Tuesday 1 September 2020

KidZania Kuala Lumpur Re-Opening. Pengalaman Dayyan dan Danish ke KidZania KL Dengan Norma Baru.

Selepas hampir 4 bulan tidak beroperasi, KidZania Kuala Lumpur mula dibuka semula bermula 18 Julai 2020 yang lepas. Ini berita yang ditunggu-tunggu oleh Dayyan dan Danish. Sejak akhir tahun lepas lagi, tiket KidZania KL telah pun ada di tangan. 

Sepatutnya, kami plan nak berhibur di KidZania semasa birthday Dayyan pada April. Tetapi kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak bulan Mac, rancangan asal terpaksa ditunda.

Minggu lepas hari Khamis baru kami buat keputusan untuk spend masa bersama Dayyan dan Danish di KidZania. Keputusan dibuat selepas kami betul-betul yakin dengan SOP yang dilaksanakan. Tiket kali ini kami dapat hadiah selepas Dayyan sertai aktiviti mewarna semasa Children's Day di Hospital Avisena Shah Alam tahun lepas.

So, here we go!

Buat masa sekarang, KidZania hanya membenarkan 50% daripada jumlah kemasukan semasa Norma Baru. SOP seperti wajib memakai Facemask, sanitizer dan penjarakan fizikal diamalkan semasa waktu operasi. Pakaian Uniform yang sepatutnya dipakai ketika aktiviti juga dikecualikan. Waktu operasi setiap hari juga dipendekkan dari jam 10 pagi sehingga 5 petang.

Kami sampai ngam-ngam jam 10 pagi. Terus ke kaunter tiket untuk dapatkan bracelet tag berwarna pink. Jangan konpius dengan mereka yang wajib kuarantin ok!

Suasana di kaunter tiket tidak sesak seperti sebelum ini. Tenang.

Dari level tiket, terus naik ke level 5 untuk masuk ke KidZania.

Suasana dalam KidZania di awal pagi sangat tenang. Serius, tak seperti pengalaman pertama Dayyan dan Danish ke Kidzania sebelum ini.

Untuk aktiviti pertama, Dayyan dan Danish bekerja sebagai pekerja syarikat minuman kultur, Vitagen. Mereka perlu beratur dan membayar sebanyak Z12 sebelum dibenarkan masuk ke dalam premis aktiviti. Hanya 3 orang visitor dibenarkan untuk setiap aktiviti. Jadi, kalau ada 9 orang visitor yang sedang beratur, Dayyan Danish perlu menunggu 3 kali trip sebelum tiba giliran mereka. Huhu..Nak tak nak kenalah sabar menanti.

Syoknya kerja di Vitagen ni, visitor akan dapat Vitagen sebotol seorang. Terus boleh minum. Nasib baik tak boleh beli lebih, kalau berbotol la kami beli dengan matawang KidZania. hehe

Next!

Kali ni Dayyan Danish jadi krew AirAsia pula. Diorang masuk ke pesawat simulator. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk. Hanya boleh lihat mereka melakukan aktiviti di monitor yang disediakan di luar kotak simulator.

Konfem best kat sini sebab Dayyan dan Danish keluar dengan penuh senyuman.

Aktiviti seterusnya, bertugas sebagai pakar bedah di bilik pembedahan / Operation Theatre. Sebelum masuk ke bilik bedah, Danish bukan main seronok lagi. Tapi, bila masuk je bilik bedah, Danish asyik dok pandang patung pesakit yang menunggu masa untuk dibedah. 2,3 kali kami nampak dia dok pandang patung tu.

Sebaik mesin peralatan dihidupkan, aku boleh nampak dia macam terkejut dan menangis! hahah..apa ni! Staff terpaksa berhentikan aktiviti dan membawa Danish keluar. Dayyan pun terpaksalah ikut sama dan aktiviti pembedahan dibatalkan..

hahaha..

Next!

Kami ke premis SHARP. Semasa menunggu, baru kami perasan premis ini ditutup buat sementara waktu. 

Oh ye, dalam tempoh PKPP sekarang ini premis-premis ini tidak dibuka sepenuhnya. Ada yang dibuka dari jam 10pagi ke 5 petang, ada yang dibuka di sebelah petang sahaja dan ada yang ditutup pada waktu tertentu untuk kerja-kerja sanitasi.

Jika sebelum ini, punyalah lama waktu menunggu untuk aktiviti di Fire Department. Tapi kali ini, hanya 4 visitor yang sedang beratur di depan Dayyan dan Danish. Lebih kurang setengah menunggu, tibalah giliran diorang.

Sebelum itu, visitor akan diberi penerangan dalam bentuk tontonan video.

 

Masa yang ditunggu-tunggu tiba juga. Aku rasa kat KidZania ni, semua kanak-kanak teruja nak naik kereta BOMBA yang akan tawaf satu KidZania ni. Ye la, dari jauh dah boleh dengar siren Bomba. 

Anak-anak ni akan dibawa menaiki jentera BOMBA mengelilingi KidZania. Di akhir perjalanan, mereka akan turun menyelesaikan misi memadam kebakaran. Dalam masa yang sama, tim pasukan Polis akan mengawal trafik di kawasan pemadaman kebakaran. Sychronize gituu..

Nampak Danish tu tak? Tengah gigih memadam kebakaran. 

Dah setel memadam kebakaran, mereka akan dibayar gaji..hehe..

Aktiviti ni tamat ngam-ngam semasa lunch hour. Sepanjang PKP ni, KidZania benarkan seorang dewasa untuk keluar membeli makanan. Tempat terdekat semesti McDonalds yang terdapat kat Ground Floor. 

Nak keluar senang je. Pergi balik ke pintu masuk. Staff akan buka bracelet korang sebelum keluar. Isi butiran diri termasuk no bracelet tu. Then turunlah ke level paling bawah. Depan tu je dah Mc Donalds.


Nampak banyak je kan set Happy Meal tu di atas meja. Sebenarnya, aku just beli dua set je. Sementera aku keluar membeli, Dayyan dan Danish join aktiviti di premis Mc Donalds. Diorang beli menyediakan set Happy Meals; chicken burger! Dah setel aktiviti, diorang akan dapat satu set Happy Meals. Siap ada toys! Berbaloi weh.. kurang-kurang dekat RM8 untu set!

Jadi kat mana nak dok bersila makan Mekdi ni?

Jangan risau. Dalam KidZania ni, semua kafe tak menjual makanan. Tapi meja makan dan kerusi boleh digunakan. Banyak je tempat kosong. Duduk je. Dah sudah makan, angkat bekas atau sisa makanan, buang ke tempat yang sepatutnya. Easy pisi!

Jadi, apa aktiviti yang seterusnya?

Jom ke Electric Company pula!


Aku rasa, aktiviti semasa trip kali ini ekslusif giler layanan diorang. Dua orang budak je pun boleh join dalam satu satu masa. Tapi , krew KidZania tetap melayan dan memberi info yang terbaik untuk diorang.


Di Electric Company, Dayyan ditugaskan untuk melakukan aktviti penukaran fisu di tiang lampu. Tempat tinggi. Jadi, kena pakai abah-abah atau omputih panggil Safety Harness. Ni adalah Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang wajib dipakai sebelum melakukan kerja-kerja di tempat tinggi (lebih 2meter)..heheh..ini fakta yang aku belajar semasa bekerja di site ye.


Danish tak puas hati sebab kena kerja kuat! hahah..


Bagus aktiviti sebegini. Anak-anak telah didedahkan dengan persekitaran kerja yang sebenar. Bersungguh Dayyan panjat tangga nak tukar fius. Step by ste. Slow motion mungkin sebab dia gayat kot. Finally, berjaya gak Dayyan tukar fius lampu tu. Jadi, kalau Dayyan dah besar, kot kot jadi Engineer TNB, ingatlah balik pengalaman masa kanak-kanak ni ye.







Sewaktu tempoh PKPP yang dilanjutkan sehingga Disember 2020, waktu operasi Kidzania KL ditamatkan pada jam 5 petang. Pendek je kan. So, trip kami kali ini, penggunaan masa sangat optimum. Jam 5 petang baru kami keluar! Tapi still, muka Dayyan dan Danish tak nampak penat pun. Sengih je manjang.

Daddy pasti korang sangat enjoy hari ini kan? InsyaAllah ada rezeki, ada peluang dan ruang, kita akan datang lagi ke KidZania KL bersama adik baby ok.


No comments:

Post a Comment