Cerita tentang Pantai Bukit Keluang atau Pantai Air Tawar dah biasa sangat aku kongsikan di blog ini. Kali ini, aku kongsikan satu lagi tempat best di Besut yang menarik dan patut kau orang pergi apabila berkunjung ke Besut, Air Panas Kampung La atau turut dikenali sebagai La Hot Spring. Pada aku, tempat ini masih “dara”. Masih belum diterokai dan udara masih segar.
Dari bandar Jerteh, kau orang hanya perlu memandu lebih kurang 45 minit. Kalau tak nak memandu, boleh juga menggunakan khidmat pakcik teksi. Tak pasti pula servis Grab ada atau tak.
Sebenarnya, aku pun jarang ke LA Hot Sping ni. Kali terakhir aku ke sini adalah pada bulan 4 tahun lepas. Hampir setahun juga la tak pergi. Alang-alang cuti panjang sempena Tahun Baru Cina yang lepas, ambil peluang untuk ke sini sekali lagi bersama famili adik aku. Dah namanya musim cuti, memang ramailah pengunjung yang ke sini. Full parking!
Air Panas La Hot Spring ni terbahagi kepada dua bahagian. Ada tempat untuk air panas, dan ada kawasan anak sungai yang cetak dengan air yang sejuk.
Umum mengetahui, banyak khasiat yang boleh didapati daripada air panas semulajadi ini. Antaranya, mampu menyembuhkan beberapa sakit-sakit saraf di bahagian kaki dengan hanya merendam kaki di dalam air panas ini.
![]() |
| Kolam Air Panas Utama. |
Biasanya, pengunjung yang berkunjung dengan tujuan berubat, akan merendamkan badan di dalam kolam air panas utama yang terletak di tingkat atas. Ada juga sekadar letak kaki untuk menikmati keunikan air panas asli dan rileks.
Daripada kolam utama ini, air panas disalurkan ke beberapa kolam kecil lain yang terletak tidak jauh dari kolam utama.
![]() |
| Kolam air panas ke-2 |
Dah puas berendam di dalam kolam air panas, bolehlah sejukkan badan dan berendam di anak sungai ini. Paras airnya hanyalah setakat lutut aku. Tempat kegemaran Dayyan dan Danish setiap kali datang ke sini.
![]() |
| Air sungai yang dingin |
Gambar Dayyan & Danish yang diambil pada kunjungan tahun lepas. Tak ramai orang. Tenang bermain di anak sungai bersebelah dengan kolan air panas.
Tetapi kunjungan kami semasa cuti panjang Tahun Baru Cina yang lepas, kawasan anak sungai dipenuhi dengan pengunjung yang datang. Mujurlah ada famili adik ipar tahu “port” yang lebih tenang, tak de orang pun. Cuma, perlu berjalan lebih kurang 5 minit sahaja ke kawasan ini.
Oh ye, pelampung besar yang Dayyan gunakan tu adik ipar aku yang beli. RM15 jer hoi, ni kalau beli kat tempat lain, mahu berpuluh-puluh Ringgit Malaysia. Nek Mi pun ada belikan Dayyan dan Danish pelampung sorang satu.
![]() |
| Seronok Danish dengan pelampung baru. |
![]() |
| Adik ketiga aku, Ina dan Nek Mi. |
Lebih kurang 4 jam juga kami di sana. Dari pagi sehingga ke waktu tengah hari. Segala bekalan makanan habis. Alhamdulillah tak membazir. Maklumlah, aktiviti bermain air boleh menyebabkan perut kelaparan dalam masa singkat.
Di Air Panas La Hot Spring ni turut disediakan musalla, tandas dan bilik mandi. Pendek kata, segala kemudahan asas lengkap. Kiosk-kiosk kecil yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga dibuka bersebelah dengan parking. Chalet kecil juga boleh disewa jika kau orang nak bermalam di sini.
Aku berharap agar Kolam Air Panas La ini akan dijaga dengan baik supaya dapat terus menjadi tempat cantik untuk dilawati di Besut. Paling penting, kehijauan dan keindahan di sini akan terus dipelihara daripada tangan-tangan rakus manusia yang mementingkan keuntungan diri sendiri.









No comments:
Post a Comment