Saturday 4 March 2023

Dayyan & Danish Dah Selamat Berkhatan

Sejak bulan Februari 2023, kami dah book slot tarikh & waktu berkhatan untuk Dayyan & Danish di Klinik Hijraa, Mak Sara Jertih. Asalnya nak book klinik Perdana sebab lebih dekat dengan rumah. Tapi diorang lambat buat pengesahan sebab diorang ada sesi berkhatan beramai-ramai. 

Aku & wife memang tak nak join sesi beramai-ramai tu sebab banyak dengar pengalaman daripada kawan-kawan yang anak mereka lebih mudah terkena jangkitan kuman. Mungkin sebab air pili bomba yang kurang bersih yang anak-anak mandi sebelum berkhatan.

Wallahua'lam..

Nak playsafe, aku prefer sesi 1-on-1 dengan doktor untuk proses berkhatan dua anak lelaki.


Masa booking, inform klinik nak khatan kan Dayyan & Danish menggunakan kaedah laser. Actually, aku consider kaedah laser atau clamp. Masing-masing ada pros & cons.



Beza Harga Kaedah Laser dan Kaedah Clamp?


Di Klinik Hijraa ni, cas dikenakan untuk berkhatan menggunakan laser adalah RM200, untuk kaedah clamp, cas adalah RM250.  Pada aku, harga ada reasonable. 


Sepatutnya Dayyan yang masuk dahulu. Tapi kaunter call for Danish first. Nampak muka gelabah Danish. Aku dengar diorang diskas, abang Dayyan yang patut masuk first. Sebab dia abang.. hehe..

Tapi takpelah, potong tetap potong. :-p

Danish masuk bilik berkhatan dengan muka gelabah. Takpe, ddy teman. Doktor minta dia baring untuk pemeriksaan awal. Doktor akan check 'bebird' sama ada dah ada masalah atau normal. So far, Danish ok takde masalah. 

Sebelum tu, doktor minta pengesahan nak guna kaedah laser atau clamp. Aku berbelah bagi bila nampak poster di klinik ni, "Berkhatan tapi Boleh Pakai Seluar". Tertarik lak dengan poster tu.

Aku minta doktor explain depan-depan apa beza sebenarnya dua kaedah ini. Which one better for anak-anak? 

Selepas doktor explain, a few point, aku tukar kaedah yang pada aku lebih better dan senang penjagaan, iaitu kaedah clamp. 

Sebabnya, lepas bius, 'bebird' akan diclamp, lebihan kulit akan dipotong tetapi tiada proses jahitan, which is sampai hari ini aku rasa ngilunya..hahha

Kaedah Berkhatan Clamp


Selepas aku confirm prefer menggunakan kaedah clamp, doktor mulakan proses berkhatan. Selepas dicuci, suntikan bius diberi dan saiz clamp ditentukkan selepas proses pengukuran bebird Danish. Selepas tu, ada sedikit prosedur dikenakan di bahagian bebird untuk pastikan clamp 'fit' di bebird Danish. 

Kemudian, kulit bahagian bebird dipotong menggunakan pisau bedah kecil. Aku tengok pun seriau gak. 

Masa ni, Danish mula mengadu sakit. Dari proses suntikan bius, Danish masih boleh bertahan. Sambil aku usap-usap kepala dia dan selawat ke atas Nabi SAW sama-sama. Bila selesai proses pemotongan, doktor just cucikan luka dan letak krim luka. Setel!

Semasa berada di kerusi di bilik bedah, Danish mengadu tak tahan sakit. Memang nampak dia menahan sakit. Pelik gak. Budak-budak lain lepas potong, ok. Mungkin sebab ubat tahan sakit diorang masih OK. Danish nya mungkin dah habis. 

Kebetulan MA yang ada dalam bilik bedah nampak cam Danish menahan sakit. Terus dia ambilkan ubat tahan.

Masa ni, Dayyan lak dah ready nak masuk bilik. Tapi, aku perasan dia bisik kat telingan Dayyan, "Sakitt abang..". Muka Dayyan dah berubah. 

Elok je baring, Danish dah cuak. Mata dah mula merah. Dia tanya, "Kena sunat gak ke?" Aku jawab, "Ya.."


Sedih sangat tengok muka dia. Nekmi pun nangis sama bila tengok cucu menangis..huhu..Ddy pun sebak gak tapi kena berlagak kuat. Tak pernah Danish menahan sakit macam tu. Sebab dia nak baring, Nekmi & Chik bawa Danish balik rumah luh. Seb baik datang asing-asing, 2 kereta.

Berbalik kepada abang Dayyan, dari awal dia dah meleleh air mata, tapi tak meraung menangis cam normal budak lain. Proses berkhatan Dayyan lebih lama sebab doktor perlu buat prosedur tambahan sebab lubang di bahagian kulit Dayyan agak tertutup. So perlu dilaser untuk buka lebih besar sebelum bermula proses clamp. 

Dari mula Dayyan tak stop "Ya Allah..tak tahan..tak tahan sakit.." sampai lain prosedur setel. Boleh tahan berpeluh la ddy dok respon macam-macam soalan & cubaan tak nak bersunat dia. 

Then dia tanya, "Dah setel??" hahaha..




Macam-macam la ragam anak-anak berkhatan ni. Lepas setel, Dayyan takde lak mengadu sakit seperti Danish. Aku syak, ubat tahan sakit Danish memang tak jalan.

Dah setel bayar cas sebanyak RM500, ambil ubat & sijil berkhatan, terus balik rumah. Aku just harapkan tiada infeksi. Kata doktor, kaedah clamp ni, risiko nak kena jangkitan kuman rendah sebab salur darah telah di'stop' dengan clamp. So tiada luka terbuka. Penjagaan lebih senang.

Aku suka doktor & staf kat Klinik Hijraa ni sebab sangat informatif. Aku kena fahami betul-betul proses penjagaan supaya tiada jangkitan. Aku ada masa 3 hari untuk jaga Dayyan dan Danish di kampung. Selepas tu, aku kena balik ke Klang dan hanya Nekmi & Ina (adik ke-3) yang akan jaga mereka.



Long story short, alhamdulillah, sepanjang aku jaga, lepas mandi, memang aku pasti corong kencing dibersih cuci untuk strile water, kemudian aku keringkan bahagian luka sebelum sapu dengan krim luka. Mujur gak ada adik bongu yang bekerja di Hospital Selayang, dia bagi tips-tips penjagaan luka ni. 

Yang penting, tak nak ada infeksi di tempat luka. Kalau ada, panjang ceritanya..

Pada hari ke-7, sekali lagi mereka ke klinik untuk buka clamp. Untuk Dayyan, so far luka dia memang kering perfectly. Cuma Danish je yang lukanya masih basah. Hari ni, chik,Nekmi & ayah chik diorang je yang temankan jumpa doktor untuk buka clamp. Sorry DH, Ddy & mmy tak dapat temankan sebab tak dapat pulang. 

Selepas buka clamp, awal-awal Danish ok. Tapi lepas Maghrib, semasa kencing, ada darah menitik. Kelam kabut chik & ayah Chik bawa diorang ke klinik untuk check. Diorang ingatkan darah dari salur kencing. 

Bila aku dengar tu, memang aku tak syak dari salur kencing, sebab ye la, luka tu masih belum kering. Lagi pun, Danish ni seorang yang aktif. Mana mahu dia dok diam je..

Ddy tenang tenang saja..dah jumpa doktor, barulah lega semua orang...hehehe..

Harapnya semua akan lebih ok.

Terima kasih Nekmi, Chik & Ayah Chik sebab jaga Dayyan & Danish sepanjang diorang di kampung.

Alhamdulillha, dah selamat diorang berkhatan. Selesai satu lagi tanggungjawab ddy sebagai bapa kepada anak-anak lelaki....




No comments:

Post a Comment