Alhamdulillah, dah sebulan Dayyan menjalani sesi ‘hidup tanpa diapers’. Satu pengalaman baru bagi kami. Oh ye, sebenarnya bukanlah setiap masa Dayyan tidak ber’diapers’. Aku tak mahu terlalu menekan dia, sebab at the end, aku juga yang tertekan kalau tetiba dia terkencing di dalam kereta..haha..
Minggu pertama sesi ‘Potty Training’, masa yang mencabar kepada Dayyan dan juga kami. Setiap 5 minit, mommy akan tanyakan, sama ada Dayyan nak ke toilet atau tak. Setiap kali tanya, pasti jawapan Dayyan, “Tak nak..” Aku rasa, Dayyan pun tertekan gak apabila setiap 5 minit dok tanya soalan yang sama. At last, “mommy, dah kincinggg……” Korang rasa mommy dia tertekan ke tak? Ye, pun tertekannnn…hahaha.
Alhamdulillah, kejadian sebegitu tak lama dan hanya beberapa kali. Lagi pun, aku takdelah terlalu ‘pressure‘ dia untuk fasa ‘hidup tanpa diapers’ ini. Mungkin juga dengan bantuan pengasuh Dayyan, dia cepat tangkap setiap arahan dan mampu mengawal proses penyahtinjaan sehingga betul-betul berada di dalam toilet.
Sekarang ini, Dayyan pasti akan ke toilet dengan sendirinya apabila terasa nak buang air kecil/besar. Sampaikan, kalau keluar rumah dan memakai pampers, pasti diminta izin sebelum membuang air kecil, “Mommy, abang nak wi wii dalam pampers boleh?” :-p .. macho macho tetapi tetap comel ko ni bang..
Cuma, satu je isu yang perlu kami selesaikan. Setiap kali hendak membuang air besar, Dayyan masih belum selesa buang direct ke mangkuk tandas. Mesti nak kena pakaikan pampers dulu..
Korang ada cadangan tak nak guna ‘ayat manis’ untuk aku selesaikan isu ini?
Note: Syok gak apabila anak-anak dah ‘diapers free’ ni. Banyak gak kos boleh jimat. 
No comments:
Post a Comment