Saturday 20 June 2020

Sugar Rush @ Molten Chocolate Cafe Central i-City

Bagi anak kecil makan coklat memang akan sebabkan anak ‘overactive’ ke?
Persoalan ini selalu bermain di fikiran aku. Disebabkan fakta ini, aku jarang bagi Dayyan dan Danish makan benda-benda manis atau berunsurkan coklat, terutama ketika di luar rumah. Bukan apa, risau juga aku kalau tiba-tiba diorang menjadi aktif yang terlampau semasa berjalan-jalan di tempat awam. Konfem jenuh aku nak mengawal mereka, nak-nak Danish. Dayyan dah senang dikawal sekarang ini, mungkin dah masuk 6 tahun, lebih matang dan lebih memahami.

Aku rasa aku bersetuju dengan kenyataan tu selepas kami menikmati Molten Chocolate Waffle di Molten Chocolate Cafe di Central i-City pada minggu lepas.
Sebaik sahaja Danish makan beberapa potongan waffle yang disirami Chocolate, fuhh dia punya aktif lain macam. Ketara sangat simptom Sugar Rush si Danish. Siap boleh buat gaya macam-macam bila aku acukan kamera iPhone ke arahnya. Mujur dia tak melompat dan berlari ke sana ke mari di dalam cafe tu. 
Oh ye, Molten Chocolate Cafe ini baru sahaja dibuka di shopping mall baru ni. Boleh tahan besar juga Central i-City ni, siap ada SOGO lagi. SOGO ori ok, cawangan ke-2 selepas SOGO Jalan TAR KL tu.

Molten Chocolate Cafe ni pula terletak di Level 1. Luas juga, siap ada ruangan di luar. Tapi masa aku pergi ke sana tempoh hari, cafe ini penuh. Mungkin mall ini masih menjadi tumpuan sebab masih baru. 
Pada pandangan aku, aku lebih sukakan jenama Molten Chocolate ni berbanding Dip n Dip. Sebab rasanya tidak muak. Atau mungkin sebab kombinasi waffle & coklat lebih ringan rasanya, dibandingkan jika aku pesan Brownies + Chocolate yang pasti terlebih manis Tak boleh bayangkan kalau Danish makan menu yang terlebih manis!
Semulut dua pun Danish dah start aktif. Walhal dari pagi dia masih belum tidur tu.
Molten Frappe Mocha
Aku perasan ada satu menu yang menggunakan pasta. Chocolate Fettucine ke apa ntah nama dia. Kalau fettucine biasa dengan sauce creamy pun aku dah terasa lemak-lemak lalu muak, aku tak boleh bayangkan macam mana “unik”nya rasa menu ni!
#throwback 19 April 2019 :-)

No comments:

Post a Comment