Monday, 27 November 2017

“Sedap Gilerr Nan Cheese Extra RSMY ni..” puji Danish

Nan Cheese Extra Terbaik di RSMY Jalan Medan Tuank Kuala Lumpur.

Nan Cheese Terbaik RSMY pernah menjadi viral 3,4 tahun sebelum ini. Pengalaman aku makan Nan Cheese di RSMY Jalan Medan Tuanku memang memuaskan hati pada trip kali pertama, 3 tahun yang lepas. Semalam, sekali lagi aku ke sana. Kali ini, pengalaman pertama Danish merasa nan cheese extra RSMY yang menjadi kegemaran ramai penduduk Malaysia.
RSMY

Kami sampai agak lewat, sekitar jam 9.15 malam. Nasib kami baik, dapat parkir betul-betul di depan kedai. Aku kira ini waktu kemuncak makan malam, meja hampir penuh. Mujur ada satu meja di bahagian dalam. Tanpa lengahkan masa, minta menu. Sebenarnya dalam kepala dah set nak makan nan cheese extra bersama keema. Ini kombinasi terbaik pada aku. Nafsu makan aku sedikit goyah apabila melihat menu nasi beriyani kambing tempatan. Alhamdulillah, aku berjaya kawal nafsu yang menggoda.
Nan Cheese Extra untuk aku. Nan Cheese untuk isteri dan Nan Butter untuk Dayyan&Danish. Keema tu memang wajib order. Kalau tak, makanlah roti nan tu kosong gitu je..haha..menu nan kat sini tak sama macam di mana-mana kedai mamak/mapley..kat sini takde kuah dal/kari atau pun sambal. Bagi yang tak kisah, makan nan cheese macam tu sahaja pun dah ok kot. Ada rasa lemak lemak masin cheese mozarella tu kan..heheh.. kalau tanya aku, memang aku rekemen untuk order Keema. Tak pun Lamb Shank, fuhh terbaik!

“Sedap Gilerr Nan Cheese Extra RSMY ni..” puji Danish.

Anak-anak aku memang ‘hantu cheese’. Tak kira mozarella ke, parmesan ke boleh makan begitu sahaja. Apatah lagi nan cheese extra ni. Nak nak Danish yang memang dalam fasa kuat makan sekarang ni. Setengah daripada nan cheese extra aku, dia habiskan. Bersemangat!
Sedia maklum, cheese ni cepat mengenyangkan. Boleh bayangkan budak umur 2 tahun, telan cheese setengah keping roti nan. Habis je makan, masuk dalam kereta, tak sampai 2 kilometer aku drive, Danish sudah pun tertidur.. Tak pasti tertidur cepat sebab penat main di DEMC Chidren’s Day Celebration pada siang hari atau pun tertidur sebab kenyang giler..

Alamat RSMY Jalan Medan Tuanku:
11 & 13, Jalan Medan Tuanku
Kuala Lumpur, Malaysia

No comments:

Post a Comment