Tuesday, 7 August 2018

Training 5D4N di Singapore.

Cerita Product Training yang aku ikuti ini dah hampir 4 bulan berlalu. Hampir terlupa nak kongsikan di sini. Setiap 2 tahun sekali, semua jurutera di syarikat aku diwajibkan untuk mengikuti latihan teknikal dengan pakar di ofis Asia Pasifiki di Singapore. Objektik utama semestinya nak memperbaharui sijil-sijil kompeten kami.
Sijil-sijil perlu sentiasa ‘ON’ sebab anytime diperlukan untuk perjalanan sesebuah projek. Walaupun aku dah jarang turun site, tapi aku tetap kena ‘renew’ juga sijil-sijil ini. Jadi, aku anggap ‘training’ ni sebagai masa untuk aku ‘rest’ bersama kawan-kawan di kota Singa..hehehe
Pengurusan aku agak strict dengan bajet. Training start 10 pagi Isnin. Takde maknanya dapat bertolak hari Ahad, awal-awal pagi diorang beli tiket flight. Sampai-sampai ofis sana, training dah bermula. Biasalah, hari pertama ni lebih kepada refresh balik teori-teori dan prinsip asas. Jangan harap kami boleh fokus dengan keadaan mengantuk..haha..sangat mencabar untuk menunggu jam 5 petang.
Berkongsi idea dan ilmu dengan jurutera daripada ‘region’ lain merupakan pengalaman yang tidak ternilai. Lain tempat, lain cara dan budayanya. Masing-masing ada cabaran tersendiri. Setidak-tidaknya, melalui sesi ini, kami ada sedikit idea sekiranya ‘dipaksa’ ke luar kawasan yang tidak pernah kami jejaki lagi.
Lagi satu, berkawan atau ada kawan dengan mereka dari negara lain ini sangat penting. At least ada kontek kita semasa ‘travel’ ke negara mereka. Berkawan biarlah 1000++ kan?


5 hari berada di sana, rasanya hampir setiap hari kami naik MRT, menuju ke tempat-tempat menarik di Singapore. Sesiapa outstation/travel dengan aku akan faham ‘peel’ aku bila berada di tempat orang. Takde maknanya habis training, balik hotel dan tidur. Balik bilik, mandi, dan kita sambung ‘cuci mata’ dan kenal tempat orang.
Orang tua kata, ‘jauh perjalanan, luas pengalaman’ kan. Lagi pun, makan, minum dan pengangkutan kami ditaja sepenuhnya. Apa mahu risau. Lagi pun, pengalaman ini akan menjadi ‘added value’ dalam diri. Ye la, daripada tidur atau dok dalam bilik layan main game..haha..ini yang selalu aku pesan pada jurutera muda- “added value”. Ilmu ini luas, kena cari. Bukan perlu mahir dalam satu bidang sahaja..
eh macam aku dah start bagi kuliah je ni..

Dinner Buffet di Carousel Restaurant Royal Plaza On Scotts



Setiap kali ada training, sesi makan malam adalah sesi yang sentiasa ditunggu. hehe. Biasanya, trainer akan ‘belanja’ buffet halal yang terdapat di Singapore. Kali ini rezeki kami untuk mencuba buffet halal di Restoran Carousel di Royal Plaza On Scotss.
Tengokkan rate buffet kat Carousel ini, lebih kurang SGD55/person pada hari biasa. Kalau buffet Ramadan, hampir SGD100/person tu..fuhh..boleh tahan harga dia kan. Tapi aku tengok, ramai gak orang Malaysia menjamu selera di sini.

Pelbagai menu disediakan di halal buffet Restoran Carousel. Masa inilah nak melantak seafood puas-puas kan. Kalau check kolestrol selepas makan buffet, konfem tinggi bacaan kolestrol…kawan-kawan aku yang konon-kononnya diet pun, aku tengok lain macam je diorang melantak..haha
Udang besorrr giler!
Alamat Carousel:
Carousel Restauran Royal Plaza on Scotts
25 Scotts Rd, Royal Plaza, Singapura 228220
Tel: +65 6589 7799

Pita Tree Grilled Kebab


Ini satu lagi tempat makan kegemaran aku setiap kali ke Singapore. Pita Tree Grilled Kebab di Orchard Road. Harga lebih kurang SGD12++ untuk set.


Satu set kebab bolehlah tahan kenyang untuk makan malam. Aku lebih suka dine-in kat sini sambil tengok orang ramai lalu lalang di sepanjang Orchard Road. Kalau nasib baik, akan ada busker yang buat persembahan lagu-lagu best.


No comments:

Post a Comment