Sunday 4 June 2023

BUSS BMW Premier Trip - Seharian di Cesky Krumlov Castle, Czech Republic

Fuhh..lama betul aku ambil masa nak update pasal BWM trip last year. Dah betul-betul basi, baru terasa nak update. Sempatlah update dan kongsi cerita masa hari pertama & hari kedua di Prague. Even dah lebih setengah setahun, kenangan kat sana masih segar diingatan. Almaklum lah, dekat 3 tahun tak boleh travel ke luar negara. Maca pengalaman pertama kali terbang ke luar negara la pulak kan.

Hari ke-3 di Prague, kami dijadualkan pergi ke perkampungan luar kota Prague iaitu CESKY KRUMLOV dan bermalam di sana. Perjalanan menggunakan bas mengambil masa lebih kurang 2 jam. Perjalanan tak terasa jauh sangat kerana menikmati pemandangan sekeliling yang sangat indah. Padang rumput menghijau dengan background kabus pagi.


Semasa dalam perjalanan, kami singgah di Cesky Krumlov Castle.

Rasa 'WOW!" sangat bila sampai di area Cesky Krumlov Castle. Sangat cantik pemandangan kat sini. Kat sini juga antara tempat penggambaran movie The Chronicle of Narnia.


Dari parking bas, kami berjalan kaki menuju ke kawasan yang lebih tinggi. Berjalan dalam suasana sejuk beramai-ramai dan dihidangi dengan pemandangan pokok-pokok yang tersusun cantik, memang tak terasa penat dan lapar. Kami di bawa ke satu restoran di kawasan istana untuk hidangan makan tengah hari.




Sepatutnya kami tidak digalakkan untuk bergambar sepanjang perjalanan ke restoran, tapi disebabkan tak tahan dengan spot-spot yang menarik, curi-curi gak bergambar. Partner minta tolong snap, then dia akan snap gambar aku lak. Serius, lawa tempat dia. Kalau tak timing yang diberi, memang mahu seharian dok sini.


Kami dijamu menu makan tengah hari di satu restoran di kawasan ini. Mewah oi..pasta & seafood serta aneka kek. Bahagia betul travel dengan Buss ni. Layanan 5 Star.


Dewan makan kat sini ala-ala Dinig Hall Hogwarts School. Dinding dan Siling dipenuhi lukisan & hiasan. Lain macam vibes menjamu selera dalam ni..


Alhamdulillah..selepas beberapa kali menjamu selera masakan Indian. Kali ni lain sikit..hehe..biasala tu bila travel di negara bukan majoriti muslim, kena pandai-pandai cari tempat yang boleh makan. Jangan main sebat je semua. Kena jaga.


Dah setel makan tengah hari, boleh jalan-jalan sekita bangunan ni. Serius banyak tempat yang boleh jadi spot Instagrammable.


Kat Kings Bar pun boleh. Kalau nak minum, air kosong je la boleh..huhu



Bersama Abe Rudy, leader berpengalam dalam industri perancang kewangan yang banyak ajar aku selok-belok menjadi ejen yang berkualiti. 


Bersama Hans, Top Agent BUSS Nationwide. Semua award dia sapa. Orang Besut gak. Kalau borak dengan dia dalam loghat Kelate, memang boleh borak sampai 2,3 jam. Sambil borak, boleh dapat idea & tips untuk berjaya dalam dunia Sales ni. Pernah bekerja di bank, juga seorang ejen unit trust yang berjaya. Antara idola aku dalam industri Insuran Takaful ni.


Pintu gerbang / Pintu masuk ke Cesky Krumlov Castle Tower.



Di halaman Istana Cesky Krumlov. Ramai pelancong luar walaupun pada hari biasa. Tempat ni antara tempat wajib lawati bila berkunjung ke Republik Czech.

Tower kat belakang tu macam best kan. Tapi nak naik sana, kena bayar duit lain. Lebih kurang USD10. Dan takde sorang pun daripada trip kami yang ke atas. So aku pun takde la nak pergi sorang-sorang kan..

Instead of naik Tower, kami ke Cloak Bridge. Dari situ, boleh nampak sekeling Cesky Krumlov Castle, termasuk bandar lama.


Healing :-p



Dah penat berjalan panjat temat tinggi, leader kami, King ajak berkumpul kat satu kedai. Dah menjadi tradisi kalau travel ke luar, King akan belanja kopi sambil borak-borak santai. Ye la, takkan nak cakap pasal Bisnes matter lagi kan. Masa bekerja, kita kerja kaw-kawa. Masa bercuti & berehat, kita berehat betul-betul Tu la kemanisan bila berniaga macam ni.




Bergambar di depan pintu masuk kawasan Cesky Krumlov Castle ni. Solid betul binaan tu kan. Kagum. Korang kalau ada peluang travel ke Republik Czech ni, usahakan untuk lawat istana lama ni gak. Memang cantik & puas hati. Banyak je tour guide yang offer tempat ni dalam pakej mereka. Harga tu aku tak pasti. 

Sebab aku datang sini, semua disponsor sepenuhnya oleh Buss Malaysia. Korang yang suka travel, aku jemput join kami berbisnes di Buss Consulting Malaysia. Boleh buat full time atau part time. 

Sesiapa saja boleh achieve what you deserve kat sini. Sebab aku pun part time but with full hearted. 

Call aku kalau ini jalan rezeki anda: Jamar: 017-2101282




No comments:

Post a Comment