Wednesday 6 August 2014

Aidilfitri 2014

Kalau ada yang bertanya, “Macam mana raya tahun ni?”, satu jawapan yang akan aku akan bagi untuk situasi raya pada tahun ni, tahun 2014. “..sangat lain..”
Lain..kenapa?
Pertama, raya tahun ni pertama kali disambut tanpa ayah di sisi. Bukan sebab ayah outstation atau sedang menunaikan umrah, tapi sebab ayah kembali ke Rahmatullah, bertemu dengan sang Pencipta. 12 Julai 2014, kali terakhir menatap wajah ayah yang tenang raut wajahnya.
Kedua, sebab pagi raya tak berkesempatan lagi untuk bersalaman dan memohon maaf dengan ayah..sesi bersalaman hanya dengan umi, adik-beradik dan isteri. Ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri pun hanya dengan adik lelaki.
Ketiga, setelah beberapa tahun di pagi raya tanpa adik-beradik yang lengkap, tahun ni berpeluang menyambut Aidilfitri dengan adik lelaki aku yang menetap di Jepun. Tapi tanpa ayah. Dan juga tanpa anak saudara dan adik ipar yang tidak berkesempatan beraya di kampung.(adik aku emergency fly Jpn-KL semasa hari ayah meninggalkan kami semua..)
Syukur, alhamdulillah. Hari raya kami tetap meriah dengan kunjungan tetamu yang datang melawat. Walaupun sukar untuk menempuhi dugaan ini, tapi itulah jalan cerita, Qada Qadar yang telah ditentukan untuk keluarga aku. Kagum dengan iman dan kecekalan hati umi & adik-beradik aku yang redha menerima ujian ini. Semoga kita terus tabah dan kuat untuk umi.  InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment