Tuesday, 31 October 2017

Cabaran Gunting Rambut Danish – 2 tahun

Ini kali pertama aku bawa Danish ke salun rambut untuk pendek & nipiskan rambut dia. Walapun sayang sebab rambut dia masih halus dan sejenis yang bergulung, tetapi terpaksa juga. Bukan apa, sebab aku rimas tengok dia berpeluh di kepala. Rambutnya agak tebal. Aktif. Berlari ke sana ke mari. Setiap malam, memang berpeluh je walapun aircond ON. Anak orang lain yang seusia dengan Danish mungkin tak banyak kerenah semasa proses gunting rambut, tapi dengan Danish, ya Rabii boleh tahan cabaran gunting rambut dia ni..


Seminggu sebelum ke salun, aku ada tanya Danish, “Kita gi gunting rambut adik nak tak?..” . setiap kali tanya, mesti jawapan dia sama je, “Nanakkk..” Tak tahu la dia faham ke idok soalan aku tu.
Sampailah tiba masa nak menggunting, dia punya meraung tu aku rasa boleh dengar satu AEON Bukit Tinggi. Jenuh gak nak memujuk.
Bagi gula-gula, senyap kejap. Berjanji nak gi main games kat level 2, senyap kejap. Mujur dia bukan jenis meronta-ronta.
Pilihan terakhir, aku ribakan dia, pegang bahu & kepala dia, barulah ah sou boleh setelkan kerja -kerja menggunting.
Atau adakah disebabkan ah sou yang menggunting? Mungkin kalau amoi yang menggunting, cerita ini jadi lain..hmm..
Dayyan lak masa kecil, setiap kali selepas gunting rambut, pasti demam. Ada yang share pengalaman anak demam selepas gunting rambut. Jadi, aku kira itu perkara biasa. Aku stand by awal-awal kot-kot Danish pun terjangkit kesan yang sama gak. So far, alhamdulillah, dah masuk hari ke-3, tiada tanda-tanda dia demam.

Berapa cas gunting rambut Danish ni?

RM12 kooo..haha..tapi takpelah daripada dia dok meraung kat aney…tunggu Danish besar sikit baru boleh join abang Dayyan gunting rambut di tempat yang sama..

No comments:

Post a Comment