Tuesday 7 October 2014

AidilAdha 2014

Hari ni dah masuk hari ke-3 Aidiladha 2014. Sekejap je masa melintas lalu dan pergi. Penat badan dek trafik jem yang giler sehari sebelum AidilAdha pun masih segar terasa ok, tu belum kira dengan travel dari kampung semalam. Tapi semalam masih ok, tak terlalu teruk kesesakannya terutama selepas Tol Bentong menuju ke Tol Gombak. 
Pagi Sabtu jam 5 pagi, dari Tol Gombak menuju Tol Bentong, max speed yang aku boleh tekan just 20kmh. Elok je lepas tu, jalan dah clear via Lebuhraya Pantai Timur sehinggalah di Tol Jabor. Trafik sesak giler sebelum Tol Jabur, nasib baik ada SmartTag. Then, aku ambil langkah bijak tak masuk Cheneh/Bukit Besi, sebab kat situ, konfem tak boleh nak speed. Alhamdulillah, jalan aku lancar via Kemaman, Kertih then masuk balik LPT kot exit Paka, keluar exit Kuala Terengganu then masuk jalan short cut ke Telaga Papan sebelum ambil jalan alternatif kot tepi pantai penarek menuju ke Besut…total perjalanan 10jam ok coz of jem sebelum Tol Bentong tu..
Tahun ni, Aidiladha pertama tanpa ayah. Biasa ayah/umi yang laksanakan ibadat korban, bahagi-bahagikan daging untuk yang berhak menerimanya. Semua dah jadi kenangan manis. Tahun ni pun, hanya famili aku dan adik bongsu yang sempat pulang. Tambah memeriahkan Aidiladha2014, makcik-makcik dan sepupu aku dari Damansara pun pulang beraya sambil menemani umi. Walaupun simple&singkat, kemeriahan memang terasa, nak-nak dengan gelagat si Dayyan. Alhamdulillah..
Perjalanan pulang kami ke bandar menyambung pencarian rezeki, tidak seteruk perjalanan pulang ke kampung.  Kami selamat sampai selepas 8 jam perjalanan. Alhamdulillah, semoga Dia terus memberi kesihatan dan peluang kepada kami untuk sentiasa menjenguk kampung&keluarga kami di Besut, Terengganu. Syok gak jadi long-distance drive ni. Dayyan pun makin adapt dengan travel time yang panjang!
Macam mana raya korban korang tahun ni?

No comments:

Post a Comment