Wednesday 27 January 2021

Daftar Kelahiran Anak Ketiga - Daniel Hayden

 Dalam tiga orang anak aku, baby Daniel kali ni la yang paling lambat didaftarkan nama.

Bukan sengaja, tetapi prosedur Jabatan Perndaftaran Negara (JPN) memerlukan aku untuk membuat tempahan slot di website untuk tarikh dan masa yang dibenarkan ke JPN. Ini berkuatkuasa semasa PKPB & PKPP.

Kebetulan selepas kelahiran baby Daniel, slot di JPN Klang penuh untuk tarikh yang terdekat. Jadi, nak tak nak, akhir bulan 10 gak baru dapat slot. Hampir 2 minggu selepas kelahiran baby Daniel, barulah aku daftarkan nama dia. Alah pendaftaran je yang lambat, nama Daniel Hayden dah kami guna pakai sejak dia dalam kandungan lagi. hehehe

Pendaftaran nama untuk kelahiran baru adalah PERCUMA. Kalau lambat daftar je yang kena bayar denda. Dalam RM50 . Banyak gak jumlah tu kan. Lepas gak bayar makan tengah hari seminggu.



Pada aku, semasa PKPP, agak leceh untuk melakukan sebarang urusan di JPN. Kalau boleh, sebelum walk-in ke JPN, call dulu diorang. Mungkin ada prosedur yang berubah. Sebelum korang membazir masa walk-in ke pejabat JPN, call tanya siap-siap. Untuk cara mudah daftar kelahiran baru anak, boleh baca di entri Lima Minit ini.

Sebenarnya, tak lama pun proses nak daftar kelahiran bayi baru lahir. Cuma tang masa menunggu tu kenalah bersabar sikit. Dah selesai urusan penyerahan dokumen untuk semakan, kena tunggu seketika untuk Pegawai diorang cetak Sijil Kelahiran. Sekejap je. Maka siaplah sekeping kertas hijau sebagai tanda pengesahan kelahiran Daniel Hayden dan seorang warganegara Malaysia..hahaha..


Sebelum balik, aku diberi sekeping kertas iaitu Notis Kutipan Kad Pengenalan Kanak-kanak. Jadi, semasa nak collect MyKid anak, kenalah bawa notis ni bersama MyKad pembawa notis ini dan sijil kelahiran asal Daniel yang kaler hijau tu.



Total masa yang aku guna untuk dapatkan Sijil Kelahiran dan Notis ini, hanyalah sekitar 45 minit. 

Cuma aku sedikit pelik. Kenapa budak ofis aku yang lahir pada minggu yang sama, dia terus dapat MyKid pada hari yang sama daftar kelahiran. Aku lak kena tunggu hampir sebulan untuk proses MyKid setel. Mungkin JPN yang dia pergi di tempat lain (UTC Shah Alam) tak ramai yang daftar kelahiran kot.. Tak kisah. Janji dah selesai semua. Alhamdulillah..




No comments:

Post a Comment