Sunday 6 September 2020

Roti Canai Merecik @ Barakah Corner Melaka

 Kami selalu bershortvacay ke Melaka tetapi kami amat jarang keluar mencari tempat makan sarapan pagi sedap di Melaka. Umum mengetahui, banyak tempat makan sedap di sekitar bandar Melaka yang menyediakan menu-menu sarapan pagi yang enak dan lazat. Ada roti canai kayu arang, mee bodo Tengkera Melaka, Awang Roti Canai dan banyak lagi.

Bukan tak nak mencuba menu sarapan pagi tersohor di Melaka, tetapi kerap kali aku terjerat dengan menu-menu buffet di hotel. Walhal, makanan di hotel, rata-rata menu yang sama sahaja. Makanan tempatan Melaka lebih sedap kan.

Semasa kami menginap di The Shore Hotel Melaka , pakej penginapan yang aku ambil tidak termasuk pakej sarapan pagi. Jadi aku kira ini peluang aku untuk mencari dan mencuba menu sedap yang tersohor di bandaraya bersejarah ini. Plan awal nak ke kedai roti canai kayu arang tu tapi banyak review mengatakan kedai tu terlalu ramai dan servis lambat, aku beralih hala tuju ke Warung Barakah Corner.

Barakah Corner, Lapan Tengkera Melaka

Aku hanya menggunakan apps WAZE untuk ke Barakah Corner ni. Baru aku perasan, banyak penginapan murah di sekitar bandar Melaka yang boleh disewa.

Terletak bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Tengkera. Aku datang awal pagi, jadi senang dapat parking. Sini takde parking khusus. Park tepi jalan je. Kalau waktu puncak, memang jauh la nak kena berjalan.


Kerusi dan meja yang disediakan di warung ni banyak. Tapi kalau datang lambat, konfem sesak. Mujur waktu kami sampai, terus dapat seat. Dapat kepala memang nak try hot menu kat sini iaitu Roti Canai Merecik. Kalau dok ikutkan nafsu bila tengok menu kat dinding kedai ini, memang rasa nak try je semua tu..Tapi tu la..apa kan daya..



Tengok kan bilangan pelanggan waktu ni, otak aku dah set, ini konfem lambat sampai pesanan roti canai merecik aku ni. Tapi aku tak pasti, sistem dan prosedur apa diorang pakai, tak sampai 15 minit, sebijik roti canai merecik, sebijik roti canai merecik cheese dan 2 biji roti canai telur dah siap terhidang di atas meja. Bismillah..

Roti Canai Merecik, 4 Ringgit


Roti Canai Merecik Cheese 5 Ringgit


Apa benda Roti Canai Merecik ni sebenarnya?

Sedap ke? Dah sampai Barakah Corner ni baru aku tahu. Sebenarnya, doh roti canai tu, diorang tebar besar besar macam nak buat roti canai telur, kemudian letak isi ayam. Pastu diorang gulung-gulung dan dimasak di atas kuali roti canai. Agak-agak dah masak dan garing, diorang angkat.. Balutan roti canai tu akan disiram dengan kuah dal pekat lemak berkrim dan letak sambal sebaris. Sebelum tu, diorang dah potong-potong untuk menyenyangkan aku makan..hehe..Dah nampak macam ada sosej je dalam tu kan..

“Diorang” = abang tebar roti canai & siram kuah dal tu la.

Yang Roti Canai Merecik Cheese tu pula, diorang just letak cheese sepanjang “batangan” roti canai tu. Dengan 4 Ringgit, ko dapat roti canai, dalam tu ada isi ayam yang banyak, pastu dimasak sebati dan garing..haa.apa lagi yang ko nak, kan?:-p

Kuah tu pulak bukan macam dal atau kari mamak tu ye, original Melayu punya..

Sedap ke?

Serius sedap weh! Aku siap tambah sebijik lagi Roti Canai Merecik. Tanya Dayyan kalau tak caya..Barulah puas!




Eh aku baru terbaca review pasal Roti Canai Merecik Special. Apsal masa aku pergi itu hari, takde yang special? Siapa letak telur dan cheese lagi dalam roti canai tu. Nampak lagi menarik tu. Dah tu nak kena pergi ke sana lagi sekali ke apa ni?



Alamat Roti Canai Merecik:

【8272 Barakah Corner】
Bersebelahan Klink Kesihatan Tengkera
Taman Kesidang Seksyen 1, Kampung 8, Melaka
7.30am – 12 tengah hari- Tutup Setiap Selasa










No comments:

Post a Comment