Thursday 7 July 2022

Team Building & Family Day 2022 Di Forest ONE Valley Resort, Raub

Rasanya ini aktiviti outdoor pertama yang pihak syarikat uruskan selepas pandemik Covid-19 melanda negara. Perancangan terakhir sepatutnya semua Project Team ke Bandung, Indonesia, namun tertangguh atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Jadi, tahun 2022, Team Building kami diadakan di sebuah resort di Raub, Pahang. Nama resort, Forest ONE Valley Resort. Yang aku tahu, pemilik resort ni adalah adik kepada bos aku sendiri, antara orang kaya di Malaysia yang very humble. Masa 2nd day pun dia datang, rilex je berseluar pendek ber T shirt. hehe..

Kami sepatutnya menginap di F1VR selama 4 hari 2 malam, iaitu bermula hari Jumaat 2/7/2022. Namun, aku ambil keputusan untuk tidak memontengkan sesi sekolah Dayyan dan Danish pada hari itu. Kami hanya bertolak pada hari ke-2, iaitu pada Sabtu. Seawal pagi lepas Subuh, kami dah bergerak dari rumah menuju ke Raub. Ngam-ngam sebelum sesi makan pagi bermula, kami tiba...


Entrance ke F1VR. Dari tol Gombak ke sini, lebih kurang dalam sejam je. Actually, resort ni dalam kebun durian. Jadi, semasa musim, memang setiap masa akan terbau buah durian. Ada yang menikmati, ada yang kurang gemari. Itu adalah aku..haha
 


Ni salah satu rumah penginapan yang ada di F1VR. Cantik kan design dia. Sampai-sampai je, sebelum ke dining hall, kami jalan-jalan sekitar resort ni dulu. Memang cantik pemandangan di sini. Dayyan & Danish pun excited tengok kehijauan di sekeliling.


Selesai sarapan dan ambil angin jap, sesi team building bermula. Sesi ni dikendalikan oleh pihak pengurusan resort, PLC. Ada fews activities yang diadakan, ada yang melibatkan staf, ada yang melibatkan ahli famili lain.


Dayyan dan Danish jadi championship bab selesaikan puzzle. Diorang yang pertama setelkan. Bos aku siap tanya macam mana diorang boleh terer sangat. Mana taknya, sejam baby lagi diorang dah asyik dok main puzzle je. Rupanya bagus gak bagi mereka setelkan benda ni. Cepat & pikap otak mereka!


Staf dalam projek tema tak ramai sebenarnya, tapi bila dikumpul bersama keluarga, memang akan jadi meriah giler. Berbilang bangsa. Ni pun ada yang tak join sebab isteri bersalin la, ada komitmen lain la.


Aku suka sesi team building ni sebab aku re-train balik skill korang selesaikan masalah, berfikir secara pantas dan kreatif, bina rasa konfiden bila bercakap depan public dan banyak lagi. Tapi tu la, kalau buat kat luar negara seperti sebelum ni, rasanya takkan jadi seramai ni. Sebelum ni pun pernah ke Perth & Vietnam untuk sesi Team Building, tapi aktiviti sebegini memang takkan ada. Antara staf je sebenarnya..


Sesi Team Building ni setelkan lebih kurang jam 12 tengah hari. Kemudian, rehat jap di bilik. Mandi & tukar baju apa yang patut. Then ke dining hall untuk makan tengah hari. Sedap gak makanan yang disediakan oleh pihak katering di Raub.


Ni bilik yang famili aku dapat. Besar giler ok. Ada 2 katil saiz queen, ada 3 katil single..haha..sorang satu dapat katil. Actually, bilik asal dapat kat area atas. Tapi bini bos upgrade dapat bilik kat depan-depan. So takyah jalan jauh-jauh. Rezeki, Tak tahu kot-kot atas kapasiti aku sebagai salah seorang Company Directore. Apa-apa pon, alhamdulillah rezeki dan dipermudahkan urusan.


Pada sebelah petang, ada sesi makan durian. Kendurian. Makanlah banyak mana yang korang nak. Aku sebagai manusia yang tak makan durian, mampu tengok je. Tu pun kena tahan bau. Seb baik tak muntah. Wife aku bukan main lagi melantak. Banyak ulas gak la. Aku jeling je.


Kat resort ni gak ada 5 biji ATV. Tungganglah selama mana korang nak. Dayyan dan Danish memang dah aim nak ride ATV.



Sepanjang kami kat sini, cuaca sangat baik. Ni jam 4.30 petang pun masih panas terik. Dayyan dan Danish dah tak menyabor. Panas-panas pun diorang terjun. Aku nak tak nak kena teman diorang gak. Seb baik ada seat berpayung.


Agak redup sikit, kita ride ATV lak. Bila lagi nak lenjan kaw-kaw kan.


Boleh ride pusing-pusing tengok pokok durian.


Pertama kali dalam hidup Dayyan, dapat tengok pokok durian secara LIVE. Teruja giler dia. Kat kebun ada, ada lebih daripada 50 batang pokok durian jenis Musang King.

Sesi BBQ - Bakar Ikan Yang Dipancing Dari Kolam Resort


Yeah..sesi yang ditunggu-tunggu, sesi bakar-membakar. BBQ guys! Aku tengok bahan mentah yang dibawa pun dah tahu melebih-lebih gila. Ditambah pula dengan hasil pancingan staf-staf di kolam resort ni. Ada lebih kurang 10 ekor lebih. Talipia, lampan..bawak lak siakap. Kambing perap. Ayam perap. SLice daging. Sosej. Jagung. Nugget. Nasi ayam Hainan. Haa..sapa la yang nak menghabiskan semua kan?


Bercakap tang sesi BBQ, kat mana-mana event pun, masa membakar ni la yang paling best. Kelam kabut membakar. Borak-borak. Gelak-gelak. Dah tak ingat masalah projek di ofis kan..hehe


Acah-acah nak bakar ikan gak. Helloo..bukan acah-acah..memang aku membakar betul-betul. hehe..


Sementara tunggu makanan siap dimasak, anak-anak boleh buat aktiviti di dalam hall berhawa dingin ni. Ada video game, billiard, karaoke, mainan budak-budak dan sofa untuk tidur hahaha..


Day 2 - Last Day


Hari kedua kami. Hari ketiga diorang. Last day. Awal-awal pagi Dayyan, Danish dan Daniel dah bangun. Minta nak jalan-jalan sekitar resort. Syok briskwalk pagi-pagi di sekitar resort. Nyaman je rasa.


Layan video game dengan Dayyan & Danish. Diorang bab game, pikap giler. Tapi masih tak boleh lawan bapak diorang lagi la haha.


Sementara nak tunggu lunch tiba, staf-staf lain ada yang sabar memancing di kolam. Dayyan & Danish pun asyik dok minta nak rasa pengalaman memancing. Seb baik ada staf yang sudi layan diornag ni. Dapat la pegang batang joran dan hasil tangkapan ni. Pengalaman pertama memancing diorang la kiranya ni..


Family potret jap. 


Layanan VIP ni. Siap bawa naik bilik lagi lunch untuk wife aku ni. Nasi briyani kambing lak tu..hehe..takde la, ni sebab Daniel tengah tidur. Takde sapa jaga dia, jadi wife makan la di depan pintu bilik. Syok~!


Bila tanya Danish & Dayyan, best tak datang sini? Diorang dengan sepenuh hati cakap, BEST! Ok la..even aku rasa sedikit bosan, tapi tak kisahlah. Janji anak-anak happy dan seronok!

No comments:

Post a Comment