Tuesday 8 December 2020

Mencabar Pasang LEGO Technic 42095 Remote Controlled Stunt Racer

Sepanjang pandemik Covid-19 ni.Dayyan dan Danish memang dok di rumah saja. Terperuk. Nak keluar tak boleh. Just hujung minggu tu, ada gak aku bawa diorang ke 7 Eleven. Nampak seronok bila dapat masuk 7E dan pilih apa sahaja yang diorang nak. Ye apa saja, asalkan bukan benda-benda mengarut. Huhu.

Danish dah tak pergi LC sejak awal Oktober. Sebabnya mommy dah mula Maternity Leave. Alang-alang kan. Dayyan lak, dah mula bercuti bila ada kes positif Covid-19 di sekolah bersebelahan sekolah dia. Sekolah menengah. Nak jadi cerita, mak pak kawan-kawan dia yang lain memang dah tak hantar anak ke sekolah. 

Then, bersambung pula dengan pengumuman negeri Selangor diistiharkan Red Zone. Seterusnya PKBB dilaksanakan. Jadinya, Dayyan dan Danish menjadi peneman mommy di rumah sepanjang menungg masa bersalin dan juga berpantang. Good job my boys!

Fikir-fikir balik, kesian juga diorang terpaksa memerap di rumah. Terlintas idea di fikiran untuk surprisekan mereka dengan 'toys' baru. Ye la, dah lama tak lepas cuci mata di Toy R Us.

Memandangkan Dayyan dan Danish dah biasa dengan LEGO City, kali ini nak bagi mereka sedikit cabaran. Aku orderkan LEGO Technic 42095 Remote Controlled Stunt Racer yang nampak sangat best masa aku dok tonton review di YouTube.


LEGO Technica


Aku order di online shop di Shoppee. Actually banyak je kedai jual model ni. Tapi harga berbeza-beza. Rezeki aku cun bila terjumpa satu online shop di Shoppee. Terletak di Melaka. Makan masa 3,4 hari juga nak sampai. Bila dah sampai, Danish yang terima LEGO tu. Bukan main seronok dia. Tapi tetap kena tunggu daddy balik dari ofis, baru boleh Unboxing. 

Cara pasang Lego Technica

Rasanya bukan Dayyan & Danish je teruja. Aku pun excited sama! Kiranya ni pengalaman pertama aku beli LEGO Technic. Masa zaman sekolah, pernah juga buat aktiviti subjek Kemahiran Hidup dengan model ni. Masa tu, kagum gila dengan LEGO yang ada motor dan gearing. Harga pun luar biasa masa tu. Hari ini, since ada rezeki lebih, aku kongsikan keterujaan ini dengan anak-anak..heheh *alasan.

Cara pasang Lego Technica

Susah ke assemble Remote Controlled Stunt Racer ni? Sebenarnya tak susah pun, 40% Dayyan dan Danish yang pasangkan. Lagi 60% tu, bila masuk bab gearing dan nak masukkan DC motor. Kena letak lelok. Kang tak jadi, tambah satu lagi kerja nak disassemble.

Cara pasang Lego Technica

Aku bagi permisi diorang start assemble selepas dinner time. Tekun dah bersungguh Dayyan dan Danish. Aku masuk campur bila kerja-kerja diorang terganggu sebab salah baca manual. Kalau tak, ok je. Dayyan kalau bab baca installation manual, dia lebih pikap. Laju je. Sometime, ada jenis toys yang kena pasang satu-satu, Dayyan lebih faham. Nampak gaya macam minatnya ke arah bidang Engineering.

Cara pasang Lego Technic

Done! 

Siap juga akhrinya selepas beberapa jam. Jangan terkejut, lebih kurang jam 1 pagi baru setel, siap dengan functioanal test. Tahan gila mengantuk diorang.semata-mata nak tunggu toys ni siap.

No comments:

Post a Comment