Wednesday, 12 February 2025

Pusing-pusing Sekitar Hong Kong Bersama Uncle Jiji

Hari ke-4 di Hong Kong.

Alhamdulillah, setel dah having fun dalam Hong Disneyland selama 2 hari. Seronok tengok anak-anaok enjoy the trip. Tapi itulah, semua boys kan. Sometime ada termarah gak bila diorang buat salah..huhu..

Hari ke-4 kami adalah hari Rabu. Kenalan ddy yang merupakan Pilot di syarikat penerbangan di sini dah bermaustatin di Hong Kong sejak beberapa tahun lepas pun ada kelapangan hari ni. Awal-awal dia dah kontek ajak jumpa untuk lunch. Lokasinya adalah di Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre.

Jadi, selepas bersarapan ala kadar, kami terus menuju ke MTR Station. Ikutkan naik Tram lagi cepat..tapi kami terlepas waktu sebab blur-blur nak naik tram yang mana satu. huhuh..


Boleh tahan jauh gak nak menapak. Dengan hujan renyai-renyai lagi.


Akhirnya kami sampai di masjid ni dengan selamat. Perut pun dah mua berkeroncong. Sebenarnya selain dijadikan masjid, bangunan ni juga menempatkan Islamic Centre untuk muslim di Hong Kong. Dalam ni gak ada Islamic Centre Canteen yang menyediakan menu masakan Cina dan Kantonis dan juga Dim Sum Halal! 

Lunch Dim Sum

Sampai-sampai je, kawan aku dari Besut ni dah siap menunggu di pintu masuk. Dah salam-salam semua, kami terus menuju ke kantin.






Nyum-nyum macam-macam dim sum kami ambil. Tenkiu Uncle Jiji belanja kami sekeluarga lunch. Harga boleh tahan gak tu.


Solat Jamak Zohor+Asar luh. Kat mana pun kita berada, jangan tinggal solat..





Since masa ni hujan sepanjang hari, kami just pusing-pusing area yang boleh je. Yang tak perlu nak redah hujan. Belakang tu Hong Kong Observation Wheel. Tak dapat nak pergi gak sebab hujan. Ambil gambar saja lah.


Then kami ke jeti feri menuju ke Tsim Sha Tsui. 

Tsim Sha Tsui ni kiranya banyak port untuk tourist. Antara tempat feveret mommy. Trip sebelum ni pun kami lepak lama kat sini. Antara tempat shopping best di Hong Kong.


Seronok diorang tengok feri keluar-masuk port.


Tsim Sha Tsui kat seberang sana je. Saja je naik feri untuk tukar mood. Boleh je naik bas, MTR atau Tram ke sana. Tak jauh pun.


Dalam feri.


Hari ni semua mode transportation di Hong Kong kami naik. Bas, tren, tram dan feri! Satu pengalaman yang menarik untuk diorang ni.


Danish & Daniel ni kalau kena dengan minat mereka, boleh ngam mereka berdua.



Suka Danish dapat naik bas.


Plan asal nak gi Victoria Peak tapi bila tengok ramalan cuaca, mungkin hujan sepanjang hari. So, takkan dapat pemandangan sebab berkabus kat atas sana. 



LADIES MARKET

Dari awal mommy dah request untuk singgah di Ladies Market. Katanya nak beli souvenir untuk dibawa pulang, nak hadiahkan kepada kawan-kawan. Alang-alang tu, aku boleh beli something juga untuk dihadiahkan kepada kawan dan para klien.

Ladies Market Hong Kong ni macam Petaling Street/ Jalan TAR kat Malaysia lah. Banyak gerai yang menjual barangan lokal.





Masuk mall jap pekena kopi.





Time to say to Uncle Jiji & wife. Thank you boh sebab entertain kami seharian ni. Siap belanja makan lunch & kopi lagi.


Majlis penyerahan Notebook dan Kalendar HLMT untuk my VVIP klien. Jauh ni bawa dari Malaysia..hehehe


Sebelum sampai di hotel, singgah beli kebab halal luh. Tak jauh dari hotel. Semalam beli yang kedai sebelah ni je hehehe...ini je lah yang boleh makan..telan je la. masa ni bekalan makanan yang bawa dari Malaysia dah licin. Esok dah nak fly balik Malaysia.

Good night!











































No comments:

Post a Comment