Friday, 19 July 2019

Little Hajj 2019. Seronok Betul Dayyan Join Simulasi Haji

Dalam banyak banyak program yang dianjurkan oleh Little Caliph, program Little Hajj inilah yang paling aku dan isteri nantikan. Little Hajj ni adalah program simulaji haji untuk mendidik dan mendedahkan pelajar cilik tentang Rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan haji.
Little Hajj ni khas untuk pelajar berusia 6 tahun. Tahun ini Dayyan dah 6 tahun, memang wajib dia join. Diadakan di MAEPS Serdang, melibatkan cawangan Little Caliph di seluruh Lembah Klang. Aku tengok FB Live diorang, memang ramai giler kot pelajar LC yang join. Mujurlah ibu bapa tidak dibenarkan berada di lokasi. Kalau tak, konfem ramai ambil cuti sebab nak tengok anak masing-masing “menunaikan haji” secara simulasi. Memang nampak muka teruja anak-anak kecil.
Walaupun program ini hanya sekadar simulasi, tetapi dari segi pakaian ihram, batu melontar, Kaabah, diorang buatkan secara real. Tahniah aku ucapkan kepada pengurusan Little Hajj yang sangat kreatif dan tak berputus asa mendidik anak-anak kecil ini.










Alhamdulillah, semoga program simulasi haji yang Dayyan sertai kali ini memberi 1001 makna dalam hidupnya. Terima kasih juga kepada pendidik-pendidik di Little Caliph yang sabar dalam mendidik anak kecil ini.
Doakan semoga kami sekeluarga diberi rezeki dan peluang untuk ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji satu hari nanti. InsyaAllah, amin…


No comments:

Post a Comment