Gambar Photoshoot 28 Days Newborn Baby – Airaa Mikayla.
Oh..baby Airaa Mikayla ialah anak saudara aku yang ke-4, cucu ke-6 Umi aku setakat hari ini. Dilahirkan pada 20 Ogos 2016 secara normal, awal 11 hari, patutnya dijangka lahir pada 31 Ogos, baby merdeka.
Hampir sebulan selepas lahir, barulah pakcik makcik (aku&isteri) & abang-abang sepupu(Dayyan&Danish) Airaa Mikayla berkesempatan jumpa khalifah baru di bumi Allah ni. Nasib baik trip balik kampung tempoh hari agak lama kami spend masa di kampung, jadi bolehlah spend masa dan ambil peluang untuk adakan Newborn Photoshoot untuk baby Airaa.
Mini studio kitorang setup sendiri dengan props yang dibawa khas dari KL…dah elok setup semua dan baby pun dah ready, lupa lak nak layan adik Danish untuk snap gambar dia. Tengok-tengok dah ready dalam bakul ok. Ini syarat abang kawasan sebelum lakukan sebarang aktiviti dalam kawasan jajahah dia. Ok, sorry, daddy terlupa lak syarat itu.
Newborn Photoshoot ni tak senang dan memerlukan kesabaran yang tinggu untuk dapatkan mood best dan pose-pose best yang baby. Mungkin dalam 20 shutter click, 2,3 je yang jadi. Then kena ulang lagi sampai puas hati.Berpeluh gak ketiak. Yang bestnya, sesi kali ini diadakan di rumah sendiri. Tak perlu jaga adab sangat. Boleh ambil masa yang lama sampai jumpa mood baby.
Lighting pun pakai cahaya natural je dari tepi tingkap. Aku suka dengan lighting daripada cahaya semulajadi dari matahari dari jam 10 pagi hingga ke 11.30 pagi lebih kurang. Tak terlalu panas, ambient pun ok, saturation pun best, tak terlalu kuning dan lebih natural.
Ingatkan photographer je yang penat, baby pun penat gak dok posing sana-sini. Alih-alih terlelap..
Note: Kena pancut kencing semasa sesi newborn photoshoot itu perkara biasa.
No comments:
Post a Comment