Empat hari sebelum Hari Raya tempoh hari, badan anak kedua aku, Danish timbul tanda-tanda merah. Pada awalnya hanya di sekitar kaki dan perut. Aku ingatkan Danish dijangkit chicken pox atau campak. Jadi, isteri aku bawa Danish ke Poliklinik Keluarga untuk rawatan selanjutnya.
Dalam fikiran dah terfikir untuk cancel trip balik kampung. Ye la kan, kalau betul chicken pox, memang Danish akan dikuarantinkan. Kalau tak, berisiko berjangkit dengan kanak-kanak lain.
aku dan isteri boleh menarik nafas lega apabila doktor mengesahkan Danish bukan dijangkit chicken pox atau campak. Danish mengalami panas dalam badan dan kurang air, jadi ruam-ruam merah mulai timbul. Doktor bekalkan antibiotik dan vitamin untuk hilangkan tanda-tanda merah.
Yey, boleh balik kampung!
Sampai sahaja di kampung pada keesokan harinya, tanda-tanda merah masih ada. Malah, lebih banyak. Argh sudah. Ingatkan dah baik. Mujurlah Danish ni jenis yang tak banyak ragam. Elok je makan minum dan main semua.
Tapi kami buat keputusan untuk bawa dia ke klinik swasta. Bukan main susah lagi nak cari klinik berbayar yang buka 2 hari sebelum raya di kampung aku. Mujur ada satu klinik ni. Walapun doktor di situ agak ‘pelik’ tapi dah terpaksa.
Minit pertama, doktor syak merah-merah di badan Danish bukan disebabkan panas dalam panas tetapi alahan (alergi).
Kata doktor, alahan boleh terjadi disebabkan beberapa punca. Alahan kepada makanan, debu, hama, ubat-ubatan dan sebagainya. Doktor ada tanya Danish alah kepada apa-apa. So far sebelum ini Danish takde masalah alahan dengan makanan pun. Semua dia telan.
Alahan ni boleh jadi serius. Jadi, doktor bagi aku dua option, ambilkan ubat telan atau suntikan? Bila aku tanya, “Which one better?”..doktor jawab dua-dua tak bagus pun..haha..lagilah aku pelik dengan doktor ni.
Ok, aku pilih suntikan sebab kesannya lebih cepat. Haa setakat ini Danish tak takut/trauma jumpa dengan doktor. Kali ini bakal mengubah persepsi dia pada doktor..satu klinik dia meraung apabila disuntik di peha! Mujur aku peluk dia kuat-kuat. Risau gak ditendangnya doktor tu..
Mujurlah Danish menangis tak lama. Jadi, bolehlah sambung bersembang dengan doktor. Tengah borak, aku tengok doktor asyik dok perhatikan Danish.
“Kenapa doc?” .
.jawab doktor, tengah perhatikan sama ada tanda merah tu masih ada atau hilang. “aik, baru 5 minit suntik kan doc?”
Doktor anggarkan 4 jam selepas suntik, tanda merah tu akan hilang. Ok. Harap-harapnya hilanglah cepat.
Alhamdulillah, selepas 4 jam, tanda merah di badan Danish makin surut. Dan hilang sepenuhnya pada keesokan harinya. Tiada tanda-tanda demam. Tepat jangkaan doktor, Danish mengalami alahan. Cuma yang menjadi persoalan, Danish alah kepada apa?
Sampai ke hari ini, Danish ok. Tanpa aku kawal pemakanan atau aktiviti dia. Itu yang lagi menjadi persoalan kami…

No comments:
Post a Comment