Friday 1 November 2019

Pengalaman Danish Dayyan Ke Pusat Sains Negara.

Opss..perkongsian kali ini lebih kepada pengalaman best Dayyan dan Danish ke Pusat Sains Negara baru-baru ini. Ye la, diorang yang lebih seronok kan. Aku ni sekadar menemani mereka dan juga sebagai pembantu yang mmbacakan info-info tentang teori sains yang dipamerkan di sana.
Idea untuk ke Pusat Sains Negara (PSN) ni datang daripada isteri. Aku terus bersetuju memandang tempat ini bukan sekadar tempat berseronok tetapi juga sebagai pendedahan awal kepada mereka dalam subjek Sains. hehe..PSN berkonsepkan asas Sains dalam bentuk interaktif.
Kami sampai lebih kurang jam 10.30 pagi. Aku ingatkan kami antara yang terawal, sekali FULL PARK! Patutlah pun, rupa-rupanya PSN ini dibuka dari jam 9 pagi. Parking berdekatan dengan bangunan PSN sangat terhad. Mujur rezeki anak-anak kami, dapatlah petak parkir bersebelah pintu masuk. Kalau tak, kenalah park di ruangan parkir di bahagian bawah dan berjalan kaki menaiki bukit ke bangunan PSN. Boleh tahan jauh.
Sebaik melangkah masuk ke bangunan PSN, terus ke kaunter tiket. Aku hanya perlu membayar RM12, untuk 2 tiket dewasa. Dayyan dan Danish tak perlu bayar apa-apa, FREE!

HARGA TIKET PUSAT SAINS NEGARA

pusat sains negara entrance fee

Tiket dah ada, baru boleh masuk Pusat Sains Negara!
PSN terbahagi kepada 3 bahagian: Galeri Pameran Indoor, Pameran bertema dan Zon Pameran Outdoor.
Sebelah kaunter tiket adalah pintu masuk utama ke Galeri Pameran Indoor.Dimulakan dengan Akuarium Hidupan Marin, Akuarium Ikan Air Tawar, Galeri Wonderspark, Galeri Eureka, Laluan ke Alam Sains dan banyak lagi.
Seronok Danish ‘swim’ dalam Akuarium Ikan Air Tawar.


Satu per satu Dayyan dan Danish berhenti untuk belajar tentang teori sains. Belajar tentang sains disebalik fenomena semulajadi berkenaan Akua, Cahaya dan Angin serta bagaimana elemen-elemen ini membantu mengemudi teknologi hijau masa hadapan.
Permainan berkonsepkan tekanan udara.

Laluan Ke Alam Sains – Fahami prinsip asas sains dalam bidang biologi, fizik, kimia, sains tanah dan terokai dunia mikro dan makro dalam galeri penuh penerokaan ini.
pusat sains negara
Anatomi Sel Haiwan

Anatomi Ombak

i-Rays – Selami dunia sinaran dalam 3 bahagian pameran; pengenalan kepada sinaran, tokoh dalam teknologi sinaran dan kegunaan sinaran dalam perubatan, kajian sains dan pertanian.

Tun Dr.Ismail Abdul Rahman

Dr Dayyan sedang Xray pesakit. Demam je pun…
Galeri penerbangan – Menekankan kepada sejarah dan prinsip asas penerbangan iaitu prinsip Bernoulli, aerodinamik dan bagaimana prinsip ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian manusia.
galeri penerbangan

Sedar tak sedar kami dah pun berada di dalam Pusat Sains Negara ini lebih kurang 3 jam. Boleh tahan bergoyang kepala lutut ini, mujurlah awal pagi tadi dah telan sebiji kapsul kunyit hitam Black G. Lebih segar daripada biasa. Tapi aku tengok Dayyan dan Danish steady je mencuba dan bermain peralatan interaktif yang ada di sini. Fuhh..

TENTANG PUSAT SAINS NEGARA.

Sabtu hingga Khamis (9:00 pagi – 5:00 petang).
Tutup pada hari Jumaat.
Kaunter tiket hanya beroperasi sehingga 4:30 petang.
Pengumuman penutupan pada hari perayaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment