ Dayyan ni, si Danish terlebih dahulu memasukkan bongkah kecil LEGO dan berjaya dikeluarkan oleh isteri aku. Aku dah pesan simpan semua bongkah kecil. Tinggalkan yang besar besar untuk diorang bermain. 2 tahun diorang main LEGO ini, satu pc pun tak pernah diorang masukkan. Kali ini dah tiba masanya untuk aku hadap masalah ini.
Lagi aku angin apabila elok je Dayyan balik daripada ‘pre-school’, Danish berceritakan tentang LEGO ‘masuk hidung’ sambil diikuti langkah-langkah memasukkan LEGO ke dalam hidung oleh Dayyan. Papp! Sampai kesudah sangkut kat dalam hidung tu.
Kali pertama aku bawa ke klinik swasta, doktor tersebut hanya suluhkan torchlight kecilnya, geleng kepala dan advise untuk bawa ke hospital lalu dikenakan bayaran sebanyak RM10! Patutlah kaya..hahaha
Kami ambil masa beberapa hari untuk bawa Dayyan ke hospital bukan saja-saja. Tetapi dia tak mengadu sakit atau terganggu pernafasannya. Lagi pun, bila aku suluh balik, bongkah berwarna merah itu masih terletak di tempat yang sama. Sehinggalah Ahad (5.8.2018), kebetulan aku ada urusan dengan buyer kamera aku di IKEA Damansara, then terus aku bawa Dayyan ke Hospital Selayang di mana adik bongsu aku bertugas di Jabatan Kecemasan.
Dayyan dibawa ke satu bilik untuk menjalani prosedur biasa menggunakan alatan biasa. Tetapi tidak berjaya kerana objek merah tersebut terlalu dalam. Dengan bantuan adik aku, Dayyan terus dirujuk kepada doktor ENT iaitu doktor yang lebih pakar untuk telinga,hidung dan bahagian dalam mulut.
Kali ini, alatan yang digunakan lebih ‘advanced’. Di dalam sebuah bilik di Wad 6A, doktor ENT tersebut dengan bantuan nurse, MA dan aku, memegang Dayyan sambil doktor cuba mengeluarkan objek merah tersebut menggunakan forsep dan suction equipment. Masa ni Dayyan dah mula meronta-ronta minta dilepaskan sebab tak selesa dengan cubaan mengeluarkan objek tersebut. Daripada meronta biasa, Dayyan mula bertindak lebih agresif.
Bayangkan, seorang pegang bahu dia, bahagian tangan pula dicover dengan selimut supaya tidak bergerak, ada aku menekan kepala lututnya untuk mengunci pergerakan kaki. Aku tak sangka, kudrat budak 5 tahun berjaya menendang, dan rontaan badannya berjaya membebaskan dia daripada diselimuti. Aku tenung mata dia kot kot ada ‘benda’ lain ada kat kepala dia. Baru aku ingat nak bacaan ayat Kursi sambil letak tangan di kepala, ala macam ustaz dalam citer Jangan Pandang Belakang bila orang kena rasuk tu la..;-p
Beberapa cubaan dilakukan, tetapi doktor masih gagal mengesan dan mengeluarkan objek merah tersebut. Lagi teruk, darah mulai keluar akibat tisu terkoyak disebabkan forsep yang digunakan doktor.
Selepas beberapa kali cubaan, doktor beralah, dan Dayyan perlu dimasukkan ke dalam wad sementara menunggu bilik OT kosong untuk prosedur seterusnya. Bukanlah satu prosedur pembedahan, tetapi sekadar ‘menidurkan’ Dayyan dengan bius supaya doktor lebih senang melakukan prosedur yang sepatutnya.
![]() |
| Seronok Dayyan dapat pakai baju ‘doktor’! |
Tetapi sebelum ke OT, step step sama seperti proses pembedahan biasa. Dayyan perlu diperiksa darah dan sejarah sama ada alah terhadap sebarang ubat-ubatan. Kemudian, Dayyan dibawa ke bilik X-ray untuk discan kedudukan bongkah LEGO tersebut. Keputusan X-Ray menunjukkan bongkah tersebut berbentuk ‘segitiga’. Aku tengok wife aku, wife tengok aku. Aku rasa bongkah tersebut berbentuk segiempat, wife aku cakap bentuk ’round’ dan keputusan X-Ray menunjukkan bentuk segitiga. Takpelah, kita tengok bentuk apa yang keluar.
Segala surat kebenaran, wife aku yang tandatangan. Dayyan masuk wad lebih kurang pukul 3 dan perlu berpuasa untuk 6 jam. Since last dia makan pada jam 11 pagi, prosedur di OT boleh dilakukan pada jam 4 petang. Kebetulan pada jam 4 petang, OT kosong dan Dayyan boleh proceed untuk disorong ke OT yang terletak di tingkat 5.
Semasa Dayyan disorongkan ke OT, aku tidak berada di sisinya sebab aku bersolat di musala dan segala persiapan berlaku dengan sangat pantas. Hanya wife aku mengiringi ke dalam OT sehingga pakar bius dan surgeon tiba.
Jam 4 petang masuk ke O.T, lebih kurang 6.30 baru Dayyan disorong keluar dari bilik OT. Lega. Alhamdulillah..walaupun risiko prosedur ini takde la tinggi seperti prosedur melakukan pembedahan, tetapai debaran tu tetap ada. Aku serahkan bulat-bulat pada Dia.
Selamber je dia keluar sambil disorong oleh akak-akak nurse. Bila tanya sakit tak, dia geleng kepala. “Abang tidur tadi..” beritahu dia pada aku sambil tunjukkan apa yang keluar daripada lubang hidung dia..
Korang rasa apa bentuk bongkah LEGO yang keluar?



No comments:
Post a Comment