Wednesday 27 January 2021

Pengalaman Buat Covid-19 RT-PCR Swab Test

Dua minggu lepas, isteri budak ofis aku disahkan positif Covid-19. Jadi, budak ini secara automatik menjadi kontak rapat 1st level. Ye la, dah nama laki bini kan. Isteri dia pula dapat jangkitan daripada rakan sewad. Oh ye, isteri dia seorang nurse di salah satu wad di PPUM. Yang budak ofis aku pula, pada aku patut dikuarantin di ofis. Malangnya, bos aku tak bagi arahan suh dok rumah. Dah tu rajin pula nak datang ofis.

Bila konfem dia kontak rapat. Kelam kabut la satu ofis. Aku yang paling gelabah, sebab budak tu workstation dia sebelah aku jer. Dah tu, selepas dia mula bercuti, aku dok atas meja dia selak-selak kertas. Sehari selepas isterinya disahkan positif, barulah dia ke PPUM untuk proceed dengan swab test. Nak tahu result, makan masa sehari. Dalam sehari tu, punya;ah satu ofis berdoa supaya dia negatif. Menurut kata doktor yang ambil swab test dia, agak mustahil untuk dia berstatus negatif. Ye la, dok serumah sebilik kot.

Aku pula, sebaik tahu dia kontak rapat, dah mula isolate diri daripada wife & anak-anak. Dok berkurung dalam bilik atas. Sayu gak dengar diorang dok kecoh-kecoh kat bawah. Tapi tak boleh sentuh anak-anak. Rasa lama gila waktu menunggu keputusan swab test budak ofis aku tu. 2,3 hari gak aku dok telah air kelapa campur dengan garam sesudu & sebiji lemon. Ada orang petua untuk elak virus Covid-19. Telah saja. Bos aku lak bagi 3 pak herba Cina. Rebus dan telan. Faham-faham je la air herba ni, boleh tahan pahit. Telah saja!

Hari yang ditunggu tiba jua. Alhamdulillah. Dia negatif! Miracle happened.

Tapi tetap kena ambil langkah precaution. Selepas itu, bos terus minta aku book kan tempat untuk buat Covid-19 RT-PCR. Banyak tempat fully book. Aku berjaya book di Sunway Medical Centre pada hari Sabtu 23 Jan 2021.

Maka, pada hari tersebut, pergilah aku menyerah diri untuk dikorek hidung.

Mudah gila prosedur kat Sunway Medical. Sebelum tu, kena set appointment di website Sunway Medical. Aku set jam 5 petang pada hari Sabtu. Dah masa tu je yang available dalam masa terdekat. Sampai di Tower B Sunway Medical Centre, terus ke kaunter A untuk pre-screening. Kena fill up online form Enrollment. Senang je. Ada beberapa soalan yang perlu korang tandakan.


Kemudian, tunggu untuk proses pembayaran. Nak transfer online boleh, kad boleh atau pun bayar secara tunai. Aku guna debit card dan jangan lupa ambil payment receipt untuk claim dengan company! haha..

Dah selesai bayaran, korang perlu menunggu sekali lagi. Dalam masa 10 minit, pembantu perubatan panggil untuk ke Zon Klinikal. Beberapa ketika, doktor yang akan buat test 'interview' aku. Soalan dia sama je untuk pre-screening. Kemudian, terus berdiri di depan kotak ujian. Kotak ujian?

Ye, kat sini, doktor yang korek hidung aku tu akan masuk dalam satu kotak. Then ada glove kat depan tu. Doktor akan guna glove itu sebagai perlindungan diri. Kemudian, doktor akan keluarkan sebatang pengorek hidung. Lalu disuruhnya aku ngangan mulut sambil "AAaaaaa".. a few seconds, setel!

Kemudian, dia minta aku bernafas seperti biasa. Dirodoknya pengorek hidung tu ke dalam lubang hidung dara kiri aku. Dipusing-pusingnya untuk dapatkan sampel dalam hidung aku. Tak sampai 8 saat kot. Setel!

Haa..bila dah setel, rasa lega pula bila bernafas. Clear. Rasa nak minta doktor korek sebelah kanan plak lah!

Aku terus boleh pulang. Pihak hospital akan beritahu keputusan sama ada aku Positif/Negatif dalam masa 24 jam.

Sebenarnya, bila lepas buat Covid Test ni, rasa tak tenteram. Sebab terfikir result tu. Macam mana kalau aku positif? Apa perlu aku buat? Macam mana anak isteri? Dalam masa yang sama, aku berdoa sangat supaya negatif. Taknak la susah orang di sekeliling terutama anak isteri. Biarlah negatif.

Malam tu, susah gak la nak tidur dok terfikir-fikir. Tapi tertidur juga :-p

.............

Jam 6.10 pagi, aku terjaga untuk solat Subuh. Dalam masa sama, iPhone aku vibrate. Ada SMS masuk. Mesej daripada Sunway Medical Centre beritahu yang mereka dah email Covid-19 Report. Haa makin berdebar.

Terus aku login email dan semak keputusan.



ALHAMDULILLAH..

Keputusan RT-PCR aku - Not Detected. Bermakna aku NEGATIF COVID-19.

Terus cari bini dan anak-anak..dah boleh kiss kiss..

Serius rasa rindu nak kiss diorang. Setiap pagi, sebelum aku drive ke ofis memag diorang akan kiss aku. Tapi bila jadi macam ni, dah 4 hari aku bagitahu anak-anak jangan kiss. Dayyan Danish lak ingat aku ada virus. Itu pemahaman diorang. Takpa la, janji diorang faham..

Syukur. Lepas ini perlu lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Yang penting, sentiasa amalkan SOP - pakai facemask, basuh tangan selalu dan jaga penjarakan sosial. Tidak mudah untuk lakukan itu semua di tempat kerja, tapi paksa untuk amalkan demi yang tersayang..Tenkiu bos sebab belanja! haha

No comments:

Post a Comment