Tuesday 1 November 2022

Pengalaman Melancong Ke Prague Dengan Buss Consulting. BUSS BMW Premier 2021 - PART 1




Assalamualaikum wbt..

Baru ada kesempatan nak coretkan pengalaman melancong ke Republik Czech bersama Business Partner (BP) di ALC No.1, Buss Consulting. Trip kali ini ditaja oleh Buss sebagai insentif selepas aku berjaya mencecah target jualan pada tahun 2021. Alhamdulillah. Dengan Buss, semua ejen berpotensi mendapat insentif trip ke luar negara secara percuma. Target pun memang boleh capai sangat. ALP100K setahun, ejen tahun pertama seperti aku pun boleh. insyaAllah.

Trip ke Prague ini dikendalikan oleh agensi pelancongan Tabung Haji, TH Travel & Services. So, bab makan minum tu tak perlu risau sangat, sebab pastinya Trip Leader akan bawa ke tempat makan Halal :-)

Kami berkumpul di kaunter Emirates pada jam 11 malam, 25 Oktober 2022. Buss telah pecahkan Business Partner yang layak untuk trip ini kepada 2 kumpulan. Muslim group & Non-Muslim group. Sebab itinerari sedikit berbeza. Yang Non-Muslim akan ada visit ke kilang beer. Sementara Muslim group tidak akan ke sana.

Untuk Muslim Group pun dipecahkan kepada 2 kumpulan, A & B. Aku berada dalam group A bersama BP aku, K.Fin & Abe Rudy. Ok la..at least aku ada gak geng berborak. Mostly, ramai BP yang aku baru bertemu mata untuk pertama kali. Roomate aku untuk trip kali ini adalah Akim. BP dari Manjung. Akim aku pernah jumpa 3,4 kali dah sebelum ini.


Sebelum ke proceed ke pemeriksaan Imigresen, bergambar bersama BP yang dapat bertahun ada pengalaman. Rasanya cam aku je yang paling 'muda' dalam industri insuran & takaful ni. Major aku dalam engineering Minyak & Gas, minor aku dalam industri perancangan kewangan. Boleh tak gitu?:-p


Walaupun kami check-in bersama dalam group, tapi bila dapat seat, berterabut. Actually aku tak kisah sangat, sebab memang aku lone ranger. Yang bawa spouse masing-masing yang kesian, travel lama-lama, tapi seat asing-asing..hehe..Aku terbang bersama Emirates dan aku transit di Dubai untuk 3 jam. Perjalanan KL-Dubai mengambil masa lebih kurang 6 jam, sebelum sambung perjalanaan seterusnya Dubai-Prague juga lebih kurang 6 jam. Jadi, total travel hour kali ini, lebih kurang 15 jam! 

Kalau sorang-sorang, mati kutu gak kot. Ke tak? Maklumlah, lama giler kot tak travel lama-lama macam ni.


6 jam terbang dari KL-Dubai, 2 kali gak sesi makan. Ada orang cakap, in-flight food Emirates ni kurang sedap. Pada aku, telan sajalah. Kalau tak, laporr...haha


Tiba di Dubai Airport lebih kurang jam 5 pagi. Tapi meriah giler kot. Fyi, Dubai Aiport ni antatara airport terbesar. Menjadi hub dari negara Asia untuk ke benua lain. 3 jam nak melepak kat sini agak lama. Aku follow BP Ira & Donny, Eryang and King lepak di PAUL, pekena Hot Latte sambil tunggu masa untuk boarding. Alhamdulillah, hot Latte disponsor oleh leader group, King..hehe



Perjalanan 6 jam seterusnya, barulah kami boleh arrange seat balik. Lebar senyumam Kak Fin bila boleh dok sebelah abe Rudy..hehe..Kali ni aku dok sebelah Akem & BP aku lupa dah nama apa. Boleh la borak dalam bahasa Melayu sambil-sambil tengok movie.

Selepas 15 jam perjalanan, barulah boleh declare 'pertama kali jejak kaki' di Prague, Republik Czech. Alhamdulillah, proses di pintu masuk berjalan lancar. Keluar je airport, terasa udara sejuk. Suhu lebih kurang 15 darjah Celcius dan boleh suhu jatuh bawah 10 bila waktu malam.

Welcome to Prague!


Di luar airport, bas yang akan membawa kami ke tempat-tempat best di Prague sudah sedia menunggu. Pemandu pelancong yang merupakan warga tempatan juga disediakan untuk assist kami di lokasi-lokasi pelancong nanti. Oh ya, penduduk lokal Prague kebanyakan berkomunikasi dalam bahasa mereka sendiri, bahasa Czech kot.

Untuk 2 hari pertama, kami akan menginap di Hotel Corinthia yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari Prague Airport. 

Proses check in berjalan dengan lancar. Kunci-kunci bilik telah diasingkan oleh pihak travel tour. So, kami sampai je, tunggu jap, terus boleh check in.


Alhamdulillah, selepas 16 jam perjalanan, tiba gak dalam bilik. Tapi tak boleh rehat sangat. Kemas-kemas mana yang patut, mandi solat..sebelum kami dibawa ke kedai makan untuk makan malam. Welcome to Sangam Restaurant!

Mengikut tour leader kami, En.Omar, kat Prague ni agak susah nak cari kedai makan Halal yang kena dengan selera orang Malaysia. Nak senang makanan Arab je lah.

Di Restoran Sangam ni disediakan makanan India yang dibekalkan oleh pembekal Halal. Basically, tak banyak sangat menu tapi still mengenyangkan. Alhamdulillah. Makan free kan haha.





Malam pertama makan malam di Republik Czech. Masa ni pun dah mula serasi dengan partner-partner lain. Sambil makan, sambil borak dengan mereka yang dan berpengalaman dalam industri insuran & takaful ni. Ada yang dah lebih 10 tahun buat full time. 

Income dah 5,6 angka sebulan pun, aku tengok makan sama cam aku je..haha.. tapi best diorang ni. Humble. Macam-macam pengalaman diorang share. Mulut sorang-sorang tu tak yah cakap lak, memang penuh energi. Maklumlah, ejen insuran kan. hehe



Dah setel makan malam pertama, kami terus dibawa ke hotel. Ada yang kepenatan, maklumlah 16 jam perjalanan baru jumpa katil. Tapi, kerana teruja, tak tak terus naik hotel. 

Sampai je hotel, terus menapak ke station tren yang terletak tak jauh dari hotel. Hajatnya nak naik tren ke destinasi ke depan, tapi masing-masing tak tahu macam mana nak beli tiket, nak turun stesen mana.

Last-last bergambat kat dalam stesen tu jer. Ambil suasana, buat raso-raso..


Setel bergambar di stesen. Ingat nak naik bilik je. Tapi depan hotel, ada group lain lak ajak jalan-jalan cari hot latte. Aku ngan roomate, Akem ok je. Bila lagi nak jalan-jalan malam di pekan Prague ni kan. Aku follow je. Kami berjalan ke area kafe guna Google Map sajo. Tak pasti bukak ke idok. 

Tapi yang pasti jauh berjalan kot. Sampai kami tertinggal Partner K.Fin & Yasmin. Boleh tahan membebel King mencari diorang. First time tengok King membebel, nampak la dia caring dengan member group BFM.

tram prague
Tram di Prague


Aku rasa mahu 3,4 kilo gak berjalan. Barulah sampai kat kafe yang dicari. Kami amik dua bilik. Satu untuk dak-dak yang berSisha..satu bilik lagi sekadar lepak borak & pekena Hot Latte. Syiok sejuk-sejuk minum latte panas ok!


Tak lama pun lepak kat kafe ni. Hans dah ajak balik. Tak tahan mengantuk gak. Diorang walaupun dah hampir seminggu travel Europe, still nampak jetlag. Apatah lagi kami yang baru mendarat..lagi laa penat. 

Masa keluar kafe ni, tetiba King panggil dengan muka cuak. Tanya sapa ada duit lokal, Czech Koruna?? Sebab diorang just accept cash dengan local currency. Masing-masing takdak..haha..kad tak terima lak. Diskas punya diskas, diorang accept Euro..setel!




Perjalanan balik ke hotel tak ambil masa yang lama. Sekejap je dah sampai. Pelik. Mana taknya, masa pergi, ikut sangat Google Map, berpusing gak lak. Rupanya kalau ikut jalan betul, boleh terus je, terus sampai! hahaha..

Ok la..Part 1 Day 1 ni aku coret sampai sini luh. Sambung esok-esok lak..


No comments:

Post a Comment