Tuesday 6 June 2023

BUSS BMW Premier Trip - Bermalam di Cesky Krumlov Old Town

Selepas seharian di Cesky Krumlov Castle, kami bertolak menuju ke penginapan yang terletak di Old Town Cesky Krumlov. Jarak dari Castle ke Old Town, lebih kurang sejam. 

Kami bermalam satu malam di Clarion Congress Hotel sebelum meneruskan program pada keesokan hari. Jadi, awal-awal kami kena check out dari Hotel Corinthia dan hanya bawa luggage kecik. Luggage lain, pihak tour guide uruskan untuk check-in di hotel seterusnya.


Kami sampai di hotel lewat petang. Selepas check-in, mandi solat bagai, rest sekejap sebelum turun ke Cafe Hotel untuk dinner time! Lapar weh. Cuaca kat sini lebih sejuk, mungkin berada jauh dari bandar dan di kelilingi hutan. Maklumlah, luar bandar. Udara pun lebih segar.


Lebih kurang jam 6.30 waktu Cesky Krumlov, dinner is ready! Maka berpusu-pusu lah BUSSian menuju ke cafe dan ambil satu per satu. .

Since tour guide kami dari Tabung Haji (TH) Travel & Tour, maka kami amat yakin dan konfiden makanan yang dihidang, telah diatur diarrange dengan baik oleh mereka. Makanan di buffet section pun memang menggiurkan. Tambahan cuaca sejuk & memang kami kelaparan.


Sekali masa makanan salah satu makanan yang dihidang, ada partner yang bagitahu, salah satu seafood yang terhidang tu ada 'wine'. Oh shit! Nak dimuntahkan balik, benda dah telan. Jadi, kami konfemkan dengan chef. Ya benar. Ada yang cuba explain dengan chef tersebut tentang halal/haram berkaitan alkohol. Staf tersebut agak blur namun diasingkan makanan tersebut dan diganti dengan makanan yang boleh dimakan. 

Tak sengaja dan tak tahu takpe kan?


Nak makan dengan tenang dan yakin, amik je salad dan aneka sayuran. Fresh & rangup hoi sayur-sayur kat sana.


Selesai saja makan malam, since malam masih muda, kami decide untuk pusing-pusing sekitar Old Town ni. Dah namanya Old Town, tak meriah sangat pun. Banyak kedai dah tutup. Diorang ni, jam 9 malam kedai banyak yang dah tutup. Atau hotel kami ni jauh daripada tempat yang meriah dan 'fun' ?


KFC. Nampak sama tapi tak boleh telan ye.



Suram je kan suasana malam kat sini. Tak sampai sejam, kami patah balik naik bilik. Ingat nak tidur awal, sekali kecoh dalam group Whatsapp bila aircond di kebanyakan bilik tak berfungsi properly. Bilik kami, awal-awal ok, pastu macam problem je aricond. Seb baik boleh bukak tingkap. Kat luar sejuk dah macam aircond. Jadi, nyenyak la kami tidur! hahaha..

Esok awal-awal pagi nak kena check out menuju ke Fashion Outlet. Shopping time!










No comments:

Post a Comment