Thursday, 24 May 2018

Birthday Dinner Dayyan di Dreamworks Kung Fu Panda Kitchen, Sunway Pyramid

Birthday Dinner Dayyan di Dreamworks Kung Fu Panda Kitchen.
Cerita sebulan yang lepas. Agak sibuk sebelum dan selepas Pilihanraya ke-14 ni walaupun aku tidak terlibat secara langsung. Haha..Tahniah kepada tim Kerajaan Baru. Semoga berkhidmat dengan cemerlang. Paling penting, taraf hidup rakyat perlulah diperbaiki dan dipertingkatkan lagi. aku faham, bukan senang nak merealitikan manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat. Tapi aku lagi susah nak memikirkan kat mana nak sambut hari jadi anak pertama aku, Dayyan yang genap 5 tahun pada 23/4/2018 yang lepas. Banyak tempat menarik, tapi banyak tak kena dengan pilihan kami. Last last aku dan isteri buat keputusan untuk makan malam bersama Kung Fu Panda! Di mana??? Di Dreamworks Kung Fu Panda Kitchen~lah!
Kung Fu Panda Kitchen ni terletak di Sunway Pyramid. Exact location adalah, betul-betul kat sebelah lobi Hotel Sunway Clio. Baru beberapa bulan je dibuka. Dah lama aku tunggu kitchen ni dibuka. Sebanya, Dayyan dan Danish memang peminat Kung Fu Panda. Jadi aku dah boleh bayangkan keterujaan diorang macam mana bila menjamu selera di sini.
Kepada peminat Steamboat, kena datang ke sini. Nak nak yang ada anak kecil dan minat dengan watak Kung Fu Panda ni. Walaupun stail di sini adalah Steamboat Buffet , tetapi pelanggan diminta membuat pesanan untuk setiap menu. Menu ini akan disediakan secara fresh dan dihantar ke meja. Ada makanan laut, ada bebola, ada nasi, ada daging, pencuci mulut dan pelbagai lagi.
Jadi, pandai-pandailah ‘tick’ menu mana yang kau nak. Tak perlu pesan sekaligus, ulang kali pesan pun ok.
Menu sayur-sayuran pula diletakkan di satu penjuru kitchen ini. Bolem ambil pinggan dan pilih sayuran kegemaran kau orang. Birthday ni bergaya je lebih depan sayur, nak minta dia telan sayur punyalah susah.


Syoknya di Kung Fu Panda Kitchen ni, selepas kau orang duduk, dan buat pesanan menu, akan ada staf dia orang yang datang dan buat gimik. Siap tolong masak Kung Fu Noodle ni. Sebenarnya mee ini diilhamkan daripada menu masakan Mr.Ping (bapa angkat Po) dalam filem Kung Fu Panda! hehe..series sedap mi ni hoi..berkhasiat pula tu sebab ada salmon! Tapi Kung Fu Noodle ni tak boleh bertambahlah. Satu meja, satu hidangan rasanya.


Dah namanya Steamboat kan, jadi setiap kali menu yang dipesan sampai, terus masukkan dalam bekas merebus tu. Ada dua sup yang berbeza. Rebus sekejap je, sebab kalau overcook dah tak sedap.


Cara makan Stemaboat Buffet ni ada caranya tersendiri. Kena slow-slow kunyah. Tak boleh gelojoh sangat, nanti cepat kenyang..haha..kalau boleh, kena rajinkan diri ke section-section yang ada di sini. Barulah berbaloi dengan harga yang dibayar..hehehe


Peminat seafood, mesti gila tengok udang dan sotong besar-besar kat sini. Banyak kali gak aku pesan menu seafood. Sampai naik muak! haha..selain seafood, menu daging juga menarik perhatian aku. Ada daging kambing Australia, ada tulang rusuk Australia, ada daging itik dan juga daging ayam.

Konon-konon kek hari jadi dia la tu. Pencuci mulut yang ada kat sini pun boleh tahan banyak gak. Ada kek, buah-buahan dan pelbagai lagi yang aku pun tak pasti apa namanya..hehe..


Birthday celebration kali ini lain sedikit daripada biasa. Takde kek hari jadi. Tapi pelanggan yang sambut hari jadi di sini boleh request special 3D show untuk birthday boy/girl. Takde kek, tapi ada mi dengan telur merah! hehehe


Alhamdulillah bertambah usia Dayyan. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, jadi anak soleh dan sentiasa diberkati.

No comments:

Post a Comment