Wednesday 8 July 2020

Short Trip Ke Zoo Melaka. Dapat Tiket Murah Promo Re-Opening Selepas PKP

Sabtu lepas, selepas solat Subuh, aku baring-baring jap sambil berfikir aktiviti untuk hujung minggu kali ini. Bosan gak kalau Sabtu dan Ahad ni dok melepak di rumah saja. At least satu hari aku mesti spend masa keluar dengan isteri & anak-anak. Nak-nak selepas PKP ni. 3 bulan hujung minggu berkurung di dalam rumah. Lemau otak!

Otak aku tiba-tiba terlintas untuk bawa diorang ke Zoo Melaka. Kali terakhir ke sana pun lebih kurang 3 tahun lepas. Masa tu Danish pun masih kecil. Usia setahun dua kot. Kalau pergi waktu sekarang ni, mesti lagi syok sebab masing-masing bertenaga. Lagi pun, jarak Melaka-Klang takdelah jauh mana.

Balik hari ok je kan? Takde mood nak stay di hotel bila fikir tentang 'keselamatan'. Even kes dah rendah, tapi kita masih belum bebas Covid-19 kan?

Then terus bagitahu cadangan gila aku kali ini. Dia setuju. Terus bagitahu Dayyan dan Danish. Dengan penuh teruja, diorang terus ke bilik air dan mandi. Nak 'out', pantas je tindakan diorang!

Dan tepat jam 11 pagi, kitorang sampai di pintu masuk Zoo Melaka. Mood aku sedikit kacau bila tengok kereta beratur punyalah panjang nak masuk parking. Parking pula penuh sampai ke bawah. Last-last aku dapat parking yang jauhnya lebih 100m dari pintu masuk. Dah tu, nak beratur beli tiket pun, punyalah panjang Q dan panas..haha..



Mujurlah isteri aku sejenis yang penyabar. Jadi, aku ambil aura kesabaran dia sikit.'Panas' aku tetiba reda bila aku hanya perlu membayar hanya RM30 daripada jualan bayaran asal RM80. Haha..rupa-rupanya Zoo Melaka tengah buat promosi pembukaan semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan.
Dewasa RM10 (harga asal RM25) dan kanak-kanak atas 4 tahun pula dikenakan bayaran RM5 (harga asal RM15) seorang.

Yey. Here wo go!







Sedar tak sedar, 3 jam jugalah kami pusing-pusing di dalam Zoo Melaka. Alhamdulillah, cuaca pun tak terlalu panas dan paling penting, tak hujan. Kalau tak, kesian gak diorang tak boleh nak enjoy bermesra dengan binatang kat dalam Zoo ni.

No comments:

Post a Comment