Hari ini bermula episod baru dalam kehidupan abang Dayyan.
Hari ini juga hari pertama isteri akan memulakan tugas selepas 2 minggu bercuti raya dan juga cuti ihsan selepas pemergian mama tersayang. Alhamdulillah, aku kagum dengan kekuatan. InsyaAllah akan sentiasa ada dengan beliau sebagai tanda sokongan seperti mana dia sentiasa ada di saat aku berhadapan dengan situasi sedih selepas pemergian ayahanda tersayang, 2 tahun yang lepas.
Selepas pemergian mak mertua aku pada hari raya ke-3, ramai yang bertanya tentang abang Dayyan. Dalam keluarga aku dan rakan sekeling, sedia maklum abang Dayyan adalah insan paling rapat dengan arwah Mama, sampaikan ada yang anggap abang Dayyan adalah anak bongsu arwah.
Dari hari pertama pemergian arwah, aku tak sampai hati untuk bercerita tentangnya kepada abang Dayyan. Walaupun jelas abang Dayyan tercari-cari, tapi seboleh mungkin aku cuba elakkan bercakap tentang Mama.
Hari ke-3 abang Dayyan demam dan batuk. Tak lalu makan. Setiap masa, dia akan mencari aku atau puan isteri seolah-olah tak mahu berjauhan walaupun aku ke tandas. Ketara perubahan sikap abang Dayyan.
Selama seminggu aku cuba menyibukkan abang Dayyan dengan pelbagai aktiviti. Oh ye, bukan sahaja dia, tapi juga isteri aku. Kesedihan diorang, juga kesedihan aku. Tapi tak boleh terlalu ikutkan rasa.
Aku kanselkan semua jemputan rumah terbuka dan beberapa job untuk diorang.
Alhamdulillah, sejak semalam, abang Dayyan dah mula berubah. Makin berselera makan, dan aktif. Sebagai ayah, aku sangat bersyukur dan teruja dengan perubahan dari semalam.
Hari ini juga, segala kerisauan aku hilang.
Aku kejut abang Dayyan seawal jam 7 pagi. Ajak dia mandi. Dia ok, lagi pun air suam. Aku pakaikan baju dan sikat rambut dia. Dia ok. Bagi dia roti telur dan air. Dia ok. Ajak dia naik kereta ke rumah pengasuh baru (pengasuh baby Danish sanggup jagakan Dayyan). Abang turun dari kereta, bagi salam dan terus masuk rumah. Tiba-tiba, isteri aku ter’bye-bye’ dia. Abang mula meraung nak ikut gi ‘workkkk’..aduhhh..pengasuh minta kami terus gerak. Masuk gear terus aku jalan walaupun hati tak best tinggalkan anak sebegitu. Dalam 10 minit, aku minta update pasal abang Dayyan. Elok je tengah main basikal kat laman rumah…legaaa..alhamdulillah…
Setidaknya aku boleh bernafas lega meneruskan kerja-kerja harian aku.
Semoga dipermudahkan segala oleh-Nya..
Nota: Terima kasih kepada yang sentiasa memberi kata-kata semangat. Ada yang PM. Ada yang sentiasa bertanyakan khabar.Hanya Dia yang mampu membalasnya.
No comments:
Post a Comment