Sunday 25 October 2020

Pengalaman Teman Isteri Di Bilik Bersalin Kali Ketiga!

Alhamdulillah..Allahuakbar..isteri telah selamat bersalin putera kami yang ke-3 pada 12 Oktober 2020 di Pantai Hospital Klang. Ini pengalaman aku buat kali ke-3 menemani isteri dari awal-awal rasa contraction sehinggalah ke bilik bersalin.

Ceritanya, 10 Oktober 2020, isteri ada buat rutin checkup dengan Dr Tricia. Saat-saat akhir mengandung, setiap minggu isteri kena lakukan check up untuk melihat perkembangan sama ada bayi dalam kandungan dah bersedia untuk keluar atau belum. Since masa ni pun dah 40 minggu, rasanya tak lama lagi. Dari awal kandungan, Dr. Tricia dah memang dah bagi date ETD pada 12 haribulan. 

Jadi, masa check up 10 Oktober, bila check bukaan, dah ada 2 cm. Jadi anytime boleh bersalin. Just standby. Kalau esoknya (Ahad) tak beranak lagi, isteri kena 'serahkan diri' pada pagi Isnin.

Bila ditanya isteri, ada rasa tanda-tanda nak bersalin ke tak pada hari Sabtu tu, jawabnya 'Tiada..". Jadi, kami langsung ke Al-Rawsha Shah Alam untuk makan tengah hari bersama Dayyan & Danish. Alhamdulillah, selera masih seperti biasa. Tiada tanda-tanda contraction lagi.

Begitu juga pada hari Ahadnya. Tiada rasa. Makna kata, baby masih selera berada di dalam perut mommynya. Tak keluar ye.

Dan seawal jam 8 pagi (Isnin-12/10/2020), aku dah isteri sudah terpacak di Level 1, Wad Bersalin. First kena buat, aku kena ke kaunter pandaftaran dah buat bayaran deposit untuk servis bersalin. Since tiada orang lagi di wad, ambil pakej biasa. Jadinya, 1 wad 2 orang. Bilik besar. Sebelah ada toilet. Rasanya wad yang sama semasa Danish lahir, 5 tahun yang lepas. Cuma, Dayyan je dilahirkan di Hospital Pusrawi Kota Damansara, 7 tahun yang lepas.

Pembayaran deposit sebanyak RM2ribu diperlukan untuk servis ini. Sekejap je urusan di kaunter sebab semua details dah ada. Ini bezanya jika korang check up di sini dari awal mengandung. Kalau tak pernah check up, tetiba datang ke sini, akan mengambil masa yang lebih panjang dan harga bayaran juga mungkin berbeza. 

Dah selesai urusan di kaunter pendaftaran, terus naik ke wad. Isteri dah pun diberikan persalinan dan katil. Prosedur pertama yang dilakukan adalah proses scan CTG. Scan ni untuk ukur kadar denyutan baby dan contraction yang dialami oleh ibu. Biasanya dalam 20 minit diorang ambil. So far, baby bergerak aktif, tapi tiada tanda-tanda contraction. Kedudukan baby sudah pun di bawah tapi masih belum betul-betul 'masuk soket' yang diperlukan untuk proses kelahiran.

Selepas prosedur scan CTG, isteri diberi makan ubat untuk buang air besar. Ubat ini sangat power. Seminit dua selepas ambil ubat ini terus rasa nak tandas. Dan membuang dengan lancar! haha.. proses ini perlu supaya najis besar atau pundi kencing tidak terlalu penuh dan boleh menghalang pergerakan baby untuk keluar. 

Selepas dah membuang, drip yang mengandungi ubat untuk proses seterusnya dimasukkan ke badan isteri. Nurse kat sini sangat friendly. Diorang siap boleh buat kerja sambil gelak-gelak. Boleh buat kelakar nak bagi isteri aku gelak. Jadi, bila isteri boeh gelak, maknanya proses kelahiran masih belum diaktifkan. Dr.Tricia tiba dalam jam 9.30pagi. Bukaan masih terlalu awal, dalam 3 cm. Baby juga masih belum turun sepenuhnya. Proses seterusnya adalah memecahkan air ketuban. Sebaik sahaja air ketuban dipecahkan, rasa contraction mula dirasai oleh isteri. Tapi dia masih boleh tersenyum. Aku ingatkan air ketuban ini tak banyak, sekali mengalir boleh basah katil.

Lebih kurang sejam selepas itu, rasa contraction mula kerap dirasai. Sakitnya, hanya ibu mengandung sahaja yang rasai. Aku yang sekadar tengok boleh rasanya sakitnya. Alhamdulillah, sekali lagi aku berjaya menemani isteri dalam tempoh sebegini. Dapat juga melihat perit sakitnya proses kelahiran anak. 

Rezeki kami juga kerana dijaga oleh nurse-nurse yang berdedikasi dan berpengalaman. Isteri aku suka betul dengan nurse bernama Siti Hajar yang menemani. Bukan sahaja digolek-golek perut, tapi beliau turut membacakan doa dan selalu supaya sentiasa membaca ayat suci dan doa. 

Dalam jam 11.30am, laluan telah membuka sebanyk 6-8 cm. Nurse segera inform Dr untuk mendapatkan kebenaran ke Labour Room. Isteri ditolakkan ke Labour Room untuk prosedur seterusnya. 

Rasa contraction makin kerap. Aku diberikan kerusi untuk berada di sebelah isteri sepanjang proses ini. Mulut tak putus-putus baca ayat Quran yang dan doa yang terhafal supaya dipermudahkan proses kelahiran kali ini. Semakin lama, rasa contraction makin kerap. Lebih kurang jam 12.45, Dr Tricia tiba dengan kasut boot. Disarungnya apron dan glove. 

Setelah diperiksa, baby telah bersedia untuk melihat dunia dan bukaan juga dah mencapai 9 cm. Tanda-tanda ini semua sebagai 'confirmation' proses kelahiran. 2 orang nurse, Hajar & sister Mary membantuk doktor menyediakan peralatan yang sepatutnya. Sebenarnya, kelengkapan ini semua perlu siap sedia sebelum doktro tiba lagi. Ada gak aku denganr Dr Tricia marahkan diorang sebab ada benda yang tak lengkap. Biasalah tu..

Lebih kurang jam 1 pm++, baby dan isteri telah betul-betul bersedia untuk proses kelahiran. Aku usap-usap kepala isteri yang makin berpeluh walaupun suhu Labour Room ini berada di tahap rendah. Isteri turut memohon maaf atas kesilapan. Bergenang air mata dia. Takleh betul aku bila tiba situasi begini. Aku angguk-angguk tanda dah lama maafkan apa-apa silap dia. Aku suruh fokus untuk keluarkan baby je. Masa ni, tenaga yang padu sangat diperlukan untuk proses meneran.

Bila Dr Tricia dah bersedia, isteri mula meneran/push dengan tunjuk ajar dan sokongan nurse-nurse yang berada di kiri dan kanan. First push, aku dah boleh nampak kepala baby keluar. Second push, paras pinggan telah pun keluar dan alhamdulillah, push kali ke-3, keseluruhan badan baby berjaya dilahirkan dengan selamat. Punyalah aktif baby sampaikan masa dibawa keluar, boleh nampak tali pusat membelit badannya. 

Baby diletakkan di atas isteri dan Dr meneruskan prosedur seterusnya. Baby dibersihkan dan ditimbang dan diberikan 'helmet' yang menyalurkan oksigen. 

Alhamdulillah..alhamdulillah..Alhamdulillah. Jam 1.12 PM, lahirlah zuriat kami yang ketiga. Berat 3.25kg. Terima kasih sayang sebab melahirkan hero kita yang ke-3..

mandikan baby sebab lahir
Nurse tengah sibuk bersihkan baby di bawah heater.

Selamat datang ke dunia yang penuh dengan cabaran ini, anakku!

No comments:

Post a Comment