Friday 17 April 2020

Pujian Melambung Beri Kesan Negatif Kepada Anak-anak


Siapa yang tidak sukakan pujian? Mesti tiada kan. Pujian daripada orang lain memang disukai dan mampu membangkitkan aura positif dalam diri setiap individu. Ye betul, tetapi tidak semua pujian mampu memberi kesan positif, malahan akan memberi kesan negatif, terutamanya kepada anak-anak.
Pujian bagaimana yang memberi kesan negatif kepada anak-anak?
Jom baca perkongsian di bawah ini.

1. Awak budak bijak!

Tujuan utama memuji anak adalah untuk meningkatkan keyakinan dan sikap positif dalam diri anak-anak. Walau bagaimana pun janganlah terlalu memuji! Cukuplah memuji sekiranya mereka menunjukkan sikap yang baik atau berjaya dalam mencapai sesuatu.
Kata-kata “Awak budak bijak!” yang selalu diungkap akan membuatkan mereka berasa ‘bijak’ itu memang hadir pada diri setiap orang. Lebih baik memuji mereka di atas usaha dan kerja keras mereka mencapai sesuatu berbanding sekadar memuji ‘diri mereka’.
Biar mereka faham, kebijaksanaan seseorang bukannya datang secara semulajadi tetapi ianya perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

2. Ayah Bangga dengan Keputusan Cemerlangggg!

Ibu bapa mana yang tak bangga melihat kecemerlangan anak-anak dalam peperiksaan. Pujian atau hadiah best best pasti dihadiahkan kepada anak-anak atas kecemerlangan mereka. Best! Tetapi jangan sampai memakan diri.
Jangan hanya bila mereka cemerlang, baru dipuji. Bila keputusan tidak seperti yang diharapkan, diam 1000 bahasa, tarik muka.
Berikan mereka pujian atas usaha mereka memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan mereka.
Ajar anak-anak untuk fokus dalam kemajuan diri. Untuk mencapai kejayaan adalah mudah berbanding mengekalkan sesuatu kejayaan.

3. Awak Anak yang Baik!

Situasi: Semasa berjalan di tepi pantai, anda terlihat bungkusan plastik yang dibuang di gigi air. Ajar anak-anak untuk kutip dan buang ke dalam tong sampah. Pujilah mereka atas tindakan mereka menjaga kebersihan pantai.
Didik mereka, beritahu mereka yang setiap insan dilahirkan berbeza dan mempunyai pilihan untuk menjadi seorang yang baik atau tidak baik dalam hidup. Jika mereka ingin menjadi seorang yang baik, buatlah baik pada insan lain, makhluk lain dan juga alam sekitar.

4. Awak Sangat Cantik/Handsome!

Bukan hanya orang dewasa sahaja suka dipuji cantik, kanak-kanak pun suka!
Tak salah pun untuk memuji anak-anak cantik atau kacak bergaya. Yang menjadi masalah, menjadikan penampilan bergaya sebagai satu keutamaan akan memberi kesan negatif pada masa akan datang.
Jadi nak puji yang bagaimana?
Pujian itu biarlah difokuskan pada kelakuan baik mereka, usaha mereka yang bersungguh-sungguh dsb. Nilai jati diri anak-anak bukan sekadar pada gaya penampilan mereka!
Cantik dalaman, insyaAllah cantik luaran. Setuju?

5. Good job!

“Good job!” terma ini paling disukai oleh ibu bapa tidak kira yang di kampung, mahu pun di bandar. Niat asal sebagai satu kata-kata motivasi. Realitinya, secara tidak langsung, terma ini akan menyebabkan anak-anak bergantung kepada kata semangat daripada anda untuk melakukan sesuatu perkara.
Mereka hanya menyelesaikan sesuatu tugasan demi mengharapkan kata pujian atau hanya dimangkinkan oleh kata motivasi.
Jika sayangkan anak, berhenti memuji setiap perlakuan mereka. Memuji biarlah berpada!

6. Awak yang Terbaik!

Memuji anak yang mereka adalah yang terbaik setiap kali mereka mendapat keputusan (samada cemerlang atau tidak??) akan membuatkan mereka tidak sedar keupayaan sebenar mereka. Lebih teruk lagi apabila perkara sebegini memberi tekanan kepada mereka untuk sentiasa mencapai kejayaan. Pendek kata, takut kepada kegagalan.
Gagal dan Berjaya adalah perkara yang realistik.
Biarkan mereka merasai kedua-dua perkara ini.
Biarkan mereka berusaha untuk bangkit kembali daripada kegagalan.
Yang penting, sebagai ibu bapa, kita tidak akan membanding tahap pencapaian anak-anak dengan kawan-kawan mereka, jiran-jiran atau anak yang lain. Ajar mereka bersaing dengan sihat.
Ini pasti akan memberi kesan positif apabila mereka meningkat dewasa..
Setuju?

No comments:

Post a Comment