Tuesday 30 September 2014

Japanese Village, Bukit Tinggi

Sambung lagi kisah #AyyanTravel yang dah terlajak 2minggu ni. Selepas Dayyan dah bosan pusing-pusing di Colmar Tropicale, kami ke Perkampungan Jepun / Japanese Village. Tak jauh tapi still kena drive turun dari Colmar Tropicale then park kereta di kaki bukit. Lepas tu kena panjat tangga sebelum terpaksa sedikit mendaki jalan sebelum sampai ke Kampung Jepun.
Dayyan macam biasa. Dah pekena susu Anmum sebotol, memang semangat dan seronok dia berjalan mendaki. Tak perlu aku dukung. Cukuplah dukung dia masa panjat tangga. Penat woo daki tangga sambil dukung beban 12 kilogram. Dua kapit beras 5kilo ok.
Separuh perjalanan, Dayyan dah macam mengah. Tapi still nak teruskan berjalan walaupun mommy dia dah kena pimpin. Good boy. Sesuai dengan maksud namanya, Kuat Berusaha. Dont give up ye bro. Kalau tak, sakit pinggang bapakmu ni ha..
Dalam 10 minit berjalan, kami sampai di persimpangan perkampungan Jepun ni. Since nak jimat masa, aku just ke kiri, ada Japanese Gardan, Japanese Tea House..yang dua lagi tu tutup, under maintenance katanya. Oh ye, nak masuk ke kampung ni tak perlu bayaran apa-apa, masih dalam bounded area RM12 yang kita bayar awal pagi tadi.
Sebelum sampai ke Rumah Teh Jepun, pun terpaksa mendaki lagi. Tapi kali ni, suasana menarik, sejuk mata memandangan keindahan Japanese Garden ni.Kat atas tu, dah boleh nampak Rumah Teh Jepun.
Rumah Teh Jepun. Kat sini, pengunjung berpeluang mencuba sendiri baju tradisional masyarakat Jepun, kimono dan yukata. Tak sure lak servis tu kena bayar atau percuma. Nak bergambar kat dalam rumah teh jepun ni pon boleh. Masa ni ramai orang then kami pun nak takde masa nak lepak lama kat sini, so just jalan-jalan pusing Japanese Garden je. Tu pun tak habis. Risau dak kecik tu penat sebab pasni nak ke Animal Park lak sebelum sambung perjalanan balik ke Terengganu.
Perjalanan pulang menuruni bukit ke parking kereta. Laju je si Dayyan ni berjalan turun. Siap betegur sapa dengan pengunjung lain yang sedang bersusah-payah mendaki jalan menuju ke perkampungan Jepun.

No comments:

Post a Comment