Saturday 18 February 2023

Day 2 - Visit Prague Castle - Old Town Square - Clock Tower - River Cruise

Keesokan hari selepas ketibaan kami di Prague, dah mula aktiviti seperti dalam plan asal TH Travel Tours. Seawal jam 7.30 kami dah bersarapan. Syok melantak dalam suasana sejuk. Awal-awal pagi ni, suhu di luar sekitar 10-13 darjah Celcius. Masih OK pada aku. Pada yang tak tahan sejuk, memang akan pakai baju agak tebal. Aku cukup shirt lengan panjang. Tahan sampai ke malam kot. Tapi standby gak sweater, kot-kot tetiba suhu drop. 

Menu sarapan di Hotel Coronthia ni quite good. Tak banyak boleh makan untuk Muslim sebab ada station yang diorang serve becon. So, aku ambil menu mana yang yakin boleh. Croissant kat sini memang sedap giler. Aku dok ulang-alik ambil croissant je. Mau 5-6 ketul gak. Energi kena cukup sebab banyak tempat nak kena cover. Berjalan pun boleh tahan gak.

PRAGUE CASTLE

Jam 9 pagi, aku gerak menuju ke Prague by bus yang disediakan. Untuk trip Muslim, penuh 2 bas. Setiap bas ada tour guide masing-masing. Dalam perjalanan tu, tour guide kami sibuk dok explain tentang bangunan-bangunan yang kita lalu. Tapi aku tak rasa pun ramai yang ambil tahu. haha..masing-masing busy ambil gambar jer..

Tiket nak masuk ke Prague Castle ni lebih kurang Euro 18. Tapi semua dah included dengan Travel Agency. So kami just tunggu diberi tiket & check in.

Masuk-masuk dah terpesona dengan pemandangan berlatar belakangkan Prague Castle. Teringat aku Castle dalam Hong Kong & Tokyo Disneyland. Sebelum terus melangkah masuk, group photo luh sepukul, tanda hadir.

Tanda Hadir - Prague Castle

Suhu masa ni takde la sejuk sangat. Cahaya matahari pun ada. Sedap-sedap untuk berjalan sekitar kawasa istana ni.


Prague Castle ni dibina pada kurun ke-9. Rekaan bangunan pun memang unik. Kalau ikut catatan rekod Guinness Book of Record, Prague Castle dapat title "The Largest Ancient Castle In The World". Keluasan kawasan istana ni lebih kurang 70,000 meter persegi. Kalau takat 2,3 jam pusing sini, memang tak sempat setelkan segenap sudut.


Prague Castle juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang paling penting di Republik Czech. 



Aksi melompat bersama Trainer Buss Consulting. Teruja betul beliau dapat melompat. Masa ni tak jauh lagi berjalan, so tenaga masih ada banyak. After 1 hour, memang tak larat nak melompat dah. 


Dua jam pusing-pusing dalam Prague Castle memang tak cukup. Ni pun laju-laju jalan sebab tour guide asyik dok mencari dan suruh kami proceed ke next point. Dia tak faham orang Malaysia ni suka bergambar nak-nak kat Instagrammable spot. Dia plak nak kejar masa. Awal-awal ni pun dah offset masa yang diorang plan. Orang kita kan, cakap "on the way on the way.."..sampainya idok haha..

OLD TOWN SQUARE

Selepas lunch hour, terus menuju ke Old Town Square. Banyak spot-spot bersejarah ada kat area sini. Kat sini gak, kalau nak beli souvenir, boleh dapat dengan harga berbaloi. Cuma kena pandai cari kedai yang offer good price. 

Masa ni, aku tak plan nak shopping lagi. Sekadar pusing-pusing dan ambil gambar. Seni bina bangunan kat sini memang cantik-cantik dan ada seni.

Nak menilai seni bina kat sini, tak reti sangat. Tapi kalau tengok & ikut cakap Kak Fin, memang high value seni bina kat sini. Tang mana tu aku tak reti, Kak Fin tahu lah sebab dia background Architecture.

Tapi sebagai budak engineering, aku still kagum lihat senibina kat sini.


Sampai je area sini, terus tangkap gambar depan bangunan ni. Tapi aku tak tahu pun bangunan apa ni. Lupa nak baca signboard bangunan ni. Langit cun, lighting cun..shoot saja!


Bergambar dengan introducer aku dalam bisnes dengan BUSS ni. Kak Fin & Abe Rudy. Sebenarnya ni Kak Fin ni super senior Faris Petraa (sekolah menengah) aku. Tak pernah jumpa di sekolah pun, tapi pernah bersua muka di Majlis Makan Malam Alumni dan friend di Facebook. 

Old Town Square, Prague



Bergambar di depan Prague Astronomical Clock, salah satu tarikan di Old Town Square Prague ni. Dibina pada tahun 1410, merupakan Astronomical Clock ke-3 tertua di dunia dan paling tua clock yang masih berfungsi. Sebenarnya depan aku berdiri tu, dipenuhi ratusan pengunjung yang sedang menunggu pertunjukan figura Apostle pada genap setiap jam.

Menurut cerita orang lama, bandar ini akan suffer sekiranya Astronomical Clock tu dibiarkan dan tidak dijaga dengan elok. Katanya, hantu-hantu dari jam tersebut akan menyelubungi seluruh bandar. Dengar je, percaya jangan..haha

Rehat sebentar sambil kacau si jinak-jinak merpati.





SESI 1 HOUR RIVER CRUISE




Antara aktiviti yang aku tunggu. Naik river cruise sepanjang Sungai Vlatava. SubhanAllah cantik view kat sini. Harga tiket nak naik River Cruise ni lebih kurang Euro15. Sejam perjalanan.




Kami juga disediakan token. Boleh claim air fresh orange atau Coke. Yang jaga kaunter air pun macho-macho. Patut la dak-dak pompuan dok melepak kat bawah ni..haha



Nak minum dalam cafe di tingkat bawah..atau bawa naik atas sambil menikmati angin nyaman sepanjang Sungai Vlatava. Sebelum naik tingkat atas (open air), lepak dengan Eryang & Akem kat cafe ni luh. Diorang ni senior setahun dalam BUSS.


Sepanjang pelayaran, akan lalu jambatan dengan senibina cantik camni. Langit biru lak. Puas hati bergambar kat sini.



Group BFM di atas River Cruise. Meriah ramai-ramai dapat trip camni. Kiranya ni pengalaman pertama aku travel ramai-ramai camni. Sebelum ni, kalau Oversea Outstation sebab kerja, adalah dalam 3,4 orang. Takde rasa havoc camni. Ada gak pernah travel ke Europe berdua dengan GM, mampus bosan giler..haha..

Sepatutnya, selepas aktiviti River Cruise, kami akan ke Charles Bridges. Tapi biasalah, masa tak cukup, ditunda ke hari seterusnya. Badan pun dah penat, tour guide terus bawa kami ke restoran Sangam untuk makan malam. 




Nak makan menu berNASI dan kena dengan selera tekak agak susah di sini. Tapi tak kisah, janji halal. Mahu makan kat restorang sama ni 4,5 kali sepanjang trip di sini. Syukur je la nak..

Kang ada masa, aku update lagi. Chow!

No comments:

Post a Comment