Monday 10 August 2020

Pengalaman Ke Taman Burung Kuala Lumpur

Ini adalah pengalaman kedua Dayyan ke Taman Burung Kuala Lumpur. Juga pengalaman pertama buat Danish.

Trip kali ini kami ke sana seawal pagi. Sampai di pintu masuk KL Bird PArk lebih kurang jam 10 pagi. Ya Rabbi barisan nak masuk ke entrance bukan main panjang lagi. Almaklumlah, dengan norma baru yang dipraktikkan hari ini, setiap pengunjung perlu diambil bacaan suhu dan digalakkan memakai pelitup muka demi mencegah penularan Covid-19.



Menarik kali ini, sempena pembukaan semula Taman Burung KL ini, tiket ditawarkan dengan harga diskaun yang sangat best. Dah habis pun promosi ini. Setakat hujung Julai 2020 sahaja. Masa aku update cerita ni, dah masuk bulan Ogos 2020 guysss.

Tak silap aku, Taman Burung KL ni merupakan taman burung terbuka yang terbesar di dunia. Taman terbuka bermaksud, burung-burung terbang bebas di dalam kawasan ini. Tidak dikurung di dalam sangkar. Jadi, pengunjung boleh bermesra dengan lebih dekat dengan pelbagai spesis burung di sini.


Masuk masuk je, kami dah disambut dengan beberapa ekor burung. 


Masa kunjungan kami kali ini, burung-burung merak di sini tak kembangkan sayap seperti sebelum ini. Aku tak pasti kenapa. Atau bukan sebab musim mengawan diorang. hehe.. Tengok Dayyan tu. Siap bawa kamus burung sebagai sumber rujukan. Bolehlah dia belajar secara langsung. Ini tak, tengok gambar sahaja tanpa kenal lebih dekat spesis-spesis burung di dalam dunia ni.


Ada spesis yang boleh diberi makan oleh pengunjung. Ada spesis sensitif. Kena makan makanan dia je.



Tak semua burung di dalam buku Dayyan terdapat di Taman Burung KL ni. Ada juga spesis yang ada kat sini tapi takde dalam buku tu. Jenuh gak nak kena terangkan satu per satu.



Cuba jinakkan merak kayangan.



Burung unta tu antara spesis yang tidak dibenarkan bebas berkeliaran di kawasan Taman Burung ni. Eh, kalau bebas, konfem ramai pengunjung lari tak cukup tanah. 

Feeding Point



Feeding Point untuk Burung Unta (Ostrich)







No comments:

Post a Comment