Tuesday, 19 July 2016

Danish Hayyan turns 1

Tanggal 12 Julai 2016, genap usia 1 tahun baby Danish Hayyan. Pada tarikh yang sama, genap 2 tahun pemergian ayahanda tersayang. Oh ye, genap juga usia 2 tahun, anak sepupu aku, Kimi. Besar makna 12 Julai bagi keluarga aku.
5 hari selepas pemergian ibu kepada isteri aku, aku ambil sedikit masa untuk mengisi ruang kesedihan beliau. Lagi pun, kebetulan hari jadi pertama baby Danish(sampai bila nak guna title baby ni?). Memandangkan rumah dekat je dengan AEON Bukit Tinggi, kami ke The Manhattan Fish Market.
Respek pada isteri aku. Sentiasa tersenyum since mendengar perkhabaran sedih secara tiba-tiba. Abang Dayyan pula memang ketara wajah sedih untuk minggu pertama.
Baby Danish?..kena cara, kena mood, cukup susu, senyummm manjang.
Menu pilihan untuk hari jadi pertama baby Danish. Aku pun lupa apa nama platters ni. Lebih kurang sama dengan Manhattan Flaming Seafood Platter, cuma ada pilihan untuk mix Fish&Lamb.
Tak kisahlah. Janji licin. Paling penting, orang-orang yang aku sayang ini boleh mengukir senyum.
Happy Birthday baby Danish! Semoga dikurnikan rezeki dan kesihatan yang baik dan juga sentiasa dilindung-Nya. Be a good boy!
InsyaAllah, time will heal everything..

No comments:

Post a Comment